TEMU JANJI CINTA BAB 2

 Temu janji cinta 


BAB 2.


“Kaseh!!! Kaseh!” percikan beberapa titis air menyimbahi wajahnya. Bebola mata Kaseh bertindak balas akan tindakan refleksi itu dan terbuka sedikit. Ada warna warni sedang berlegar di ruangan sekitar. Bauan Lavender menjengah hidungnya. Di manakah dirinya sekarang ini? Terpisat-pisat Kaseh membetulkan dirinya.

Kelihatan Suhaila sedang bercekak berdiri depan Kaseh. Di tangan Suhaila, segelas air sedang tegar dipegangnya. Inilah insan yang bertanggungjawab ‘membasahkanku’.

“Kau ok tak ni? Gastrik datang lagi ker?” ada nada kebimbangan dalam peti suara Suhaila. Bukannya Suhaila tidak tahu akan sikap Kaseh yang suka menangguhkan waktu makan. Sesibuk mana pun, makan wajib kena patuhi.

Termenung seketika Kaseh dibuatnya. Pertanyaan Suhaila itu Kaseh biarkan tergantung tanpa tali rotan. Hanya satu ingin difikirkannya sekarang. Sah. Sekarang ni, dia bermimpi,kan! Mimpi yang takkan mahu dia masuki lagi alam mimpi itu. Kaseh tergelak kecil.

Suhaila Alessya kaget dengan perangai Kaseh ini. Kaseh dah kena virus H1N1 ker? Suhaila mulai berfikiran negatif akan bosnya ini.

1 saat. 2 saat. 3 saat setengah.

“Aku kat Malaysia lagi kan?”

Soalan SPM tahun berapa ini yang Kaseh persoalkan? Suhaila tergelak kecil. Sah, dia ni dalam angau-angau pengsan lagi ni. Mahukah Suhaila simbahinya akan air ini sekali lagi agar Kaseh sedar akan di alam nyata ini. Perlu tak ni?

“Kau kenapa ni, Kaseh? Nak aku simbahi sekali lagi ker?” acahnya akan air dalam gelas ini. Gelas itu diangkatnya tinggi-tinggi. Suhaila tersenyum miang-miang seolah-olah mahu buat.

“Kau buatlah kalau berani nak makan apam balik kasut high heel aku 3 inci tinggi ni. Kan, ada jer bertanduk kat dahi tu!!” Kaseh pulangkan paku pakis kepadanya dalam versi mengutuknya.

“Alaaa...gurau sikit pun nak sentap. Tak sukalah macam ni!” Suhaila segera tarik muka 14 inci, merajuk dengan kata-kata gurauan itu. Apa lah Kaseh ni, gurau pun tak boleh sekarang. Yelah., semenjak kena panggil sahaja dengan BMW tu, berangin kus-kus sahaja lagaknya. Tempiasnya, Suhailalah yang kena hari-hari. Ini memang boleh mendatang amarah.

“Aku mimpikan BMW lamar aku!” getus Kaseh perlahan tanpa berselindung apa-apa dari Suhaila. Saat itu mulut Suhaila terlopong huruf ‘O’. Dia ini ingat Kaseh cakap bohong ker? Buruk dagu tau cakap bohong.

“What? BMW lamar kau?” mulutnya masih lagi terlopong dan punggungnya direbahkan di sisi Kaseh. Lelebih pula Kaseh tengok reaksinya. Apa ingat Kaseh ini tak laku ker nak dilamar oleh jejaka seperti CEO itu. Dia bukannya andartu lanjut usia lagi pun. Buruk bebenor lah rupa tu!

“Kot ya pun kau terkejut, janganlah nak buat announcement pulak. Kat tak pasal ada orang lain dengar dan buat cerita tak betul pulak! Malu aku nanti!”

“Kalau betul, tahniah aku ucapkan. Kau dengan dia sepadan sangat, bak pinang dibelah setengah!”

“Apasal pinang belah setengah?”

“Adalah.” Berahsia pulak minah ni dengan Kaseh. Ini yang Kaseh makin ingin tahu. Senyuman Suhaila yang mengundang seribu persoalan giat bermain. Ada apa-apa rahsia yang Kaseh tahu ker? Ini bukannya drama Rahsia demi rahsia, lakonan Eja.

