TEMU JANJI CINTA
BAB 7
End Flashback
Dek ikrar keramat itu, Kaseh terkapai-kapai
seorang diri di sini. 3 tahun 11 bulan sudah berlalu mengikut peredaran masa,
namun Zairey hanya tinggal nama. Tinggal sejarah sahaja. Sejarah yang takkan
mungkin boleh terulang kembali.
Apalah khabar dirinya di sana. Sudah
berbakul-bakul Email, Facebook, twitter, yahoo Messenger, hotmail dihantarkan
buat dirinya. Tapi, satu pun tiada balasannya. Apa di negara orang omputih tu
dah kehabisan line internet ker?
Recyle Bin dalam laptop Compaq Kaseh sudah penuh sebakul. Malahan berbakul-bakul spam dan mesej yang Kaseh utuskan buat diri Zairey.
Ucapan selamat hari raya, hari jadi pun tidak pernah
dibalas. Apa ni? Zairey sudah lupa daratan ker semenjak jejak kaki ke tanah
perantauan asing itu? Ataupun, dia sudah ada pengganti diri Kaseh yang jauh lebih
cantik?
Kaseh, cuba jangan berfikiran buruk. Fikirkan
yang positif sahaja, Kaseh. Kaseh pegang kepalanya. Sekeping foto kenangan
dirinya bersama dengan Zairey ditarik keluar dari meja tempatnya meluahkan
perasaan.
“Zairey, aku rindukanmu setengah mati ni!”
luahnya Kaseh dengan linangan air mata. Semenjak dua tiga hari itu, kolam air matanya
begitu mudah mengalir keluar. Hatinya sudah sarat dengan
kerinduan yang tidak bertepi.
“Rie, aku tujukan lagu ini buat dirimu yang
jauh di perantauan.” Tangan Kaseh menekan button MP3 dan satu
lagu yang telah lama di download muncul di skrin laptop
Compaq.
Rindu Setengah Mati-D Masiv
Aku ingin engkau ada di sini
Menemaniku saat sepi
Menemaniku saat gundah
Berat hidup ini tanpa dirimu
Ku hanya mencintai kamu
Ku hanya memiliki kamu
Aku rindu setengah mati kepada mu
Sungguh ku ingin kau tahu
Aku rindu setengah mati
Meski tlah lama kita tak bertemu
Ku slalu memimpikan kamu
Ku tak bisa hidup tanpamu
Aku rindu setengah mati kepadaku
Sungguh ku ingin kau tahu
Ku tak bisa hidup tanpamu
Aku rindu..
Zairey!! Pulanglah, aku merindukanmu.. Dengarlah kata hatiku meteriakkan hanya namamu. Kaseh menarik anak patung SpangeBob pemberian Zairey sewaktu keberangkatannya ke England untuk menyambung belajar.
Hanya itulah satu-satunya harta benda kepunyaan Zairey yang masih
berada dalam simpanannya. Baunya masih melekat akan bau badan Zairey.
Kenangan 3 tahun 11 bulan kembali terlayar di
fikirannya. Seolah ditayangkan kembali semua kenangan itu.
"Peluklah SpangeBob ini jika rindukan Rie. Chemistry Rie kuat. Rie akan dapat tau yang Kaseh sedang buat apa nanti!" usiknya Zairey lalu mencuit hidung Kaseh dengan gelakkan manja. Kaseh menarik muka masam.
Geram dengan kelakuan Zairey yang suka sangat menyentuhi hidungnya, Kaseh. Kita bukan muhrim lagi tau! Itu lah ayat yang selalu diutarakan, tetapi si Zairey itu jenis spesies pekak badak. Suka redah sahaja pantang larang itu.
Sebal..Sebal..
"Malulah Kaseh, dah lah SpangeBob ini besar gedabak. Nah! ambik balik!" Sengaja Kaseh bercakap kasar dengan Zairey. Malu nak akui yang Kaseh teruja menerima akan hadiah pemberiannya itu.
"Janganlah macam tu, sayang! Rie ikhlas berikan ini sebagai pengganti diri Rie. SpangeBob ini akan jaga Kaseh sepanjang ketiadaan Rie di sisi Kaseh!" pujuknya sehalus mungkin. Badannya ditundukkan sedikit. Macam mahu melamar pula.
Itu bukannya shooting drama My Best friend Wedding versi Malaysia, Ok para pengunjung sekalian. Bicara Kaseh dengan otak tidak betulnya jua. Sah, aku pun dah mereng macam Zairey pula. Dah lah wat drama samarinda kat tengah airport. Mahunya tak orang tengok. Malu beb!!
"Bangunlah. Malulah. Orang asyik pandang kita ajer ni!" Kaseh mulai menarik anak baju kotak-kotaknya.
Nasib baiklah berlapik, kalau tidak mahunya tarik lengan Zairey dengan menggunakan payung Avon yang baru dibelinya semalam. Payung pun payunglah, janji kami takkan bersentuhan. Zina itu.. Zina tangan. Ada ker?
Sorry.. Kesilapan teknikal sikit akan saraf otaknya hari itu. Terlupa saya nak kasi servis baik punya semalam. Ada jer aku kasi dia itu makan ubat gegat keluaran cap kaki kipas yang selalu aku guna untuk menghalau lipas dan tikus kat rumah itu.
"Nope!" gelengan kepala Zairey kian rancak. Lututnya masih kaku di situ. Jelingan dan bisikan orang di sekeliling kian meresahkan jiwa dan tenaga Kaseh.
