TEMU JANJI CINTA BAB 13

 

Temu Janji Cinta 

BAB 13

 

Dropkan sahaja saya kat tepi jalan tu. I need a new fresh air. Tolonglah, saya inginkan masa untuk bersendirian buat masa sekarang,” 

Tangan Kaseh menuding kepada satu perhentian bas yang berdekatan dengan jalan raya menuju ke Jalan Tun Perak. 

Air mata yang mengalir disapu perlahan-lahan. Kaseh tidak berani mengangkatkan wajahnya bagi tatapan sesiapa pun buat masa ini. Wajah seseorang perempuan yang baru lepas menangis memang taklah ok mana pun. 

Tak nak…Kaseh memang takkan sesekali menunjukkan mimik wajahnya yang baru lepas menangis.

Hilang sudah keserian dalam janji temu cinta itu. Semuanya tinggal angan-angan sahaja. 

Bakery tidak menyangka akan sebegini kesudahannya janji temu cinta itu. Lain yang dirancang lain pula yang terjadi. Bakery merengus perlahan. 

Bakery masih lagi setia memandang ke arah hadapan. Kaca mata tebal terjatuh daripada hidungnya, dia bawa tarik keluar dari wajahnya.

Kaca mata tebal itu diletakkan pada dashboard keretanya. Kemudian, Bakery menggapai satu kaca mata hitam yang tersedia gantung di bawah cermin kereta.

Kaseh berdehem kecil. Kaseh membelek-belek beg duitnya bagi mencari tisu.  

‘Mana pula tisu ni?’ 

Pertama kali Kaseh menampakkan kelemahan dirinya di hadapan seorang lelaki ekoran kerana kecurangan lelaki juga. Betapa bodohnya diri Kaseh kerana merembeskan air mata buat lelaki itu. 

Kaseh benar-benar merasakan dirinya sudah rebah tersungkur ke bumi.

Jiwanya hancur. Perasaannya Kaseh tergores dengan hebat sekali. Zairey telah berikan hadiah tuba atas segala kesetiaannya. 4 tahun bukannya satu jangka masa yang singkat.

“Nah, gunakan ni dulu.” Satu helaian kain kecil dihulurkan kepada Kaseh. Kaseh pandang sekilas. 

Bakery pun sama, memandang sekilas wajah Kaseh sebelum kembali menumpukan perhatian kepada pemanduannya ke hadapan.

 Eh, Itu kan kain kecil yang selalu Bakery gunakan di waktu tertentu. Masakan Kaseh berani mahu mengambilnya dan mengesat kesan hingusan dirinya. 

Tak naklah. Kaseh menggeleng laju. Segan pula rasanya apabila si Aslan ni buat baik dengannya. Selalunya si Bakery itu tahu memekik sahaja kepada Kaseh. Rasa lain pula dalam hati ini. 

Apakah rasa ni?

“Ambil cepat sebelum saya lapkan sendiri air mata Kaseh. Saya suka je bab romantika ni,” ugut Bakery dalam nada mengada-ngada. 

Kaseh mencebik laju. Miang, kalau sudah nama lelaki, lelaki juga perangainya. Perangai Bakery memang takkan sesekali berubah. Kasar tetapi ada jiwa mahu romantik. 

Sesuai ke?

  

****

Di jam ini telah menunjukkan jam 3 petang. Cuaca di Kuala Lumpur kelihatan agak mendung di atas langit. 

Adakah hujan akan turun di Kuala Lumpur? Kaseh lihat pemandangan ke luar tingkap kereta Bakery. Walaupun suasana bunyi hingar bingar dengan pekikan hon kereta daripada sebelah kanan, kiri, hadapan serta dari arah belakang pun, tetapi Kaseh gembira. 

Gembira kerana dirinya sudah lepas daripada segala derita yang sengsara. 4 tahun, Kaseh setia. Setia hanya buat diri Zairey, tetapi apa yang Kaseh dapat. Satu kecurangan yang pasti selalu dihadapi oleh mana-mana pasangan bercinta di muka bumi ini.

Hanya satu Kaseh pinta, tutup buku lama dan kembali membuka satu buku yang baru. Kejap…buku baru, adakah Kaseh akan memberikan perhatian kepada Bakery? 

Janganlah Bakery mempersoalkan hal itu. Kaseh belum lagi bersedia mahu memberikan jawapan yang pasti. 

Kaseh mendengar sesuatu berdering dari dalam tas tangannya. Bakery masih leka dengan pemanduannya.

“Zairey?” terpacul nama Zairey. 

Bakery pantas berpaling laju. Keretanya diperlahankan. Terbit rasa cemburu di dasar hati Bakery walaupun hanya sepotong nama sahaja.

Adakah Kaseh lagi mengharapkan lelaki itu? Kalau benar, sukarlah jalan bagi diri Bakery.

Kaseh bersama-sama lagi dengan Bakery  di dalam keretanya yang meluncur laju menuju ke Times Square. Permintaan Kaseh yang mahu bersendirian langsung tidak dipedulikan. 

Gila ke apa, mahu biarkan Kaseh bersendirian di saat jiwanya tengah kacau. Bakery rela Kaseh merajuk dengannya, marah padanya asalkan keselamatan Kaseh terjamin. 

Bakery tatap kembali dengan renungan tajam akan wajah sugul milik Kaseh. Kaseh tampaknya masih lagi berduka atas peristiwa tadi. Ini tidak boleh dibiarkan, senyuman Kaseh perlu dikembalikan.

Bakery semakin menekan pedal minyak selaju yang mungkin. Kaseh sudah cuak. Masakan sekali lagi Bakery mahu buat formula one kot. 

Kaseh pandang wajah Bakery tetapi riak wajahnya Kaseh tidak dapat mengagak kenapakah Bakery bersikap sebegitu.

“Encik?”

Diam sahaja orang di sebelah kiri Kaseh ini, hanya lah mimik muka yang kian menunjukkan apa yang terlindung dalam hati Bakery.

