TEMU JANJI CINTA
BAB 4
“Kalau lah aku ni penjahat, dah lama aku
lupuskannya dari muka bumi ni. Kalau aku pula kaki samseng, dah lama aku gertak
dia semahuku. Kalau aku ni ah long, aku ugutnya dengan nyawanya dan sekiranya
aku ini polis, dah lama aku humbankan dia dalam penjara pudu tu!” bicara Kaseh
sendirian.
Kaseh melakarkan wajah BMW versi orang utan
dengan maskot Aslan, Narnia. Sebiji pulak lakarannya ini. Kalau inilah orangnya
memang penyakit ketawalah si Kaseh hari-hari tergelakkannya.
“Amik kau. Nah!! Tendangan berpadu dariku
duhai Aslan!!” ditonyehkan lagi akan lakaran itu semahu mungkin. Kaseh
melepaskan semua kemarahannya atas lakaran itu. Puas sedikit rasa dalam
hatinya. Mahu hentam si BMW, tak terdaya pulak.
“Tinggg...”
Bunyi interkom mengejutkan Kaseh yang leka
dengan lakaran ini. Astafirullah al-azim, jauhnya Kaseh tersesat ini. Nampak
dek bos, mati Kaseh dimarahinya. Kaseh segera menyembunyikan kertas lakaran ini
dan berlagak biasa. Dalam hati pula..dup dap dup dap. Senyaplah jantungku..
“Yess?”
“Kau ok?” suara Suhaila kedengaran di line 1.
Prihatin juga dia dengan diri Kaseh. Kaseh menarik nafas lega. Suhaila ini
bikin dia boleh mati terkejut sahaja tau.
“What you expect?”
“I think you are not ok. Singa tu
ngaum lagi ker?” pandai pula dia meneka. Selalunya tahu bertanya sahaja.
Suhaila ohh Suhaila.
“Like usual! Macamlah kau baru kenal
dia semalam?”
“I feel sad for you. Kenapa kau
ajer yang terkena angin kus-kus dia ya. Dia syok kat kau kot! Konfem!”
“Suhaila, that not this kind of joke. I
don’t like it! Berapa kali aku nak ulang, aku tak der apa-apa perasaan
padanya kecuali satu. Benci!!!” ujar Kaseh dengan seribu saat kebencian di dada
ini. Andainya Kaseh dapatkan luahkan kebencian ini secara berdepan dengan si
BMW itu. Tapi, berjayakah Kaseh meluahkan kata benci ini sambil menatap
wajahnya? Alahaiii...
“Ehem..” satu deheman kasar berbunyi. Kaseh
mengangkatkan wajahnya. Pucat wajahnya. Terlebih sudah! Boleh go stand atau
ayat Malaysianya berpatah balik tak ayat takdi itu? Kelat pulak mahu telan air
liur ini di kerongkong. Mana pulak perginya gula-gula ini.
Gulp!
Air liur Kaseh ditelan perlahan. Pahit pula
rasanya. Bila masa si dia duduk tercongok depan pintu pejabat Kaseh ini.
Aduhai, memang sah Kaseh kena wat tempahan tanah kubur sendiri ini lepas ini.
Mungkar dan Nakir sudah lama agaknya menantikan Kaseh di sana. Seram pulak rasa
bulu roma ini kenangkan 2 malaikat itu. Taubat, Kaseh takkan buat ketupat basi
di belakang orang lagi.
BMW tersenyum kelat. Adakah dia sudah
mendengari semua bicara Kaseh yang tidak seindah rupa? Apa pula alasan Kaseh
kali ini untuk dijelaskan akan hal ini. Kelentongkan dirinya macam dia
kelentongkan adiknya, si Raziman ker? Kasilah idea..Tolonglah Kaseh.
“Aku kol kau semula ya!” cepat-cepat Kaseh
matikan diskusi peribadinya dengan Suhaila. Kaseh cuba berlagak formal dengan
BMW, seolah-olah Kaseh tidak mengutuk apa-apa pasal diri si BMW. Hipokritnya
betullah Kaseh rasakan saat ini.
“Sedap juga ya perencah yang saya dengar kamu
bicarakan pasal saya! Not bad. Cap Kari Ali Babas ker ataupun cap Adabi?”
sindirnya BMW sesinis dan duduk berdepan dengan Kaseh.
“Err...saya..saya tak sengaja!”
“Sejak bila awak ada sengaja apabila kutuk
saya, ya? Sejak bila Kaseh? Tell me!” Tangan BMW disilangkan.
