Temu Janji Cinta
Bab 3
“Kamu ni pandai buat kerja tak ni? Kenapa sampai ada komplen yang
singgah kat telinga saya ni pasal mutu kerja kamu? Where is your
responsiblity?” bergema anak telinga Kaseh mendengari amarah bossnya. Fail syarikat
Elzam Bersatu dicampaknya ke bawah meja.
Fail terjatuh dan mengenai sepatu Kaseh. Kaseh kaku. Entah apalah
mambang yang sudah merasuk dirinya hari ini. Macam orang datang bulan sebulan
sekali sahaja ragamnya. Kalah ‘honeymoon’ perempuan tau. Ada sahaja yang yang silap di matanya.
Aik, baru seminit setengah Kaseh melangkah masuk ke dalam
pejabatnya, sudah ada ayat-ayat cinta luar berbisa ngaumnya. Datang bulan ker
si Aslan ini hari ini? Moody semacam sahaja. Kaseh pun naik gerun lihat ekspresi
wajah bigg boss. Tegang semacam sahaja. Memang sah. Dia datang bulan purnama ini.
“Kenapa diam?”
“I always speak when nessecarry!” ujar Kaseh spontan dalam nada
terkawal. Tahan. Sabar. Kau tu hanya kerja makan gaji. Kalau Kaseh ni bos, dah
lama jer nak dia ucapkan, ‘Get Out from my life!!’
Terpukul BMW dengan ucapan Kaseh. Dia berdehem dan cuba kawal
percakapannya. Aduh, Kaseh salah cakap ker? Matilah dia. Selepas ini, konfem Kaseh kenalah
menjawab dengan Mungkar dan Nakir lah di alam kubur. Serammmmnnnyaaa...
“I don’t expect you say that!”
“That my job, right?” berbalas kata-kata Kaseh dengan BMW kali ini.
Lantaklah, kalau dah dicop sebagai pekerja kurang ajar dari kaca matanya. Hati Kaseh ini ada perasaan, bukannya diperbuat dari simen konkrit mahu dia makin hamun
sesuka hati.
“Do it again. I want in my desk before 5 o’clock! Is that clear?”
Lemah lutut Kaseh mendengarinya. Lambatlah dia pulang hari ini. Bos dia ini sah keturunan harimau belang cap Topp laa. Keturunan suka memerintah
sesuka hatinya. Sebal...sebal..sebal.. Mahu sahaja Kaseh merepot kat Jabatan Hak
Asasi Manusia. Biar syarikatnya kena saman 1 juta. Baru hatinya puas.
Tombol pintu dipulas dengan geramnya. Ada jer yang jadi arwah hari ini.
“Kaseh..” suara garau itu berbunyi. Apa lagi ini mahunya? Figura Kaseh berpusing hanya 45 darjah sahaja. Malas Kaseh mengadap muka ketatnya itu. Takut Kaseh jelirkan lidah jer padanya.
Kaseh berpaling. Serentak dengan itu pandangan kami bersatu. Lama. Ada nada
isyarat yang disampaikan. Bagaikan digam dalam pandangan ini.
“Yes?” Please bos, don’t do it like this. Bikin Kaseh gabra tahap
cipan jer. Memang Kaseh dah kena sengat ini dek pandangan berbisanya. Ingatkan
ayat BMW sahaja yang bikin berbisa tapi pandangan matanya juga sama.
Err... “Fail ni tak nak amik ker?” hulurnya kepada Kaseh. Kaseh terdiam,
macam mana boleh lupa pulak akan fail berwarna merah ini. Sabar ajerlah, ikutkan
hati mahu sahaja Kaseh ghaib guna power Fantastic Four. Tak pun The Matrix.
Laju sahaja tangan Kaseh menggapai fail itu dan segera pergi. BMW hanya tersenyum dengan aksi spontan Kaseh. Kiutnya dia. Tapi kenapa harus dirimu
sudah dimiliki oleh insan lain selain aku? Akukah yang terlambat? Keluhannya
makin panjang. Detus hati nurani kecil BMW.
Ada satu agenda yang perlu dilunaskan sekarang juga. Hanya si dia yang
dapat membantu. Yang lain tolak ke tepi dulu. Penting untuknya menyelesaikan
permasalahan ini jua hari ini. Tiada ditangguh lagi.