“Hantarkan saya balik.”

“Hmm.. hutang awak masih belum selesai,” Bakery jawap senada. Entah bagaimanalah semuanya temu janji ini tidak berjalan seperti yang dia hajatkan.

"Please, drop me at my home. Saya dalam kondisi tak bagus ni," Kaseh cuba berkompromi. Sumpah emosinya tengah tunggang terbalik.

Pertemuan yang tak dijangka itu benar-benar menterbalikkan emosi Kaseh. Kaseh harap sangat-sangat Bakery faham akan situasinya. Dia benar lelah dengan semua ini.

"Kita pergi taman."

"Nak buat apa? Tak payah la, saya cuma nak katil saya sekarang sahaja."

"Dengar cakap saya. Kita pergi taman Putrajaya. Kat situ ada alam flora fauna yang indah yang akan boleh releasekan masalah Kaseh. Trust me,"

"Tapi..,"

"No tapi-tapi. Siapa yang tengah memandu sekarang? It my car, so you must follow my car. Saya tak mahu dengar apa-apa bantahan lagi! Titik!"

TEMU JANJI CINTA BAB 12

 TEMU JANJI CINTA 

Bab 12



“Saudara, apa ni? Kalau mahu bergaduh pun, jagalah sikit ayat-ayat itu. Jangan tahu mahu merendahkan maruah seorang wanita bernama Kaseh. Saya bersabar kerana fikirkan maruah kita semua. Kalau bukan kerana Kaseh, sudah lama penumbuk saya ke wajah saudara,” Bakery yang mulai berangin satu badan. 

Kalau bukan kerana difikirkan saat itu mereka bertiga berada di kawasan umum, sudah lama terburai di tengah-tengah butik itu.

Zairey mencebik kecil. Sifat lelaki sememangnya sebegitu. Pantang dicabar dan kena cabar. Zairey masih belum puas lagi dalam menyakitkan hati Kaseh. 

Rasa sakit yang menghuni hati Zairey telah membuatkan Zairey tegar melukakan Kaseh berterusan dengan ayat-ayat seterusnya, 

“Rie kecewa. Kecewa sangat-sangat kepada Kaseh. Rie setia pada janji kita, tetapi apa yang Rie dapat sepanjang 4 tahun Rie menunggu Kaseh? Rie dapat satu pertemuan ini. Pertemuan di mana Rie lihat Kaseh bersama dengan orang hodoh manalah ni. Kaseh, kenapa buat Rie macam ni? Apa alasan Kaseh?” bertalu-talu soalan yang Zairey lemparkan beserta niat mahu menuduhi Kaseh bersikap curang dalam hubungan kami berdua. 

Apa ni? 

Pandainya Zairey memutar belitkan fakta. Siapa yang curang siapa itu?

Bakery sudah ke hadapan mahu mempertahankan maruah Kaseh yang sedang diperkotak-katikkan oleh jejaka berbaju Polo Merah itu. 

Sesedap secukup rasa sahaja kari lelaki itu mengutuk Kaseh di hadapannya. Itu memang tidak boleh dibiarkan. 

Bakery tatap wajah Kaseh yang mulai keruh. Adakah Kaseh terasa di hati akan kata-kata fitnahan itu. 

Kalaulah Bakery tidak berdegil, mesti semua itu boleh dielakkan. Kaseh mulai rasa tidak sabar dan mahu sahaja menghemburkan kata-kata pedas kepada Zairey.

"Err..,Zairey! Watch your mouth!"

 

*****

 

“Sayang.. you pergi mana tadi? Puas tau I cari you di sekeliling butik ni. You ni suka sangat mengelat tau kalau I ajak you berikan pendapat,” satu suara ala-ala baby berbunyi dari arah belakang Kaseh. 

Bakery berpaling serentak ke arah punca suara itu berbunyi. 

Wajah Zairey sudah berubah warna. 

‘Mati aku!’ Zairey mengerutu dalam diam. 

Reaksinya mulai berubah rentak. Asyik berjalan ke kiri kanan seolah tidak senang duduk.

Bakery perhatikan sahaja perempuan itu. Erm.., orangnya boleh tahan cun dan meletup.  Pakaian perempuan itu sudah cukup membuatkan mana-mana lelaki akan pandang beribu kali. 

Wajarlah Kaseh dipermainkan oleh lelaki bernama Zairey dengan sewenang-wenangnya. Dia lelaki, dia tahu apa yang lelaki inginkan daripada wanita. Lelaki adalah seorang yang terlalu ego dan pentingkan maruah diri di hadapan public.

Jadi, Bakery sudah dapat mengagak perangai bekas kekasih Kaseh itu.

Air mata Kaseh jatuh setitik demi setitik saat mendengar suara lemak berkrim itu. Benarkah apa yang didengarinya itu? 

Adakah benar yang Zairey kini sudah menjadi kepunyaan orang lain selain dirinya? Beribu persoalan berlegar-legar dalam benak fikiran Kaseh. Kaseh berpaling ke belakang dengan gerak perlahan-lahan. 

Emosinya sudah tidak dapat di tahan lagi. Keluarlah kau, air mataku. Aku takkan lagi peram kau lama-lama di dalam jiwa itu. 

Benarlah kata kawan-kawannya yang Zairey sudah menjumpai pengganti diriku sepanjang masa 4 tahun itu. Jadi apa lagi yang Kaseh mahukan? Bukti sudah ada di depan mata. 

Wake up now, Kaseh Armia. Move on, dear.

Selamba sahaja perempuan berbaju singlet pendek itu merengek-rengek dan memeluk lengan Zairey di hadapan Kaseh sendiri. 

Kaseh tersenyum manis. Kaseh bersyukurlah seribu kali penuh kesyukuran kerana dirinya tidaklah semurah perempuan itu. Kaseh rasa malu melihat perangai kaum sejenisnya yang terlalu terhegeh-hegeh dalam mendapat secebis perhatian dari kaum adam. 

