Temu Janji Cinta 1
Bab 1
Kaseh Armia Ja-Lyl mengeluh sendirian tatkala
melihat senarai nama pendek yang telah dibuat oleh pekerjanya. Anak matanya
sudah mulai berpinar-pinar melihat kesemua data-data yang ada. Mahu sahaja dia rebah seketika atas tilam empuknya itu. Namun tugasan itu perlu juga dia siapkan
secepat yang mungkin.
"Saya mahukan laporan ni siap diupdate
in my desk tepat jam 3 petang!" bagaikan terngiang kembali arahan kasi
pecah itu di telinganya. Apalah malangnya mendapat bos yang berperangai satu
kelab dengan Hitler. Firaun pun kalah dengan perangai hati kering bos aku tu
lah...
Perut Kaseh berbunyi menandakan meminta
diisi. Aduhai, terlupa pulak akan ada perkara lain yang wajib didahulukan. Kan
dah kasi signal amaran itu. Kaseh mencapai air mineral yang tersedia di atas
meja dan meneguk perlahan-lahan. Mudah-mudahan dengan air tu, akan dapat
ubatilah sedikit rasa kelaparannya.
Tangan Kaseh mulai laju menaip beberapa butiran
yang perlu diubah suai sikit. Kertas itu dibelek berkali-kali. Sesekali dia mengeluh
sendirian dengan semua bebanan kerja itu yang semakin bertambah di saban hari. Semakin
tualah dia dibuatnya dengan sikap workholic dia itu. Hilanglah hari bersukaria dia kalau asyik mengadap kerja sahaja. Hari minggu entah di manalah..
Ketukan perlahan kedengaran di pintu bilik Kaseh. Dia tersentak dan memberikan izin masuk. Terpacul satu wajah yang selalu datang
membawakan berita yang takkan dia suka hendak dengar. Satu raut wajah yang
manis dan cantik sekali kalau tersenyum panjang. Suhaila Aleesya, salah seorang
pekerja di tempatnya bekerja. Orangnya tinggi dan berbadan macam model.
"Cik Kaseh, Bos nak jumpa!" maklum
Suhaila Aleesya, setiausaha CEO syarikat aku mencari rezeki. Kaseh melemparkan
pandangan kelat akan berita serentak dengan mimik wajahnya turut sama berubah
100% sekiranya nama si filaun diperdengarkan di tubir telinganya.
"Cepatnya bos balik meeting. Kamu pasti
ker bos nak jumpa saya?" soal Kaseh kembali dengan menatapinya tajam. Manalah
tahu si Suhaila itu silap dengar ker? Kebarangkaliannya tetap ada, kan?
"Very sure!" mahu runtuh sahaja
semangat yang ada dalam diri Kaseh sebentar tadi.
"Tu tentunya nak dera saya lagi lah tu,
kan?" rungut Kaseh sendirian lalu kembali menilik akan kertas yang berselerak
di atas mejaku itu. Helaan nafas bosan dihelakan dan Suhaila tersenyum manis. Kaseh mendongakkan wajahnya. Ada sesuatu yang kelakar ker kat sini?
“Yes, apa yang kelakar sangat tu?” soal Kaseh
dengan perasaan ingin tahu yang meluap-luap. Ok jugak itu layan borak dengan
Suhaila. Hilang sedikit rasa tension itu.
“Sorry. Saya rasalah cik Kaseh, mesti boss tu
dah syok kat Cik Kasehlah!” duganya lagi dengan senyuman panjang. Issy, budak
ni ada pula cakap macam tu. Buatnya masin mulut tu, naya Kaseh. Dia nak letak kat
mana si Zairey tu kalau boss garangnya tu ‘ter’jatuh hati padaku. Simpang
malaikat 44 tau. Shuhhh..pi jauh-jauh..
“Agak-agaklah. Syok apa kejadahnya kalau satu
hari duk membuli saya dengan bertimbunan kerja seolah sudah setahun tak buat
jer!” ujar Kaseh dengan mulut tersenyum. Sabar, Kaseh. Itu kan semuanya andaian.