Kaseh segera bangkit dan menuju ke mejanya. Masih banyak dokumen yang perlu disemak dan diedit olehnya sebelum dilihat oleh bos garangnya itu. Kesalahan ejaan pun dia amat alert sangat. Cekap betul lah bebola matanya itu. Kalah Kaseh yang muda ini.

“BMW mana?” soal Kaseh sambil menilik dokumen-dokumen di atas mejanya. Suhaila masih lagi selesa duduk bertegak depan Kaseh. Ekspresi wajah Suhaila amat membimbangkan diri Kaseh. Akalan Kaseh mengatakan sesuatu tetapi peti suaranya enggan menanyakan apa-apa.

“Aik cakap tak der pape. Tapi masih ingin tahu pasal dia! I smell something going wrong some where here!!” terangkat kening Suhaila. Nak tiru kening Ziana Zain lah tu. Penyanyi berkening tinggi itu. Peminat setia katakan.

“Kau nak beritahu atau aku cari tahu sendiri?” ugut Kaseh dalam ingin mematikan usikkannya. Semakin dilayan, makin naik lemak berkrim minah ini sorang. Kalah krimer sejati F&N.

“Oklah, BMW keluar jumpa client!” mengalah juga dengan gertakan Kaseh. Suhaila tahu akan ekspresi wajah Kaseh ini bila masanya untuk bergurau. Sebelum sarang tebuan ini mengamuk, baik jangan dijolokkan. Padah merana diri.

“Selamat aku. Buat masa ni lah sekarang! Dah, keluar! Aku nak buat kerja sikit ni! Sebelum harimau belang tu balik mengaum kat aku, baik aku siapkannya dulu!”

“Oklah.” Langkah Suhaila longlai menuju ke pintu. Namun terhenti sekejap. “Aku nak hubungi BMW laa. Lupa pulak!”

Kaseh tercengang. Kenapa pula Suhaila perlu hubungi BMW ini? Ada hal mendadak ker? Suhaila berpaling dan tersenyum simpul. Dia gembira kerana dapat buatkan Kaseh tertanya-tanya akan kenyataannya itu dan selepas ini Kaseh takkan duduk diam punya. Yesss!!! Suhaila berjaya.

‘Aku ker yang bermimpi ataupun memang dia ada melamar aku?’ getusnya perlahan dan memikirkan kembali apa yang telah berlaku. Kaseh menepuk perlahan pipinya dan mencubit pula lengannya bagi memastikannya sedar. Kaseh yakin dia dalam keadaan terjaga. So, apakah itu semua tadi?

Kaseh keliru. Masakan BMW dah sukakan dia yang serba sederhana ini. Kaseh tak layak untuknya. Dia majikanku, Kaseh pula kuli biasa yang selalu dimarahinya. Masakan itu penyebab dia berperasaan kepadanya?

Shooo..pergi jauh kau feeling ini..Move out now!!

Wake up Kaseh! Kau dan dia ibarat langit dan bumi. Ingat sikit kat Zairey. Kau dah ada perjanjian dengannya dahulu masa kecil. Masakan dah jumpa lelaki ada iras pelakon sinetron Indonesia, Baim Wong, hati kau dah goyah?

KLCC pun masih lagi tegak di persada Malaysia meskipun ada lagi yang berjaya atasi ketinggiannya. Ini pulak dikau yang hanya insan biasa. Menara Kuala Lumpur pun sama. Masakan kena sedikit coobaaann dah mengalah teruk? Malulah kat fan club Kaseh takkan mengalah..

“Zairey, kau di mana?”

Bak angin lalu, sampaikan rindu Kaseh kepadanya. Sudah puas Kaseh mencari dirinya. Facebook, Yahoo Messenger dan Hotmail. Bayangannya langsung tidak kelihatan. Lupakah Zairey kepada Kaseh? Yang terbaru dalam Tweeter. Bayangan juga tak kelihatan. Sudah diluput makan dek bumi kah dirinya?

