TEMU JANJI CINTA BAB 10

TEMU JANJI CINTA  

Bab 10

 


Anak mata Kaseh langsung tidak berganjak memerhatikan pasangan kekasih itu sedang bergelak ketawa dari luar butik.

Si jejaka itu sedang leka mengusapi pipi si gadis tinggi lampai itu. 

“Adakah dia yang aku selalu rindui? Dia dah ada kat Malaysia kah?” Kaseh menyoal dirinya sendiri.

“Kaseh..Kaseh..?” Bakery mulai memanggil Kaseh. Bosan pulak tak bertengkak dengan Kaseh hari ni. Bakery lebih suka buatkan hati Kaseh meradang dengannya dari berkata baik-baik. Baginya, kalau situasinya berlainan dengan situasi, maka itu yang syok sangat-sangat.

Bakery bangun dan terduduk di hadapan Kaseh. 

“Kaseh.. Kaseh?” wajah Kaseh diangkat perlahan-lahan. Air mata Kaseh jatuh setitik di tapak tangan Bakery. 

“Sayang, kenapa ni?”

Kaseh terus tenggelam dalam kerinduan yang tidak bertepi itu. 

“Izinkan saya pinjam bahu awak kejap!” 

“Keizinan di terima!” laju sahaja kepala Kaseh menangis di bahu milik Bakery. 

Esak-esak tangisannya Kaseh kian kedengaran kuat di cuping telinga Bakery. Siapakah lelaki yang telah buatkan Kaseh hiba sebegini?

“Kaseh? Kaseh bersedih kerana siapa ni? Kaseh marahkan saya ker?” Bakery tetap juga mahukan jawapannya hari itu jua. Jawapan dari bibir Kaseh amatlah bermakna buat dirinya.

Kaseh angkat wajahnya. Aduhai, malunya.Kenapa hari ini sahaja banyak sekali Kaseh mempergunakannya. 

Kaseh segera lapkan sisa-sisa tangisan itu. Bakery segera bangun dan duduk kembali. Satu kain kecil keluar dari saku poketnya. Lalu, Bakery menyapu perlahan-lahan sisa air mata itu.

“Saya sayangkan Kaseh sangat-sangat. Ingat, saya takkan benarkan setitis pun air mata keluar dari anak mata Kaseh lagi. Saya sanggup tunggu Kaseh sehingga hati Kaseh akan terbuka terima saya dengan seadanya. Ingat satu perkara sahaja. Bakery Muzairy William dah jatuh cinta pada gadis bernama Kaseh Armia Ja-Lyl. Selalu ingat itu.!” Diciut hidung Kaseh dan segera bangun apabila namanya dipanggil oleh jurujual.

Dup dap dup dap. Jantung Kaseh kian berdegup kencang. Benarkah Bakery sebegitu cintakan Kaseh sebegitu dalam. 

Apa yang Kaseh nak buat ni? Wajarkah terima cinta Bakery atau setia menantikan Zairey pulang ke pangkuannya.

Ahh..persetankanlah si Zairey itu. Kalau benar dia cintakan Kaseh, mesti Kaseh orang pertama yang dia akan cari. 4 tahun masa sudah melabuhkan tirainya, tapi di manakah pergi?

“Selamat datang, Encik Zairey!”

Kaseh tersentak kecil. Kejap, nama Zairey ker yang diucapkan oleh jurujual tadi itu. Segera Kaseh berpaling laju.  

Keduanya saling bertentangan mata. Kaseh rasa mahu pengsan di sini juga. Tolonglah sesiapa datang pengsankan Kaseh sekarang juga.

“Kaseh..? Kaseh Armia?” soal lelaki yang dipanggil Zairey itu. 

Ya Allah, itu dia sudah berada tegak di hadapan Kaseh sekarang itu. 4 tahun, telah merubah Zairey dengan drastik. 

Zairey yang dulu telah berubah berbanding dengan Zairey pada 4 tahun yang dahulu. Zairey kini sudah semakin bergaya dan segak. 

Corak rambutnya juga sudah tertukar fesyen. Zairey memang lelaki yang mempunyai pakej lengkap seorang lelaki sejati. Mana-mana wanita akan tetap menjeling juga kepada dirinya.

Kaseh tergamam.

“Kaseh..” satu lagi suara menyapa dari belakang. Kaseh rasa mahu tumbang di situ juga.  Keliru bercampur terkejut pun ada.

“Kaseh..” sekali lagi suara itu bergema. Apa lagi yang mereka berdua ni nak? Kaseh berpaling malas. 

Mata Kaseh sudah membulat. Kenapa pulak si Bakery itu berpakaian sebegitu? Kenapa pulak penampilannya sudah tertukar ni? Mahu perli Kaseh ke?

“Ok tak?”

“KO!” jawap Kaseh spontan.

Bakery tergelak besar dan matanya mulai terangkat. Kemudian Bakery pun sama-sama terkejut. 

Ada seseorang jejaka sedang merenungi wajah Kaseh dengan pandangan yang teramatlah dia mengerti. Cemburu mulai menjalari pintu hatinya. Kaseh pula beraksi serba tak kena. 

Siapakah lelaki itu? Ingin sahaja bibir Bakery itu bertanyakan gerangan lelaki itu, tapi mulutnya bagaikan terkunci sendiri.

Bakery sedang dilanda perasaan cemburu yang teramat sangat. Ia kian membakar jiwanya. Kaseh pula kian menunduk ke bawah. Sah, mereka berdua saling mengenali.

 

Bersambung…like tak.he he hehehe hehe..

 

 

 

 

 

 

No comments:

Post a Comment

Blog Saya

TEMU JANJI CINTA BAB 13

  Temu Janji Cinta  BAB 13   “ Drop kan sahaja saya kat tepi jalan tu. I need a new fresh air. Tolonglah, saya inginkan masa untuk be...

Ad