Tangan BMW segera mencapai I-phonenya. BMW setia menantikan panggilan
itu diangkat. Angkatlah, bro, aku perlukan kau sekarang. Aku dah parah ini. kalau dibiarkan lama, makin teruk templer aku. Kan Kaseh pula disambar orang lain.
Berputih mata aku nanti.
“Hello, wass uup Bro? Nak ajak aku lawan golf ker?” laju sahaja
patah perkataan menari di talian Maxis itu saat panggilan ini bersambut.
Tergelak BMW dengan telatah happy go lucky kawannya ini.
“Golf ke tepi. Aku ada masalah besar ni, bro! Bikin hati gua
sengat jer!”
“Kau kena sampuk dengan hantu KL Gangster ker? Ayat pun sama bikin
skripnya!” gelaknya lagi. Bingit pulak sound telinga BMW ini. Dia dijauhkan sedikit
dari telinganya.
“Well.. kau tahu kan aku ini support Filem Buatan Malaysia maaa!!
Eh, kau ni buatkan aku lupa pula. Ni, masalah besar ni, bro!”
“Apa yang besar sangat tu!” soal kawan BMW prihatin. Kemudian di offkan
radio dalam keretanya. Dicapainya earphone agar mudahnya untuk berbicara lebih
lanjut dengan BMW. Jarang sangat BMW luahkan masalahnya kepada dia.
“Kaseh!” malas mahu berdolah-dalih lagi. Straight to point aje.
Kang kona kiri kona kanan, mamat ini fikir ke lain pulak. Otak kuning betullah.
“Ah? Kau dah ada kekasih?” terkejut dia dengan statement ini. Luar
biasa sekali. Kawannya sudah ada kekasih. Ada pacar?
“Bukan, kekasih. Ini pasal 'Kaseh'. Kau dah lupa ya yang aku
bicarakan tempoh hari. Kaseh! My employee!”
“What? Dengan minah ice berg tu ker? Wanita kaku tu ker? Kau dah
salah makan ubat ker ni?” kali ini benar-benar si dia perlukan tumpukan sepenuh
perhatiannya kepada bicara ini. Segera diberhentikan kereta Myvi ini di bahu
jalan berdekatan dengan A&W. Hanya bunyi aircond dibiarkan
berlegar dalam keretanya.
“Well, watch your language ya! Dia wanita yang cukup sempurna
bagiku. Tiada yang kedua!” suhu badan BMW mulai mengelegak ke sifar. Memang
boleh datangkan marah. Bergegar juga talian Maxis hari ini kena tempias baran si Aslan ini.
“Aduh, aku sudah jatuh cinta ni! Aku pulak terasa macam terjatuh
cinta.” Dilaungkan nama lagu Agnes Monica itu yang dahulunya pernah popular di
Malaysia. Sesuai sekali lagu ini dengan keadaan yang melanda diri BMW saat dan
tika ini.
“So funny. Kau ni nak dengar cerita aku ker nak jadi pengulas tak
rasmi aku ni?”
“Wey..janganlah emo, Bro. Apa ni? Baran tu jaga lah sikit.
Jangan nak mengaum saja! Ok, aku dengar dan mulutku zip kemas!” berlagak
skemalah pulak si Tengku Adzlan ini. Al-maklumlah, sebelum ini BMW manalah
pernah ada kekasih. Dulu sahaja ada..
“Aku..aku..aku dah melamar dia..tadi!” agak lambat-lambat si BMW keluarkan ayat ini. Mesti selepas ini telinganya akan dengar si Azlan ini akan
gelak besar. Tunggu ajerlah dalam beberapa saat lagi.
“What? Biar betul? Kau tipu aku kan!”
“Memang betul dan betul sebetul-betul nyaaaa.. Percayalah..” BMW ketuk jugak kepala Tengku Adzlan ini. Ingat ini memain ker? BMW tak pernah pun
melamar wanita sebelum ini. Hanya dengan Kaseh, mulut BMW bagaikan laju sahaja
lidahnya sebut ayat keramat itu. ‘Will you be my wife?’
Kalaulah masa boleh diputarkan ke belakang, aku..aku..aku.. BMW
mengelamun seketika. Hanya bayangan wajah Kaseh yang menari di matanya.
Indahnya jika Kaseh juga memiliki perasaan apa yang dia rasakan sekarang ini.
“Aku patut believe or not?” Adzlan bermain dengan kata-kata.