Usahlah merendahkan martabat kaum wanita, hargailah pengorbanan orang dahulu yang mengangkat martabat wanita tinggi dari kaca mata agama.

“Sayang, kenapa diam ni? Selalunya you tak macam ni. You demam ya?Cepatlah, I nak pergi shooping niI nak belikan baju untuk adik lelaki I tau. Dia duk asyik meminta je. I rimaslah. Cepatlah,” lengan Zairey ditarik-tarik olehnya. Rengekkannya semakin manja. Desas desus nafas perempuan itu kian hangat.

“Eda, stop it now. Boleh tak you diam sekejap. Only 1 minute, please stop talking. Only 1 minuteYou tak nampak ke I sedang berbual ni dengan kawan I. Please respect my friend,” perempuan yang bernama Eda itu mencebik laju. Wajahnya bertukar menjadi masam dan kaki dihentakkan ke lantai sebagai tanda protes.

Kaseh dan Bakery saling membisu seolah-olah hari itu adalah hari bisu sedunia. Kaseh resah. 

Kaseh bimbang sekiranya cemburunya akan menguasai hatinya. Sebelum apa-apa kemungkinan terjadi, baik Kaseh angkat kaki dahulu. 

Bakery apatah lagi, serba duduk tidak tenang. Ada sahaja yang tidak kena pada gerak geri badan BMW. Kaseh langsung tidak bersuara malahan hanya bangun dan melangkah pergi keluar dari butik pakaian yang kian menghangatkan suasana. 

Sesak nafas sekali untuk Kaseh berada lama-lama di situ. Bakery pun sama mengekori langkah Kaseh dari belakang.

“Kaseh..” laungan Zairey semakin lantang saat melihat Kaseh beredar pergi. Bayang-bayang Kaseh yang beredar pergi itu hanya mampu dilaungkan sahaja. 

Kaki Zairey seolah telah digam kuat pada lantai itu bagi mengejari Kaseh pergi bersama dengan lelaki nerd itu. 

Si Eda yang berada di sisinya, merengus kuat. Sikap mengada-ngada dirinya kian memberontak kontra dalam diri dia. Zairey seolah menjadi insan lain setelah bertemu dengan perempuan hodoh tu. Huuhh..

“I nak pergi shooping sekarang juga,” bentak Eda sekuat hatinya. Zairey memegang anak rambut landaknya dan merentap kuat lengan Eda yang kian memeluk erat lengan miliknya. Rimasnya.

“Kalau you nak pergi sangat, pergilah. I dah tak kisah. I bosan tau. Bosan asyik ikut kehendak you sahaja. I B.O.S.A.N!”

“Zairey Dato’ Fazri, apa you merepek ni? Siapa yang selalu buatkan dirinya bosan? You jangan nak salahkan I sorang. I tak terhegeh-hegehlah kat you. Kalau bukan kerana you ni orang kaya, I takkan sesekali pun pandang you!

“What? What you say?” Zairey tatapnya tajam. Itu bermakna…Arghh…Zairey telah melepaskan sebutir permata yang berharga kerana sibuk mengejari berlian yang berkilauan. Kaseh.., maafkan saya.

 

*****

 

TEMU JANJI CINTA BAB 11

TEMU JANJI CINTA 

BAB 11



"Awak ni Kaseh,kan? Kaseh Armia,right?” Zairey berlagak tenang saat bertanya soalan itu di hadapan kami berdua. 

Tangan Zairey tegar memeluk badan. Pandangan Zairey tajam sekali menatapi wajah Kaseh yang sudah 4 tahun tidak bersua muka. Kaseh kini sudah banyak berubah serta banyak buat perubahan yang drastik sekali, terutamanya daripada segi penampilannya. 

Pada mulanya, Zairey teragak-agak juga mahu menyapa perempuan hodoh itu, tetapi oleh kerana senyuman itu, Zairey kuat mengatakan yang perempuan hodoh itu adalah Kaseh Armia.

Alang-alang sudah bertemu, tegur sahaja perempuan berkaca mata hitam besar itu. Pada mulanya Zairey fikirkan Ugly Betty sudah menetap di Malaysia. 

Tetapi, anggapannya salah sama sekali. Gerak gaya badan serta senyumannya Ugly Betty itu kuat mengatakan yang itu adalah kekasih hati lamanya, Kaseh Armia.

Kaseh dan Bakery (BMW) berhenti seketika daripada terus saling bergurau senda di satu sudut rak pakaian itu. 

Kaseh terkedu kerana tidak menyangka bahawa berjaya juga Zairey mengenali dirinya dalam situasi sebegini. Peka betul Zairey akan dirinya. 

Manakala bagi situasi Bakery pula, terkedu seribu bahasa. Wajah lelaki yang bernama Zairey sangat-sangat dia kenali. 

Bakery kenal sangat-sangat dengan jejaka itu,tetapi mungkin kerana penampilan baru Bakery itu, jejaka itu tidak mengecam akan dirinya. 

Bakery menumpukan sepenuh perhatian kepada Kaseh. Adakah lelaki tersebut yang menjadi tembok penghalang Kaseh memberikan hatinya kepada Bakery? Segala kemungkinan mungkin terjadi, kan?

“Kaseh, kenapa buat Rie macam ni?” soalan beracun pertama dikeluarkan dalam nada menyindir Kaseh secara berdepan.

Zairey tatap tajam wajah Kaseh yang selama 4 tahun tidak bertemu. Sungguh Zairey merindui pada redup sinar matanya.

Kaseh tersentak. Apa pula maksud kata-kata Zairey itu? Kaseh meleraikan pegangan tangannya dari jemari Bakery. 

Kaseh segera spontan bangun menegak seolah saat itu ada lagu Negaraku  sedang berkumandang sahaja di butik pakaian lelaki itu. Apa yang Rie cuba sampaikan di sini?

“Siapa yang buat siapa sekarang ni? Siapa yang tinggalkan Kaseh terkapai-kapai selama 4 tahun tanpa khabar berita, tanpa sebarangan balasan utusan emel serta balasan Facebook? Siapa? Answer me, now!”