Zairey itu dah buang karan ker? Ada lagak macam orang Hindustan pun ada. Bangunlah! Rayu Kaseh dengan isyarat matanya. Tak larat dah nak guna ayat-ayat biasa. Bukannya makan saman pun lelaki itu. Spesis Badak berendam 7 lautan katakan.
-end flashback-
*************************************************
-masa sekarang-
‘Ting..ting..Love u baby, muah muah muuaaahh’
Tersentak Kaseh dibuatnya. Kuss
semangat!! Tone message siapalah yang kuat sangat memekak
dalam bilikku itu? Kaseh memaling ke arah bunyi itu. Alamak, itu kan tone
message handphone aku, kan.
Terlupa pulak. Itulah, asyik mengenangkan
kisah lama sahaja. Malasnya pula hendak bangun ambil handphone Kaseh itu. Biarlah
dulu, besok sahajalah Kaseh baca mesej yang masuk itu.
Selang beberapa minit berlalu, satu lagi bunyi mesej masuk ke dalam inbox handphone Vivo. Siapalah yang penyibuk sangat tu?
Berbunyi
kerusi yang Kaseh bangun dari meja itu. Dengan langkah penuh malas, Kaseh menuju ke
katilku. Handphone Vivo ditarik perlahan-lahan.
Ikon whatsapp ditekan.
+Jom, dating ngn sy. I’m waiting.. : )+ (BMW)
Bulat mata Kaseh lihat kiriman whatsapp itu. Kaseh memeriksa akan siapakah yang tukang menghantar mesej itu kepadanya.
Apa? Si BMW aka si Aslan? Dia ni betul-betul ajak aku dating ker? Kami berdua saling bertemu janji? Sejak bila pulak dia jadi sejinak-jinak itu? Musykil aku. Monolog Kaseh dalam hati.
Lantas, whatsapp kedua itu dibuka dan kali itu
tidak sangka pula Kaseh boleh tergolek terjatuh dari katil. Mak..sakitnya punggung
aku. Semuanya kerana whatsapp kedua dari si Aslan tu laa..
+ Sy kt luar ni. Cpt bersiap! + (BMW)
Eh..apa ni? Dia ni memain ker? Ni mesti wakenabeb! Kaseh cuba bangun dan menggosokkan punggungnya.
Langsir ditarik perlahan.
Mak!!! Dia memang ada kat luar pintu pagar rumahku. Dia benar-benar serius mahu bertemu janji cinta dengan Kaseh.
Sekali lagi whatsappnya masuk dalam whatsapp Kaseh.
+ Lme lgi ker? Kt luar ni byk nyamuk la. Smuanya nyamuk betina.+ (BMW)
Kaseh tergelak kecil. Padan muka kau duhai Aslan. Biarlah berkilo-kilo darah kau kena hisap oleh nyamuk betina itu. Takpun, biarkan nyamuk tu duduk mengorat kau dan kau buatlah temu janji cinta kat luar dengan nyamuk ya..
+ Kaseh, baik awk keluar sekrg
sebelum sy menceroboh msuk & dukung awk kuar rumh! + (BMW)
Mak..apa ni? Ugutan ker? Mana ada pun Kaseh bersetuju hendak keluar bertemu janji cinta dengan dirinya itu.
BMW sahaja yang memandai
sahaja buat janji itu. Kaseh tidak pernah sesekali pun cakap, “ya, saya nak pergi temu janji
cinta dengan awak!”
+Kaseh, Sy msuk ya skrg. Dlm hti ni
x sbr nk dkung awk kuar gi dating + (BMW)
Masuk whatsapp itu yang keberapalah yang
dikirimkan oleh si BMW itu. Geramnya Kaseh dengan sikap suka mendesak, mengarah olehnya
itu. Kalah hitler tau. Sebal-sebal.
Kaseh segera membalas whatsapp itu dan
menghempaskan handphone Vivonya ke atas katil. Baik Kaseh bersolek
ala-ala Yo Soy Betty La Fea, drama columbia tu. Biar BMW rasa malu hendak berjalan beriringan dengan Kaseh.
***
‘Tip.Tip..Mesej Masuk..tu..’ nada whatsapp milik
BMW pula berdering. BMW segera membuka dan tersenyum panjang saat melihat nama
yang tertera di skrin itu. Sudi juga Kaseh balas whatsappnya.
Jom baca sama-sama whatsapp Kaseh itu. Kemudian
BMW tergelak besar sehingga terasa senak di perut menahan ketawa itu.
-(KASEH) Duk la brkeras kat luar tu.
Pastikan drh tu jenis AB, nyamuk kat umh sy ni jenis suka drh AB je. Lau tk de,
mrk belash jer apa jua jenis drh encik sampai kering berkilo-kilo. Give me 5
minute –
BMW tergelak lepas. Kaseh..oh Kaseh. Ada
sahaja bicaramu menghiburkan hatiku. Jangan kata 5 minit, 5 tahun pun BMW
sanggup menunggu dirimu.
Bunyi pintu dibuka dari dalam membuatkan BMW
berpaling. Mak!! BMW menjerit kecil. Kenapa Kaseh berpenampilan sebegitu? Mesti
itu semua tanda protes kot? Entah dari manalah Kaseh cilop pakaian itu semua?
“Kaseh? Adakah itu kamu?”
“Ye, sayalah ni!” Kaseh tersenyum
melirik. The game has just begin.
****
bersambung..
like, komen sikit tanda hadir.
No comments:
Post a Comment