Sukarnya mahu fahami akan isi hati BMW ini sekarang. BMW tersentak. Astafigruallah
al azim. Ya Allah..Ampunkan khilafku kerana berangan insan yang bukan lagi
muhrimku.
“Aku nak kau datang jumpa dengan aku. Kita slow talk face to face.
Kalau macam ni, kopaklah kredit aku hubungi kau. Kau tu dahlah pakai line. Mahal tau!”
“Excuse me. Kau tu CEO. Aku ni Bawah CEO.. So, apalah mahal sangat
tu. Dengan member pun nak berkira tau. Oklah, aku otway ya. Wait me for 5 minute ajer!” merungut-rungut Adzlan akan ketida kepuasan hatinya. Itu pun nak berkira.
Cepatlah masa 5 minit itu. Sorotan mata BMW terhenti pada kelibat Kaseh yang sedang sibuk berulang alik ke meja Suhaila, PA nya. Kesian pulak BMW lihat Kaseh. Sikap panas baran BMW ini memang takkan ada pasang surutnya. Semuanya kerana si dia.
Si Dia..
Kaseh Armia. Nama yang sedap dan juga semanis orangnya. Walaupun
ramai lelaki mengatakan yang dia berhati ais batu, princess ice berg ataupun
kaku dengan lelaki, BMW tak kisah. Hatinya sudah terpaut. Dek kerana itu, terus
lamaran itu dituturkannya. Namun, apa yang dia dapat?
Kaseh pengsan. Cemas BMW saat itu melihat Kaseh terkulai layu depannya.
Nasib baiklah BMW cepat bertindak dan menyambutnya sebelum menyembahi bumi.
Ayunya Kaseh saat tidak menyedarkan diri.
Dikendongnya badan Kaseh dan diletakkan ke sofa di dalam pejabatnya. Nasib
baiklah masa itu waktu lunch. Kesemua staffnya
sudah keluar pergi lunch. Hanya tinggal beberapa sahaja. BMW segera ambil peluang
ini untuk lepaskan rindu dan cinta padanya.
“I love you!” luah BMW spontan. Izinkan saya menyintaimu dalam terang. Mengiktirafkan
mu dalam hatiku untuk selamanya.
Kaseh hanya responnya dengan bunyi deruan nafas. Aduh. Masak BMW kali ini. BMW ucapkan I love you tu pada orang yang pengsan. Dah mereng otak dia ini.
Tok!! Tok!! Tok..
BMW tersentak. Dibetulkan kedudukannya dan mempersilakan orang itu masuk.
“Can I coming?”
“Adzlan!!” terjerit keriangan BMW dengan kedatangan kawan baiknya
ini merangkap kawan seperniagaannya ini. Kacak pula si Adzlan ini dalam pakaian
Polo ini. Mahu keluar dating ker si buaya tembaga pada hari ini? Mahu sahaja
dipeluk rakannya ini bagaikan sudah lama tidak jumpa. Padahal baru semalam mereka
bertemu dan berentap di Padang Golf Kelab Selangor.
“Well, aku tak jangka sebegini sambutannya kau pada kedatangan
aku. Mana dia, wajah orang kesayangan kau tu. Aku nak jugak tengok sangat si
ice berg tu!” lantang sahaja ayat itu dikeluarkan tanpa memikirkan pro dan
kontranya. Kasi langgar sahaja ayat-ayat membina itu.
“Sebelum kotak besi ni melayang tepat kat kepala kau, baik kau
jaga-jaga mulut kau tu!” BMW menyergahnya dengan niat mengusiknya.
“Rilekslah Bro, cheer upp sikit. Kan aku dah ada kat sini! So,
what the story?”
“Aku..,” interkom BMW berbunyi. Tangannya segera menekan butang kuning.
“Yess?”
“Ada dokumen yang perlu encik sign dengan segera!” suara wanita
menjengah masuk. Wajah BMW ceria sahaja. Itukah orangnya? Adzlan menggunakan
bahasa isyaratnya. Namun, BMW buat-buat tak nampak jer.
“Ok. Coming now with 2 coffee. Less sugar and some cramer!”
pesannya 2 dalam 1.
“Ni baru best, bro!” ujar Adzlan selepas talian dimatikan. Simbol best
dilayangkan kepada temannya ini. Macam tahu-tahu sahaja tekaknya dah kering ini.