Kaseh mulai beremosi tinggi. Hati Kaseh tidak boleh tahan lagi mendengar tuduhan sepintas lalu itu dari bibir Zairey. Apa hak Zairey menuduhnya sebegitu.

Memanglah benar, dahulu kami berdua merupakan pasangan kekasih, tetapi itu pada 4 tahun yang lalu. 

Kini, setelah 4 tahun sudah tamat, Zairey datang muncul sesuka hatinya lalu sesedap bicara sahaja melemparkan kata-kata sebegitu. 

Kaseh sedih dituduh sedemikian rupa. Hina sangatkah Kaseh daripada kaca mata Zairey tika itu? Sedu mulai menjalar dalam hati Kaseh. Kaseh memeluk  erat badannya. 

Menahan getaran dalam dirinya. Kaseh selalu cepat berasa gementar sekiranya memperbahas soal peribadinya.

Bakery menyedari akan situasi itu lalu bangun dan berdiri setanding dengan Kaseh. Bakery segera ingin menarik tangan Kaseh bagi menenangkan rasa gementar itu. 

Rasa kasihan bersarang hebat dalam jiwa BMW. Kaseh tolak dengan cara yang baik akan perbuatan BMW itu. Kaseh menggeleng laju. 

Bukan tidak sudi, tetapi masih ada garisan batas pergaulan yang perlu Bakery patuhi. Selaku umat islam, tidak wajarlah kita saling berpegangan tangan meskipun itu sudah menjadi trend di zaman kini. 

Kaseh tidak mahu akan hal itu akan buatkan Zairey ada modal mahu memerli dirinya lagi.

Bakery faham akan situasi itu. Bakery lihat kembali wajah tengang lelaki itu dan berkata kecil dalam hatinya,. 

‘Siapa pula lelaki itu? Apa kaitannya dia dengan Kaseh ku? Apa haknya mahu merendahkan maruah Kaseh sehingga ke tahap paling bawah sekali?’ 

Bakery ingin bertanya soalan itu tetapi tidak terkeluar kerana tersekat di celah-celah kerongkongnya. Payah bebenar mahu keluar ya ayat itu.

Zairey masih setia menantikan jawapan itu dari bibir mulus Kaseh. Kaseh keliru. 

Perjumpaannya dengan Zairey terlalu mendadak pada hari itu. Struktur badan Kaseh masih belum boleh menerima. 

4 tahun, Kaseh menunggu Zairey datang dan berdiri depannya. Setelah kini, impiannya terlaksana, bibir Kaseh jadi kelu. 

Ya Allah, adakah itu bermakna yang cinta, kasih dan sayang Kaseh padanya sudah berubah arus? Bantulah hamba-Mu ni buat pilihan yang terbaik.

“Kaseh, Rie tahu yang sedang berdepan dengan Kaseh Armia. Rie rindukan Kaseh Armia yang 4 tahun dahulu. Rie yakin di hadapan Rie sekarang ni adalah Kaseh, kekasihku.” Zairey mempertahankan egonya. 

Lelaki mana tidak tergugat perasaannya apabila melihat kekasihnya berbual mesra dengan lelaki lain. Lelaki hodoh pula itu. Tergugat itu bro, harga dirinya. Apa tidak cukupkah lelaki hensem di dunia itu sehingga Kaseh berpaling pada lelaki sebegitu? Sekali lagi Zairey tatap wajah lelaki boleh tahan nak hodoh juga la dari kaca matanya.

Lelaki itu si Bakery laa..,memakai pakaian ala-ala kawan si Ugly Betty. Siapa ya nama watak lelaki pembantu, lupa pula namanya. 

Nicholas Mora. 

Kalau mahu tahu, begitulah penampilan si BMW itu. Dari atas rambut sehinggalah ke bawah semuanya macam orang nerd dan buruk sekali penampilannya. 

Rambut pula di ubah bersesuaian dengan perilaku orang yang ulat buku sangat-sangat. Berkaca mata tebal dan tersenyum lebar. 

Mak aii..masakan lelaki sebegini yang menjadi pilihan Kaseh sekarang? Apakah mata Kaseh sudah rosak ke? Zairey menjeling sekilas dan Bakery tatap tajam. 

Zairey memalingkan wajahnya ke arah bertentangan dengan Bakery.

Bakery mulai rasai senak di bahagian nafasnya. Perjalanan arus nafasnya mulai  meningkat laju mengepam udara oksigen.

Oksigen mulai turun naik, turun naik mengepam darah ke dalam otaknya. Dari segi isyarat jelingan mata juga, Bakery dapat tahu yang jejaka berkumis nipis itu sedang memerli dirinya. Ada juga yang makan penumbuk diriku hari juga kan.

“Kaseh, answer me the truth about this! Jangan diam sahaja. Rie dah balik. Rie sudah berada di hadapan Kaseh. Apa lagi yang Kaseh mahukan sekarang? Takkan Kaseh mahu Rie melutut dan tatang Kaseh macam minyak yang penuh hanya kerana kita sudah kembali bertemu? Itu kah yang Kaseh mahukan?” sinis sekali pandangan mata Zairey selari dengan nada suaranya. 

Kaseh terasa satu biji batu besar dihempapkan di wajahnya. Merah padam wajah Kaseh menahan malu. 

Kaseh dimalukan di hadapan Bakery, bosnya sendiri. Mana Kaseh mahu letak wajah ni. Hanya satu yang Kaseh lakukan saat itu. Kaseh menundukkan wajahnya. 

Iras wajahnya dirasakan tidak layak mahu menatapi lagi wajah Zairey. Maruah Kaseh tercalar sebegitu mudah sahaja oleh kata-kata hinaan dari insan lelaki yang pernah berjanji akan setia hanya untuknya.

 


BERSAMBUNG..