Kepalanya disandarkan di dinding. Reaksinya bagaikan menanti jawapan.
‘Sejak Bos terlalu busy body dalam
hal saya jer!’ mahu sahaja Kaseh lontarkan kepada BMW. Tapi, tahan Kaseh. Dia
majikan kau. Kan dia buang kau kerja, tertutuplah pintu rezeki kau. Makan maggi
Mee seddap ajerlah untuk sebulan. Makin kuruslah kau nanti. Sayonaralah kat
KFC, A&W dan Pizza Hut yaa.
“Why you quiet?” rajin pulak BMW
datang ke pejabat Kaseh dan memulakan perkelahiannya ini. Dulu, memang boleh
bilang dengan jari kaki dia mahu datang ke pejabat Kaseh. Kini, dunia dah
terbalik agaknya. Ada agenda tersembunyi ker ini? Hati Kaseh mulai mengesyaki
sesuatu.
“I speak only when needed!”
“Ohh.. I see. Now I want you speak now!”
Speak now? Tu lagu kegemaran Kaseh.
Taylor Swift. Kaseh tergelak kecil mendengar sepotong kata-kata itu. Macam
tahu-tahu sahaja si Kaseh ini peminat lagu-lagu Taylor Swift. Agaknya dia ini
stalkerku dalam diam kot.
“Apa yang kelakar sangat dengan kata-kata
saya tu?”
“Sorry bos. Nothing. Ada apa encik
datang ke bilik saya ni?” soal Kaseh sambil mengabaikan soalan BMW tadi.
Sekarang ini kan waktu pejabat, jadi hanya soal pejabat akan dibahaskan. Personal
just not allowed! No personal entry in this room!
“You change the topic!”
“I know. But ni kan waktu pejabat.
Hal peribadi saya akan bahaskan lepas waktu pejabat saja!” tegas Kaseh
menyatakan kepada BMW itu. BMW terkesima. Aik? BMW pula yang terkena! Itu kan
undang-undang yang selalu BMW utarakan kepada semua staffnya.
“OK. As you wish. Satu hari saya
akan tuntut jawapannya. Better you watch it!”
“As you wanted!” Kaseh malas mahu
berbicarakan lagi isu ini. Menyesakkan fikiran Kaseh sahaja. Fokus, Kaseh ke
hadapan. Jalan terus ke hadapan dan jangan berpaling ke belakang lagi. Ingat!
Jangan Pandang Belakang...kalau tak.. tahu sendirilah.
Jam berdenting sebanyak 5 kali menandakan jam hampir ke angka 5
petang. Bebola mata Kaseh menatap ke arah jam mini Tom & Jerry yang ada di
atas mejanya. Jarum sudah mencecah angka 5 petang. Matilah dia! Memang sah,
Aslan tu akan mengamuk sakan! Kegelisahan Kaseh semakin menjadi-jadi. Bagaikan
diputarkan kembali akan kata-kata ngauman Aslan itu di tirai telinga Kaseh.
“Tepat jam 5 petang, laporan tu ada di atas meja saya. Kalau
lambat, siaplah awak! Saya tak nak laporan tu lewat 1 saat pun!” Kaseh
benar-benar geram dengan sikap diktator maha terhebat dari CEO ini. Mahu semua
kerja siap dengan cepat sahaja. Entah apalah yang dikejarkannya.
Kaseh masih lagi meneruskan dengan kerja yang belum kesudahannya
ini. Bebola mata Kaseh sudah naik rabun sahaja asyik menatap kerja yang sama
sahaja. Di tekan scroll tetikus atas
dan bawah bagi melihat ada tak kesalahan dalam ejaan. Banyaknya perlu diedit
kembali ini.
“Lambat lagilah kalau macam ni. Suhaila pulak sibuk duk uruskan
proposal. Takkan aku nak mintak Suhaila pulak.!” Kaseh gerutu dalam diam.
Kesudahannya, hanya keluhan yang dilepaskan.
Penat tahu kerja makan gaji ini. Salah sikit, marahnya berapi.
Tapi, kalau kerja elok, diam pulak seribu bahasa. Hati batu betullah si BMW ni.
Mahal sangat nak puji Kaseh agaknya. Tak pun BMW takut Kaseh mintak harga cukai kalau Kaseh dipuji olehnya.
Kalau bosnya Kaseh tidak datang menyibuk sebentar tadi, tentunya Kaseh akan dapat
siapkan secepat mungkin. Kaseh pelik sekali dengan sikap BMW sekarang ni.