Pekena air coffee ini memang kaw punyalah.
“Kau nak sangat tengok kan siapa Kaseh.” Dimain-mainkan anak keningnya.
Senyuman BMW makin panjang dan terselah giginya yang putih bersih.
“Yelah, ni lah point utama aku ke sini. Kata orang, sambil
menyelam minum air guna straw!!” berdekah-dekah mereka saling sabung menyabung
ketawa. Di luar sana, Kaseh pulak sudah berasap berapi mendengar arahan itu.
Apa dia ingat aku ini coffee lady ker? I’m not coffee princess. Do
it yourself! Maki hamun Kaseh dengan geramnya. Sesuka hati ajer order.. Ingat Kaseh ini 7 evelen bergerak ker? Tahan Kaseh, Sabar...
***
Kaseh rebah di kerusinya. Masih lagi belum faham apa yang sedang
melanda di dadanya ini. Kenapa dengan jantung dia ini? Asyik dup dap dup dap
ajer. Kau tak sihat ker hati, duhai jantungku? Penawar hatiku?
Ingat Zairey, Kaseh! Zairey!!
Diulang nama itu beribu kali. Mulut sahaja sebut nama Zairey
tetapi di hati ada nama lain yang diulanginya.
Tak mungkin Kaseh teringatkannya. Zairey siapa padaku? Sedarlah Kaseh
dan kembalilah di alam nyata. Dia bukan untuk kau. Dia untuk somebody yang
layak berdampingan dengannya. Kaseh menutupi wajahnya saat teringatkan hal itu.
Malu bukan kepalang diri Kaseh apabila ditatap seolah dirinya tidak
berpakaian sahaja saat dia masuk ke dalam pejabat CEO. Tak pulak Kaseh sangka
yang boss nya ada pelawat. Adzlan namanya. Itulah nama yang baru dia kenali. Orangnya
peramah namun tapi ada aura buaya darat. Aduhai..baru sahaja Kaseh nak ayat sikit.
Tidak boleh pulak spesis itu, makan hati berulam jantunglah dia.
“Kaseh. Meet my friend. Adzlan!” BMW berkata saat pintu ditutup.
Kaseh terpana. Adzlan ini buang tabiat ker senyum manis kepada Kaseh. Sah, Kaseh kena
telan Panadol lepas ini. Migrain Kaseh selalu dengan hormon sikapnya. Tahap 5
migrain Kaseh kali ini. Sah!!
“Adzlan, Tengku Adzlan!” hulurnya tangan tanda perkenalan. Kaseh
tersenyum. Kang, Kaseh bambun sahaja dia ini. Tak tahu adat agama Islam ker kita
ini bukan muhrim nak bersentuh-sentuhan tanpa lapik.
“Hai.. Ini coffee encik!” hulur Kaseh laju ke arah tangan Adzlan.
Tergesa-gesa Adzlan menyambutnya. BMW sudah tersenyum kecil. Baru dia kenal
siapa Kaseh sebenarnya. Inilah gadis pilihan BMW yang pandai menjaga tatasusila sesama kaum lelaki.
“Thank you. Buat susah-susahkan Puan Kaseh saja!” sengaja Adzlan melontarkan
‘Puan’ kepada wanita ini. Anggun dan elegan orangnya tapi sayang, wajahnya
penuh dengan kedinginan dan kaku. Tiada ekspresi pun di wajahnya, hanya
terselit tahi lalat yang memaniskan wajahnya. Not bad pilihan calon isteri BMW
kali ini. Tabik spring Adzlan akan citarasa sahabat baiknya.
“Just call me miss Kaseh only!” hanya itu mahu diperjelaskan oleh Kaseh.
Mahu olah lebih panjang akan statusnya khuatiri ulat naik daun sahaja. Kaseh
rimas sekali dengan renungan mata si Adzlan. Tajam semacam sahaja. Apa ingat Kaseh ini
kalis peluru ker dengan pandangannya itu?
“Kaseh. Like that phrase, Kekasih!” seloroh Adzlan lagi.
“Kan, BMW?” Soal Adzlan lagi sambil pinta jawapan dari kawannya yang
setia berdiamkan diri. BMW hanya menjungkitkan bahu sahaja. Malas nak layan
akan miang kawannya ini. Cakap tak berminat, tapi asyik bercakapnya tak
henti-henti.