TEMU JANJI CINTA BAB 10

TEMU JANJI CINTA  

Bab 10

 


Anak mata Kaseh langsung tidak berganjak memerhatikan pasangan kekasih itu sedang bergelak ketawa dari luar butik.

Si jejaka itu sedang leka mengusapi pipi si gadis tinggi lampai itu. 

“Adakah dia yang aku selalu rindui? Dia dah ada kat Malaysia kah?” Kaseh menyoal dirinya sendiri.

“Kaseh..Kaseh..?” Bakery mulai memanggil Kaseh. Bosan pulak tak bertengkak dengan Kaseh hari ni. Bakery lebih suka buatkan hati Kaseh meradang dengannya dari berkata baik-baik. Baginya, kalau situasinya berlainan dengan situasi, maka itu yang syok sangat-sangat.

Bakery bangun dan terduduk di hadapan Kaseh. 

“Kaseh.. Kaseh?” wajah Kaseh diangkat perlahan-lahan. Air mata Kaseh jatuh setitik di tapak tangan Bakery. 

“Sayang, kenapa ni?”

Kaseh terus tenggelam dalam kerinduan yang tidak bertepi itu. 

“Izinkan saya pinjam bahu awak kejap!” 

“Keizinan di terima!” laju sahaja kepala Kaseh menangis di bahu milik Bakery. 

Esak-esak tangisannya Kaseh kian kedengaran kuat di cuping telinga Bakery. Siapakah lelaki yang telah buatkan Kaseh hiba sebegini?

“Kaseh? Kaseh bersedih kerana siapa ni? Kaseh marahkan saya ker?” Bakery tetap juga mahukan jawapannya hari itu jua. Jawapan dari bibir Kaseh amatlah bermakna buat dirinya.

Kaseh angkat wajahnya. Aduhai, malunya.Kenapa hari ini sahaja banyak sekali Kaseh mempergunakannya. 

Kaseh segera lapkan sisa-sisa tangisan itu. Bakery segera bangun dan duduk kembali. Satu kain kecil keluar dari saku poketnya. Lalu, Bakery menyapu perlahan-lahan sisa air mata itu.

“Saya sayangkan Kaseh sangat-sangat. Ingat, saya takkan benarkan setitis pun air mata keluar dari anak mata Kaseh lagi. Saya sanggup tunggu Kaseh sehingga hati Kaseh akan terbuka terima saya dengan seadanya. Ingat satu perkara sahaja. Bakery Muzairy William dah jatuh cinta pada gadis bernama Kaseh Armia Ja-Lyl. Selalu ingat itu.!” Diciut hidung Kaseh dan segera bangun apabila namanya dipanggil oleh jurujual.

Dup dap dup dap. Jantung Kaseh kian berdegup kencang. Benarkah Bakery sebegitu cintakan Kaseh sebegitu dalam. 

Apa yang Kaseh nak buat ni? Wajarkah terima cinta Bakery atau setia menantikan Zairey pulang ke pangkuannya.

Ahh..persetankanlah si Zairey itu. Kalau benar dia cintakan Kaseh, mesti Kaseh orang pertama yang dia akan cari. 4 tahun masa sudah melabuhkan tirainya, tapi di manakah pergi?

“Selamat datang, Encik Zairey!”

Kaseh tersentak kecil. Kejap, nama Zairey ker yang diucapkan oleh jurujual tadi itu. Segera Kaseh berpaling laju.  

Keduanya saling bertentangan mata. Kaseh rasa mahu pengsan di sini juga. Tolonglah sesiapa datang pengsankan Kaseh sekarang juga.

“Kaseh..? Kaseh Armia?” soal lelaki yang dipanggil Zairey itu. 

Ya Allah, itu dia sudah berada tegak di hadapan Kaseh sekarang itu. 4 tahun, telah merubah Zairey dengan drastik. 

Zairey yang dulu telah berubah berbanding dengan Zairey pada 4 tahun yang dahulu. Zairey kini sudah semakin bergaya dan segak. 

Corak rambutnya juga sudah tertukar fesyen. Zairey memang lelaki yang mempunyai pakej lengkap seorang lelaki sejati. Mana-mana wanita akan tetap menjeling juga kepada dirinya.

Kaseh tergamam.

“Kaseh..” satu lagi suara menyapa dari belakang. Kaseh rasa mahu tumbang di situ juga.  Keliru bercampur terkejut pun ada.

“Kaseh..” sekali lagi suara itu bergema. Apa lagi yang mereka berdua ni nak? Kaseh berpaling malas. 

Mata Kaseh sudah membulat. Kenapa pulak si Bakery itu berpakaian sebegitu? Kenapa pulak penampilannya sudah tertukar ni? Mahu perli Kaseh ke?

“Ok tak?”

“KO!” jawap Kaseh spontan.

Bakery tergelak besar dan matanya mulai terangkat. Kemudian Bakery pun sama-sama terkejut. 

Ada seseorang jejaka sedang merenungi wajah Kaseh dengan pandangan yang teramatlah dia mengerti. Cemburu mulai menjalari pintu hatinya. Kaseh pula beraksi serba tak kena. 

Siapakah lelaki itu? Ingin sahaja bibir Bakery itu bertanyakan gerangan lelaki itu, tapi mulutnya bagaikan terkunci sendiri.

Bakery sedang dilanda perasaan cemburu yang teramat sangat. Ia kian membakar jiwanya. Kaseh pula kian menunduk ke bawah. Sah, mereka berdua saling mengenali.

 

Bersambung…like tak.he he hehehe hehe..

 

 

 

 

 

 

TEMU JANJI CINTA BAB 9

 TEMU JANJI CINTA

BAB 9

 


Gincu Avon ditarik keluar dan dipusingkan gincu itu. Muncung Kaseh kian memuncung dan menampakkan bibirnya yang seksi. Perasannya Kaseh. Ada hati mahu dapatkan bibir seseksi Angelina Jolie tu. 