Selalu sangat rajin datang senyap-senyap di belakang Kaseh dan di mana juga
Kaseh berada. Si Aslan aka BMW ni sedang stalker Kaseh ker? Ingat Kaseh ni pekerja
makan gaji buta ker?
Come on laa...Gua tak main la
makan gaji buta..kalau nak ponteng jer terus, baru syok!! Kaseh tergelak sendirian.
Jahat jugak aku ini sebenarnya. Sempat lagi pasang simpan niat nak ponteng kerja.
Boleh jatuh pangkat ni sebagai pekerja cemerlang selama 3 bulan berturut-turut
di sini.
Fail dari syarikat Erlam Bersatu itu diulang kali bacanya entah
yang ke berapa kali dah. Sampaikan boleh ingat akan semua no sirinya. Betapa
power tak power akan daya ingatan Kaseh ini. Maklumlah, berkat minum air suam
sebanyak 7 kali sehari.
Helaian demi helaian diselaknya agar tiada sebarang kecacatan yang
akan ditangkap curi oleh BMW. Kalau nak tahu, anak mata si BMW tu macam mata
burung helang versus kesamaan dengan mata burung hantu. Clear time gelap dan
tajam sekali pada sudut pandangan terkecil. Kesalahan tanda baca koma dan titik
pun selalu dirungutkannya. Aduhai, konsertif betullah. Tension Kaseh tahu hadap
perangai BMW ini sehari-hari.
“Fuhh!! Jangan lah kau lagi kasi aku overtime kat pejabat ni.
Fuh!!” hembus Kaseh kepada fail kertas projek Erlam Bersatu. Macam-macam ragam
Kaseh inilah. Ingat ni zaman hembus menghembus ker? Up to date lah sikit sayang oiii!!
Kaseh mengeliat sedikit badannya ke kiri dan kanan. Perbetulkan
urat saraf di belakang badannya. Kematu sudah punggungnya kerana duduk lama di
bangku ini. Kalau aku mengeliat ni takkan ada yang masuk kan. Jom, cuba buat
sekarang!
Leganya rasa. Macam baru lepas satu beban di bahu ini. Kaseh
mengambil handphone Vivo yang berada di atas mejanya. Manalah tahu ada
kot panggilan masuk yang terlepas dan sms. Kosong jer.
Oklah tu kan, sekurangnya takkan ada yang menganggu masa rehat
Kaseh. Nada lagu dipilih oleh Kaseh.
Ingatan Kaseh melayang-layang di udara saat mendengari alunan instrumental
‘Kiss The Rain’ dendangan Yiruma. Erm.. tenangnya. Hilang semua permasalahan
dalam kepala. Terasa ringan sikit.
Instrumental ini bagaikan menggamit ingatan agar sentiasa kosong
dan membuai-buai perasaan dan jiwa. Kaseh memejam mata dan mulai menghayati
setiap bunyi piano itu ditekan merdu. La la la..urm..urm..dan..dan..
Talian line berdering. Opocot, mak kau jatuh! Kaseh melatah kecil.
Kuss semangat aku. Baru jer nak lena, dah kena kacau. Siapalah pulak ni?
Malas-malas Kaseh menekan butang berwarna kelabu itu.
“Yess,
Kaseh here!”
Kaseh mengurut nafas semput. Nasib baiklah jantung Kaseh masih muda lagi, kalau tak..,hi hi
bye bye ya duniawi ini.
“Where
is that document?
Nak wat jeruk pekasam ker?” suara tu langsung tak reti nak manis ajer. Asyik
nak memerli Kaseh ajer. Kang Kaseh cilikan baru tahu. Kaseh tarik muka masam sejuta kali.
Tua lah wajah Kaseh kalau dengar suaranya yang tak pernah nak indah rupa.
“Dah siap semua. Encik nak lihat sekarang ker?” masih lagi Kaseh
mengawal diri agar tidak bersuara kasar dengan makhluk Tuhan paling dia benci
ini.
“Taklah, nak tengok besok. Lagi mahu tanya ker? Sekarang ni dah
jam berapa?” soalnya BMW sinis namun masih lagi mahu bertekak dengan Kaseh. Entah
apalah kemahuan hati BMW ini. Runsing Kaseh sangat-sangat.
“Eleh baru jam 5.04 minit jer!” gerutu Kaseh perlahan. Mata Kaseh
dikerlingkan sekilas pada jam mini Tom & Jerry ini.
“Tahu pun. Dah lewat 4 minit, so
move on now!” aik, si BMW dengar juga! Telinga lintah betullah. Konfem selalu
servis telinga ni hari-hari. Kaseh mengeluh hampa. Dah nasib badan dapat boss
straight sebegini. Kaseh pun membelek sekali lagi takut-takutlah ada yang
terlepas pandang.