Who is Zairey?” suara garau itu kedengaran. Terkejut Kaseh dan terjatuh dari kerusi yang dia duduki. Sakitnya punggungnya akibat terjatuh. Satu wajah menyapa bebola mata Kaseh. Si dia sedang tajam menatap Kaseh. Pandangannya amatlah membunuh jiwa Kaseh saat ini.

Janganlah pandang saya macam tu, kan saya ter perasan pulak!

“Encik nak apa-apa ker?” soal Kaseh tergagap-gagap. Aik, Kaseh pun jadi macam Stacy, ker Gagap!

Nothing, just want to see you!”

Aduh, sudah. Ini ayat boleh kasi Kaseh cair saat ini jugak. Mana perginya ayat-ayat mengaum dia sebelum ini? Please lah, keluarkanlah kembali ayat itu. Kaseh lebih rela mendengari ayat itu daripada ayat sekarang  ini. Bikin gua sengat ajer!

“Kaseh! Hey..”

Kaseh kaku tanpa suara. Namun bebola mata Kaseh tidak lari daripada tatap dirinya. Seolah Baim Wong yang sedang berdiri tegak depannya hari ini. Kacaknya Baim Wong! Nak mintak sain autograf boleh?

“Kaseh?” kasar sedikit alunan suaranya kali ini. Tiada lagi nada serasi bersama dalam tone suaranya sekiranya repeat kata-katanya. Entah siapalah yang rasuk dirinya.

Yes, Boss?”

“Awak ni kenapa? Saya panggil awak wat dun’no jer?”

Sorry, bos. Saya tak perasan!”

“Lain kali jangan nak berangan. Ni waktu office. Nak berangan pun, tunggu lepas waktu office. Saya tak suka my staff berkhayal. Kualiti kerja pun akan berkurangan. Dan, ingat telinga tu selalulah service. Gunakan minyak baby oil agar cepat hilang!”

Buk! Bak kena sedas tumbukan Kaseh diperli olehnya. Secara live pulak itu. Mahu sahaja Kaseh balas balik, tapi tahan..Kaseh. Itu bos kau, kan tak pasal-pasal dapat notice 24 jam.

I want the document from Erlam Bersatu on my desk, now!!” serentak dengan arahan itu, dirinya berlalu pergi. Perit yang mencucuk hati BMW tidak dapat ditahan lagi. Entah kenapa, sebegini cepat hati dia terluka saat mendengari nama itu terluncur di bibir Kaseh.

Sudah berpunyakah Kaseh? Diakah yang terlambat? Nama jejaka mana pula yang disebut olehnya sebentar tadi. Baru sahaja hatinya mahu senang kerana berjaya melamar Kaseh secara berdepan, kini sudah ‘dibunuh’ dengan sepotong nama itu.

Arghhh..kusutnya otak BMW kini. Kaseh, why sukar sangat mahu tambat sedikit perhatian daripada kamu? Apakah selama ini Kaseh sedar tak yang BMW kini mulai menyenanginya. 

Kaseh..will you be my KeKasih? For ever dan ever.. serunya dalam hati.

Oh angin..oh bayu sampaikan salam penuh Kaseh dan rindu buat yang tersayang. Kita memang dekat tapi mengapa jauh sekali di hati? Jauh dari akan perasaan yang ingin dimiliki dan memiliki.

“Zairey?” nama itu meluncur spontan. Who is that kind of person? Boyfriend Kaseh ker di waktu sebelum aku mengenalinya? Aduhai, kalaulah jam masa itu ada padanya. Akan BMW ciptakan hanya untuk dia dan Kaseh.

Yang paling menyesakkan fikirannya, who is Zairey? Can somebody tell  me???

 


bersambung..


U like it? Bersambung....(BMW dah jiwang ini pada Kaseh. Adakah Kaseh akan menyedarinya?)

 

No comments:

Post a Comment

Blog Saya

TEMU JANJI CINTA BAB 13

  Temu Janji Cinta  BAB 13   “ Drop kan sahaja saya kat tepi jalan tu. I need a new fresh air. Tolonglah, saya inginkan masa untuk be...

Ad