Gincu Avon yang berwarna merah terang itu ditenyehkan pada bibir Kaseh. Kaseh sengaja memerahkan lagi akan warna bibir Kaseh yang tersedia merah. Itu barulah sesuai. Merah kan tanda berani. He  he ..entah betul ke taklah itu.

Kali itu, giliran maskara dari Maybeline pula akan menjadi mangsa Kaseh. Bulu mata pun sama semakin dilebatkan lagi, eye liner, pemerah pipi pun sama. 

Yang paling penting sekali, bedak asas compact ditebalkan lagi di wajah Kaseh. Barulah kena dengan penampilan seorang wanita yang hodoh. Biarkan dia akan terasa malu mahu berjalan dengan Kaseh. Puas hatiku. 

Kaseh tahu yang setiap gerak gaya Kaseh tetap diperhatikan oleh dirinya dari belakang. Kaseh perasan akan riak-riak tak puas hati di wajahnya. 

Kaseh bersorak gembira kerana berjaya jua buatkan dia bengang dengan diri Kaseh. Mahu sahaja peristiwa hari ini di diarikan dalam laptopnya. Hari ini dalam sejarah, Bakery sangat-sangat bengang dengan Kaseh.

 

*****

“Hey..awak memang macam bersolek sebegitu, kan? Jangan ingat saya ni terlalu bodoh! Saya tahu apa yang awak rancangkan. ” Dia bersuara kecil dalam inotasi menyindir diri Kaseh dan masih lagi  menggosokkan badannya yang terkena pintu tadi. Boleh tahan juga aura bengang yang melanda diri itu. 

Sindir Kaseh? 

Huh!! Kaseh pandang sekilas lalu dari kaca cermin itu.Bakery tahu? Bakery tahu ker? 

Biarlah.., Bakery tahu pun lagi bagus, maka temu janji cinta itu takkan terjadi kan..kan?. Manalah tahu, Bakery akan hantar Kaseh pulang terus.

Syok tu. Tak sabarnya nak tunggu hal itu terjadi. Dapatlah Kaseh peluk puas-puas anak patung Spangebob Kaseh itu. 

Bakery terdiam sejenak. Entah kenapa, dia  merasakan yang dia layak menerima apa juga bentuk kemarahan itu dari Kaseh sendiri. 

Silapnya jua yang terlalu ikutkan rasa hati yang sedang marah. Langsung tidak memikirkan akan insan lain yang berada bersama dengannya. 

“Jom!” Bakery mulai mengajak Kaseh pergi. Dirinya sudah tidak tahan melihat penampilan Kaseh itu, terlalu menyakitkan anak mata tika mahu melihat diri Kaseh dalam berpakaian sebegini.

Orang sekeliling pun sudah banyak yang menjeling. Menjelingnya takpe, tapi ada siap duk mengutuk dan mengata. Tu yang tak best apabila menyapa cuping telinga itu nak mendengarinya. 

Terbalik pula bagi situasi Kaseh itu. Kaseh memang sengaja bikin hati itu mendidih hebat. Tapi, walau apa jua diri Kaseh lakukan, hati Kaseh tetap berdiam diri (zipkan terus soalan dalam hati). 

Hanya akalan sahaja yang kuat memberontak dalam bising. Akal dan hati Kaseh memang tidak pernah serasi bersama. Kontra terus. 

Wait, tu butik pakaian lelaki. Kita nak ke mana pulak ni?” Kaseh bersoal dari belakang. Kaki Kaseh masih belum berganjak dari tempat Kaseh berdiri. Kaseh takkan sesekali terpengaruh dengan dirinya buat kali selanjutnya.

“Nak kenakan awak baliklah.” Bakery tersenyum sinis.

“Arghh?” rahang Kaseh terjatuh kembali. 

Kenakan Kaseh? Kenapa pulak nak mengenakan Kaseh? Kaseh bukan pun ada parang atau pistol gajah nak tembak dia pun. Ayat tu, agak-agak sikitlah yaa.. 

“Jom. Atau nak saya dukung ker?” badannya direndahkan sedikit seolah-olah dirinya mahu cuba mendukung badan Kaseh. 

Kaseh segera menjarakkan diri daripada dirinya. Sebelum aksi 18SXXG  ada kat sini, baik Kaseh caaabbbuuutt.. 

“Tak payah!” jawab Kaseh spontan. 

Tangan Kaseh sudah bercekik pinggang. Tahulah pinggang itu ramping bak model di London Weight Management, jangan hendak tayang-tayang kat sini. 

“So..?” keningnya Bakery terangkat tinggi.

Kaseh mengeluh hampa. Kenapalah Kaseh boleh dipertemukan dengan lelaki sebegini?

Lelaki kacak yang banyak menyusahkan jiwa dan raga diri. Kalaulah semuanya boleh berpatah balik masa lalu, akan Kaseh menjauh-jauhkan diri itu daripadanya dirinya. Sumpah, Kaseh akan buat tau. 

“Baiklah. As you wanted!”

“That my girl!” tangan Bakery mahu cuba mencuit hidung Kaseh.

Kaseh pantas tempis kuat. Wajahnya tersenyum manis. Sudah di duga itulah tindakan refleksi Kaseh akan sebarang kelakuan haram itu.

Kaseh memang sangat-sangat cerewet bab sentuh menyentuhi itu. Kalau nak rasa penangan tali pinggang keledar kat benda alah tu, buatlah kalau berani 

“Encik jangan nak mengada sentuh hidung mancung saya ni. Kan terburai kena penangan tendangan samurai kat sini!” amarah Kaseh kian berapi. Kaseh dah siap pasang kuda-kuda. 

Dah lama tu tidak praktiskan aksi taekwando ala-ala samurai itu. Dahlah ‘menculik’ Kaseh tadi lalu bawa Kaseh ke butik pakaian lelaki. 

Kalau pakaian perempuan, boleh juga Kaseh borong sampai papa kedana dia tu.