“So,where is document?” soal BMW sambil membukakan penutup pen
hitamnya itu. Berkarisma pulak Kaseh lihat gaya walaupun melakukan perkara
simple sahaja. Kaseh, kau datang ni nak mintak tandatangan, bukannya nak sain
surat akad nikah kau pun. Sedarlah, kembali ke bumi duhai Kaseh Armia!
“Ohh..sorry my bad. The document is here!” dokumen yang sedia ada dihulurkan dan ditunjukkan akan
mana yang perlu disainnya. BMW bangun sedikit dari tempatnya dan membongkokkan
badannya. ‘Wanginya!’ detus Kaseh dalam hati. Haruman Dunhill ini meresap masuk
ke saluran hidungku. Aduhai..Boleh tergoda Kaseh kalau sebegini selalu.
Adzlan pula sedang menikmati akan air bancuhan coffee yang
dibawakan oleh Kaseh. Ermmm...sedap dan ada rasa kaw-kaw punyalah. “Sedap
rasanya air coffee ini. Pandai jugak
Kaseh buat yaa!”
Kata-kata pujian itu membuatkan Kaseh dan BMW pandang serentak.
Ada hati lagi nak puji kekasih hatinya ini depan BMW. Nak kena lekuk Adzlan ini.
Adzlan buat tak tahu akan makna pandangan itu. Ala...puji ajer pun, tu pun nak
naik angin.
Kaseh tersenyum malu. Haruskah Kaseh memberitahu akan hal yang
sebenarnya. Bukan dia yang bancuh pun. Mak cik Temah cleaner yang bancuh.
Kebetulan Mak Cik Temah ada di pantry, terus Kaseh mintak tolong.
“Sebenarnya bukan..,”
“Kaseh, go to your office now and settle apa yang saya arahkan
tadi. Tepat jam 5 petang, laporan tu ada di atas meja saya. Kalau lambat,
siaplah awak! Saya tak nak laporan tu lewat 1 saat pun!” celah CEO si BMW merangkap
bos singanya ini sebelum Kaseh menghabiskan bicaranya.
Kaseh geram dan membentak dalam diam. Mahu sahaja Kaseh hempukkan
fail ini ke atas kepalanya. Biar betul sedikit saraf otaknya ini. Mahu kasi
arahan ala-ala Hitler betullah si Filaun inilah. Dasar keturunan diktator
terhebat.
“Sorry, I must go now. Sebelum pejabat ni terbakar dengan
angin puting beliung ni, saya pergi dulu!” Kaseh memerli si BMW tajam. Pedas terasa
meniti di telinga si BMW. Adzlan sudah tersengih kecil. Boleh tahan juga ayat-ayat kasi
pancung dari Kaseh ini.
“Macam budak-budak!” gerutu Adzlan dengan tawa yang bersisa.
“Kau nak makan penumbuk aku ker ni? Jangan nak tambahkan bara di
hati ni. Sesuka hati jer sound aku tau. Apa ingat dia bos ker?” BMW bentak
kuat. Susah jugak nak dapatkan hati Kaseh ini. Mahal sangat harganya. Berlian
dan permata memang sukar nak buat pilihannnya kan?
“So, kau dapat tak selesaikan masalah aku ni. Tu baru intro saja
tau. Yang hari-hari lagi dahsyat. Tu baru nak panaskan badan saja!”
“Macam tu kau cakap nak panaskan badan? Aku yang duk kat sini
terasa macam duk dalam bahang gunung berapi tau. Hanya tunggu larva keluar
saja!” sindir Adzlan selamba badak. BMW ini bukannya jenis faham bahasa kiasan pun.
“Ye ker?” tergaru-garu BMW akan kenyataan ini. Tersalah sudah. He
he he..
“Kalau ni calonnya, bagi kat aku lah!”
“Kau memang nak makan kasut saiz 8 kan? Atau nak aku lempang
laju-laju? Aku dengan sukarelanya nak berikan sekarang!”
Keduanya gelak ketawa terbahak-bahak. Senang hati katakan. Terlari
sudah dari topik asalnya mahu selesaikan masalah BMW dengan Kaseh. Hanya
nantikan masa akan menentukan segalanya. Harap BMW akan temui kebahagiaan dan
cinta sejatinya.
Still like it...Bersambung..
No comments:
Post a Comment