Perfect! Bravo, Kaseh Armia.
Kaseh pun bangkit dan saat mahu melangkah, ada bunyi ketukkan di
pintu. Kaseh tarik muka, amboi tak menyempat-nyempatlah tu. Sampai jemput
datang kat pejabatnya. Ketukkan itu kian bergema. Aik, nak lawan ketuk
mengetuk pulak. Ini yang buatkan Kaseh mahu naik angin hantu satu badanlah.
Ketukan halus kasar kedengaran,
“Come in!” arah Kaseh sekilas lalu.
“Boleh aku kacau?” soal satu suara yang cukup sinonim dengan pendengaran Kaseh.
Kaseh mengangkatkan wajahnya. Seraut wajah yang mendamaikan. Adakah ini dia?
Sungguh Kaseh terperanjat dengan kedatangan insan tak diduga ini. Punggungnya
kembali rebah di kerusi empuk itu. Terlupa seketika akan mahu ke pejabat BMW
serahkan laporan ini.
“Ema!!!” jerit Kaseh lantang. Tidak sangka yang dia akan bertemu
dengan Ema di pejabatnya hari ini. Indahlah hari Kaseh hari ini. Penghibur suka
dukanya sudah kembali ke Malaysia.
“Yes, that me. Aku tak jangka yang sebegini kau sambut aku. Impresive!”
“Rindunya aku kat kau. Bila kau sampai ni?” Kaseh menutupi fail
dan menatap wajah Ema yang sudah lama tidak bertemu. Ada perubahan sikit pada
wajah dan kulit Ema. Dah cerah sikit dan makin berseri-seri. Jerawat pun sudah
tiada di wajahnya. Clean dan Clear katakan.
“2 hari dah aku sampai kat Malaysia ni!”
“Dan, baru sekarang kau nak datang jumpa aku. Apa lah kau ni! Tak
sayangkan aku lah, yaa!” sengaja Kaseh tarik muka mengajuk dengan Ema Asyra. Kaseh
memang manja sedikit dengan Ema. Kawan karib yang paling lama sekali berkawan
dengan Kaseh.
“Dah, jangan nak berlagak macam budak tak cukup umur ajer. Aku
sibuk sikit jer sejak balik Malaysia. Ni baru ada masa nak keluar jumpa kawan
tau! Kau pun diam ajer. Nak tunggu kat reply mesej aku dalam FB pun payah.”
Merungut panjang Ema dengan sikap Kaseh ini.
Kantoi. Kaseh manalah rajin sangat nak update FB ini. Busy hendak melayan karenah si filaun tu lagi. Manalah sempat hendak bukak laman sosial itu.
Masanya amat terhad sekali.
“FB?” Kaseh bersoal dalam nada terperanjat. Sengaja buat
terperanjat agar Ema percaya dengan lakonannya. Real, kan?
“Yup, your Facebook. Oh ya, sebut pasal FB ni, pesal macam nak
gegar satu Malaysia aku baca post kau dalam tu? Siapa makhluk singa yang berani
usik kau ni? Buatkan jiwa kau jadi kacau bilau dan hari kau kelam kabut?”
Kaseh menarik muka dengan wajah menyengih. Aduhai..minah ini
awal-awal dah pasang episod terjahnya. Melodi pun belum dimulakan lagi, terus
datang menerjah. Apa pulak Kaseh mahu kelentong ini. Itulah, yang gatal tangan
sangat pi shouut outt kat FB tu , apa
kes? Kan dah ada wartawan tak berjemput datang serang menerjah.
“Dek shouut out kau tu juga penyebab aku datang lawat kau hari ni? Who is he?” masih tidak berputus asa Ema dalam mengorek cerita panas soal diri Kaseh ini.
Kaseh terdiam. Kaseh sendiri pun dah lupa akan tindakan melulunya
itu yang post dalam FB. Itulah ikutkan rasa binasa, makan diri tahu.
Kaseh mengeluh perlahan. Memang Kaseh benar-benar terlupa pulak Kaseh
pernah wat sessi luahan perasaan dalam laman sosial itu. Dek kesibukkan, Kaseh
jarang bukak FB Kaseh itu.
“I am
waiting!”
Ema mengugutnya dengan jelingan manis. Kaseh menelan air liur perlahan-lahan.
Haruskah Kaseh menceritakan segala-galanya ataupun hanya bab penting sahaja?
Yang mana satu ni?