Bakery tergelak melihat aksi Kaseh. Dia merasakan yang Kaseh itu memang kelakar orangnya. Ada ker hendak berikan penangan samurai kepadanya. Dia itu belajar di manalah seni pertahankan diri agaknya? Kat Jepun ker?

“Sudah. Jom. Jangan nak wat free show kat sini! Sebelum hati ni nekad nak dukung awak, baik dengan suka rela hati ikut saya!” terhenti sudah kaki kekuda Kaseh.

Wajah Kaseh masam dan kekuda Kaseh ditarik balik. Ala..dah spoilkan minat betullah. 

Dia tak sporting laa.. 

Kaseh tarik muka 14. Mahu sahaja kaki itu dihentak-hentakkan ke tanah tanda protes. Kita tidak mogok pun kira ok tau! 

“Dah, jangan nak mengutuk saya dalam hati pulak tu. Nak cakap saya tak sporting lah tuu..” ujar Bakery lagi. 

Kaseh tatap wajahnya lama-lama. Dia tahu ker apa yang hati Kaseh berkata-kata. Luar biasa betullah si kepala dia itulah. Boleh masuk satu geng kapak itu.

“Encik tahu mana saya cakap gitu?”

“Tak payah tanya pun dah tahu, Kaseh. Mimik wajah awak sudah beritahu segalanya!” selamba sahaja dia menjawab. Mimik wajah Kaseh? Ada ke? Kaseh tilik wajah di cermin kembali.

“Dah, kalu muka tu cantik macam miss world tak pe jugak. Cepatlah ikut saya!” kutuk Bakery akan wajah Kaseh. 

Kaseh menjelir kecil. Eleh, kutuk wajah Kaseh pulak. Kalau wajah Kaseh ni tak cantik, kenapa duk terhegeh-hegeh ajak Kaseh keluar bertemu janji cinta? Cakap tak serupa bikin tahu.

“Tak naklah! Saya malas!” Kaseh angkat muka dan lempar senyuman pagi Darlie.

“Kaseh, jangan buatkan saya naik marah!”

“Alaa, encik memang dah marah kan ni!” diapi-apikan lagi rasa itu ke wajah dia.

“Kaseh! Kaseh Armia!” suaranya Bakery bergema lantang.

“Saya!” tangan Kaseh tetap juga mahu angkat tingi-tingi. Kaseh  itu harus masuk kadet polis itu. Manalah tahu ada chance nak menyaman dia kot. Ok gak idea itu. Kaseh jadi polis? Sesuai ke?

Bakery berjalan mendekati Kaseh dan tersenyum penuh makna. Kaseh cam maksud senyuman itu. 

Sebelum sempat Kaseh nak angkat kaki, tangannya  sudah  menyeret lengan diri Kaseh. Dia memang tidak pernah hendak bersabar akan sikap Kaseh itu semakin menjadi-jadi bagaikan keras kepala. Tapi, yang itu jua dia sukakan mengenai diri Kaseh. 

Perempuan yang jinak-jinak merpati itulah yang selalu ingin dikejari. Semakin jauh dia terbang, semakin itu jualah dia galak sekali mahu dapatkan Kaseh. 

“Encik..”

“Jangan nak banyak bunyi ngomel. Saya dukung juga awak nanti. Mana nak? Kena dukung atau kena heret? Tak pun pilihan nombor tiga..Your lips..” ujarnya dengan penuh sinis tapi gatai..miangnya dia!. 

Macamlah Kaseh hendak kemaruk sangat dengan semua pilihan itu. My lips? Pilihan ketiga tu yang buatkan Kaseh seram-seram sejuk. 

“Tak mau laa!” muncung Kaseh sudah panjang sedepa. Badan Kaseh sudah meremang segala bagai. 

Terdiri tegak bulu roma Kaseh saat dengar pilihan yang ke tiga tu.. Jangan nak mintak pilihan ketiga, kalau terkena memang demam 44 hari tau. 

“So, keep quiet!”

Kaseh mengeluh hampa. Dua-dua pilihan itu tidak mendatangkan keuntungan buat dirinya langsung tau. 

Yang untungnya, si Bakery Muzairy William lah, dapat percuma sahaja pegang tangan Kaseh. Nasib baiklah, Kaseh sudah sapukan losyen Baby di pergelangan tangan Kaseh. Taklah, terasa kesat sangat tangan Kaseh.


*** 

 

“Selamat datang Encik Bakery Muzairy William!”

Sekiranya masih lagi tertanya-tanya, apakah makna BMW itu. Meh sini nak begitahu. BMW adalah ringkasan dari nama asalnya BMW iaitu Bakery Muzary William. Panjang, kan nama si Bakery tu kan.

Bakery hanyalah menganggukkan kepala sahaja. Aik, dia pernah datang ke sini tu? 

Kalau tidak masakan si jurujual itu mengalu-alukan kedatangannya. Agaknya dia tu pengunjung setialah kot kat butik lelaki itu.

“Mahu baju macam biasa ke?” sah! Bakery pengunjung tetap butik itu. 

Jurujual bernama Nurul Asyikin itu menjeling sekilas kepada Kaseh. Dijelingnya tajam kepada Kaseh sebelum matanya jatuh pada pegangan tangan mereka berdua di lengan masing-masing. 

Siapa pula minah Ugly Betty tu? Detus hati kecil diri penjual itu. Sempat lagi skrin on penampilanku itu atas bawah. Ingat Kaseh itu benda tetikus di computer ke mahu di scroll up scroll down ke?

Pegangan tangan dilepaskan sedikit. Bakery hanya menganggukkan kepala tanda setuju dan membelek di rak. Tersusun indah di rak itu. Yang mana satu nak pilih itu? Semuanya nampak cantik.

Kaseh perasan akan jelingan itu dan melemparkan senyuman sinis. Sempat lagi tu kasi jelingan maut pada Kaseh. 

Ada Kaseh kisah? No way!!  Tak puas hati nampak dengan kewujudan Kaseh kat sini. Jom, jumpa kat simpang! 