“Makhluk singa? Ooo si Aslan tu ker?” Kaseh bersoal kecil.
“Yap, Aslan!” Ema mengiakannya. Entah betul ker salah, pakat
hentam sahajalah labu. Janji Ema tahu jalan cerita sebenarnya..mesti yang Full version punya. Tulah nama nickname
Kaseh taip lam my post terkini. Kan
taip nama sebenar, kecoh pulak Kaseh kena saman. Heheheheh....
“Memang aku bengang gila ngan dia time ni tau. Asyik cari salah
aku ajer. Ada sahaja tak kena di matanya. Aku bencilah kerja macam ni. Dulu ok
kerja aku. Cuma, semenjak dia ambil alih ni aje, hidup aku tak aman!” Nah!
Panjang lebar sekali Kaseh mengadu nasib dengan Ema. Hilang sudah tatasusila Kaseh dalam
budi bicara budaya bangsa.
“Siapa dia tu?”
“My boss!”
“What? Your boss?” Ema tersengih kecil. Kaseh..oh Kaseh, kau ni memang dari dulu suka sangat buat-buat buta hati ya. Ini mesti kes perang-perang cinta laa.. versi tempat kerja punya.
Kaseh sudah pelik lihat
senyuman meleret dari Ema ini. Ada sesuatu yang tidak kena dengan senyuman itu.
Ema sedang sembunyikan sesuatu. Kaseh boleh rasakannya.
“Ye...”
Tersenyum Ema dengan omelan Kaseh ini. Dah sah! Boss Kaseh sedang
rancangkan sesuatu. Macam-macam ragamlah si Kaseh ini sekarang. Wajah pun asyik
kelat ajer. Tapi yang peliknya, wajahnya still lagi baby face. Pakai jamu ker
apa budak ini?
“Ni, kau tengoklah aku kena pulak buat kerja extra overtime. Di luar jam office hour tau! Mana aku tak bengang.” Tunjuk Kaseh akan kertas-kertas di atas mejanya ini.
Fail-fail yang bertimbunan itu dibeleknya sekilas lalu. Kalau Ema, sudah lama muntah lihat semua kertas ini. Ema hanya memandang sekilas akan semua
kertas ini. Satu patah haram pun dia tak faham akan skop kerja Kaseh ini.
Terlalu rumit sangat.
“Laa..kan tu kerja kau! Kau ni nak merungut pulak. Kan dia potong
gaji kau kan!” Ema bersuara kecil dan tatap wajah Kaseh tajam. Angin betul
Kaseh ini.
“Eleh, potonglah kalau berani usik gaji aku. Aku potong dia punya
sekali lagi tau. Konfem berkhatan kali kedua!” Kaseh bersuara geram. Hanya Kaseh
yang tahu betapa dalamnya rasa kegeraman ini pada insan bernama BMW ini.
“Berani nya kau!”
“Ni Kasehlah! Apa pun aku berani buat!” megah Kaseh berbicara
tanpa teringat apa-apa pun. Kaseh dan Ema bersambung ketawa. Gamat sekali dalam
pejabat ini. Oh, betapa Kaseh amat rindukan semua kemesraan dan kemanisan ini.
Alangkah indah kalau dunia boleh berputar ke belakang.
“Dah lama kan kita tak berbual mesra. Sejak kau dan aku bawak
haluan masing-masing. Aku amat rindukan kenangan lama kita dulu!”
“Same
with me!”
Ema mengiakan kata-kata Kaseh ini. Dahulu nya mereka bergelar student, kini dah
upgrade jadi bekas student dan bergelar pekerja tempatan pula. He he he..
“Oh ya, kita ni asyik borak pasal aku jer. So, kau apa cerita
sekarang?” soal Kaseh setelah tawanya terhenti. Ema terdiam terkedu. Apa pula
Ema mahu ceritakan soal dirinya. Tiada apa yang menarik mengenainya.
“Kaseh nak tahu apa pasal Ema? Tak ada yang menarik pun untuk
dikongsi bersama!” Ema menjawab laju. Janganlah Kaseh nak mengorek kisah
peribadinya, kalau tak masak Ema dibuatnya. Kaseh ini kaki pengorek jua tau.
Handal dan pro dalam mencari tahu rahsia Ema.
“Err..jangan nak kelentong ya..aku hanya nak tahu satu benda
jer..” Kaseh tersenyum penuh makna. Ema dah tak senang duduk. Tolonglah sesiapa
datang selamatkan Ema dari diterjah oleh Kaseh pula. Help me, some body!!
More Like it?
Bersambung...
No comments:
Post a Comment