“Kaseh hatiku, kenapa macam kera kena belacan ni?” tegur Bakery apabila merasakan Kaseh asyik duduk ke sana sini. Tangan itu ditarik kembali saat Bakery mahu ke rak hujung sana.

Kaseh tarik muka. Geram tau, ingat Kaseh  itu tak reti mahu berjalan sendiri ke sehingga nak pegang tangan itu. Tangan itu tak nak lepas ker? Soal diri Kaseh dengan lirikan mata.

Nurul Asyikin terbeliak mata? Dia panggil minah Ugly Betty tu, Kaseh? 

Tu ke kekasih hatinya?  Kekasih hati yang sering kali digosipkan di butik itu. Sedihnya. Nurul rasa, dia lagi cantik dan sepadan dengan si Baim Wong versi Malaysia itu. Tak sesuaii!!! 

“Saya nak kamu carikan baju yang sama warna dengan baju yang dia ni pakai. Saya mahukan ia sekarang!” arahnya dan menunjuk tepat kepada Kaseh. 

Kaseh terkaku. Apa dia ingat Kaseh tu model role in Malaysia ker sehingga nak ikut sebijii bagaimana cara penampilan Kaseh itu.  Terhenti sudah langkah kaki Kaseh mahu menghempuk kepalanya dengan tangan anak patung hiasan itu. 

Bakery tatap wajah Kaseh lama. Dia tahu ke apa yang Kaseh mahu lakukan buat dirinya. Tajam sekali renungan matanya.

Bakery kian menghampirinya dengan satu renungan yang amat mendebarkan jantung hati Kaseh. 

Boss, please stop it!

Lalu, Kaseh cover line dengan menggarukan tangan itu dan buat ala-ala main gitar. 

“Kaseh? What are you doing?” soal Bakery  hairan dengan tangan anak patung yang Kaseh main-main itu.

“What?”

“That thing!” tunjuk Bakery itu akan benda alahan itu. 

Tangan tu ke? Aik, takkan dengan tangan tak bernyawa pun nak jeles kot? Al maklumlah kan Kaseh jarang sekali pegang tangannya. 

Best juga lihat wajah cemburu dia tu kan. Yelah, selalu 24 jam wajah ketat sahaja.

“Ohh..main gitar? Nak cuba ker?”sengaja Kaseh buat loyar buruk dengan dirinya itu. Wajahnya Bakery sudah merah menahan marah.

“Put it down now!” arahnya seperti selalu di pejabat. For your information (FYT) Kaseh takkan ikut sebarang arahan di hari minggu. Itu hak Kaseh selaku rakyat Malaysia bebas. Cukuplah arahan itu bergema masa jam pejabat sahaja. Kini di luar pejabat pun nak gila kuasa jua ke si Aslan tu tau. Melampau!!

“No way!” tangan anak patung itu makin dipeluk oleh Kaseh.

Nurul Asyikin sudah menghilang di sebalik tirai. Agaknya mencari baju yang dimahukan oleh pelanggan. Kini hanya tinggal Kaseh dan Bakery di situ. Kaseh pandang sekeliling. Sunyi sepi pula.

“Kaseh!” nama Kaseh dinyanyikan oleh nada suaranya. Wajahnya sudah mendarat ke seluruh wajah Kaseh. Macam mahu ditelan sahaja wajah nya itu dalam satu pandangan kasar. 

Agaknya bengang arahannya Kaseh ingkari. Itu baru diri Kaseh Armia di luar jam pejabat.

 “No!”

“Kasehh..” volume suaranya naik lagi. Kali itu makin panjang.

“No!”

“Eiii geramnya aku dengan budak degil ni! Aku cium juga kat sini kang!” kepalanya Bakery diraut dengan sebelah tanganya. 

Kacaknya dia. Kaseh!! Jangan cepat tergoda. Ingat, dia tu musuh kau. Mana boleh musuh itu dipuji kekacakkannya. Ujar hati jahatnya. 

“Ciumlah kalau berani!” entah bagaimana ayat itu boleh terkeluar dari bibir Kaseh. 

Alamak, boleh tarik balik tak kata-kata itu? Kaseh sudah berdebar sakan saat lihat senyuman itu di bibir Bakery. Alamak, dia dah salah faham itu.

“Can?”

“Err..” kelu rasanya lidah itu nak menjawab. Otak pula tengah mereng pula. Nanti, jangan nak jawab dulu. 

Kang nanti jadi macam tadi, bercakap tanpa berfikir. Tu lah jadinya, kan… serba salah mahu berkata-kata yang seterusnya. 

“Apa awak cakap tadi? Macam kurang jelas jer!” ujar Bakery dengan senyuman panjang. Peluang datang, jangan dilepaskan. 

Hati Bakery pula sememangnya ada hati kepada Kaseh, apa lagi.. go on sahajalah!

“Nothing.. dah pilih ker baju?” Kaseh cuba melarikan topik. Jangan nak gatal mintak Kaseh ulang balik ayat-ayat keramat tadi.

Aduhai, tu lah bercakap main sedap mulut jer. Kan dah terlajak. So, sapa yang susah? Diri sendiri, kan?

“You change the topic!” Bakery seolah tidak puas hati dengan diri Kaseh yang sebegitu cepat ubah topik. 

Baru sahaja nak suarakan isi hatinya, dah terkatup kemas oleh pintu besi milik Kaseh Armia Ja-Lyl. Sekeras itu hati Kaseh rupanya. Entah siapalah lelaki yang telah mengeraskan hatimu sebegitu. 

“Why? Ikut sayalah. Tu saya punya ayat!”  Kaseh memalingkan wajahnya ke luar butik. Tapi pandangannya terfokus di luar. Saat itu matanya sudah berendam dengan air mata.

***


Blog Saya

TEMU JANJI CINTA BAB 13

  Temu Janji Cinta  BAB 13   “ Drop kan sahaja saya kat tepi jalan tu. I need a new fresh air. Tolonglah, saya inginkan masa untuk be...

Ad