Bukannya benar-benar pun. Mana tahu ramalan si Suhaila Aleesya itu tak benar
belaka.
“Ala..manalah tahu Cik Kaseh. Tu kot gaya
mengorat alaf 2024 kot.!” Teka rambang lagi lantas tergelak besar. Sesekali Suhaila
melilau juga lihat ke belakang. Takut si Aslan itu muncul mendadak dan terdengar
pulak kitaorang duk mengumpat dia. Naya beb! Kan kena tahan gaji sebulan,
taubat ceq!
“Dah, jangan nak merepek lelebih pulak. Saya
sendiri pun tak berkenan dingorat guna cara sebegini. Seksa dan derita tau. Dia
senang-senang jer kasi arahan nak cepat. Geram tau. Baik Suhaila keluar sebelum
angin monsun cup saya datang melawat!” ujar Kaseh lagi dengan bangun dari
kerusinya.
“Ok!” Suhaila kembali menghilang dari pintu
bilik Kaseh. Letihnya! Kaseh meraut leher dan memusingkan pinggang ke kanan dan
kiri bagi melegakan kesakitan itu. Kepala pula terasa pening semacam sahaja.
Mahu pitam ker dia tu?
Kaseh keluar dari biliknya. Direnungnya
keadaan pejabat yang kembali hingar bingar dengan kawan-kawan yang baru balik
dari lunch time. Kaseh melemparkan senyuman kepada mereka. “Baru balik lunch
ker?” sapanya mesra.
“Cik Kaseh tak keluar makan lunch ker?” soal
Raziman, pengurus bahagian operasi. Kaseh berpaling ke belakang. Kaseh
mengelengkan kepalanya. Sudah menjadi tabiat bagi dirinya jarang keluar lunch
kalau ada kerja baru yang dititahkan oleh si Aslan itu.
“Inilah lunch saya!” dilayangkannya fail
projek itu. Raziman tergelak kecil. Dah agak dah. Kaseh memang seorang pekerja
yang dedikasi dalam setiap kerjanya. Kalau tak, masakan 3 bulan prestasi
kerjanya telah dipuji oleh majikan atasan.
“Bukan ker dah siap semuanya? Baru semalam
meeting kan mengenai projek kerjasama tu?” sampuk Ekmal Haikal, pekerja di
bahagian Raziman. Raziman berpaling dan mengangguk kecil.
“Entah, adalah tu yang selalu tak kena di
matanya. Saya pun dah pening dengan projek itu. Asyik kena edit sahaja. Rasanya
semuanya dah lengkap kan butirannya” Kaseh merungut.
“Sabarlah. Dah nama kerja makan gaji kan!”
Suhaila turut sama mahu menyampuk. Di tangannya, ada segelas air kopi yang
panas. Pandangan mata Kaseh tertumpu pada cawan kecil molek itu. Urmmyy..sedapnya
lihat air berasap keluar dari cawan itu. Mintak sikit..
“Nah!”
hulur Suhaila seolah tahu akan isi hati Kaseh. Kaseh tatap wajah Suhaila lama.
“Tak
pe ker ni?”
“Kira
halal lah. Saya buat tu pun untuk cik Kaseh. Saya tahu yang cik Kaseh tak
keluar makan lunch lagi, kan?”
“Terima
kasih, sayang Suhaila!” laju sahaja tangan Kaseh menyambut huluran air kopi yang
berasap itu. Dihirup dengan perlahan-lahan. Nikmatnya rasa itu.
“Kat
saya? Tak der ker?” seloroh Raziman dengan senyuman tersipu-sipu.
“Kat
awak? Hurrmm..nanti saya jawap lepas mengadap boss ya!” Kaseh jawab pendek. Air
kopi iti dihirupnya sambil habis. Sedapnya air kopi buatan Suhaila itu.
Bertuahlah tunangnya dapat Suhaila Aleesya itu.
“Alahai..tak
sayanglah tu jawapannya, kan. Siapalah kita ni!” Raziman mulai buat gimik
seolah-olah merajuk hati dengan Kaseh, salah seorang karyawan yang berkerja di
sini. Sesekali mengusik Kaseh pun tak salah, kan.
“Saya
kan ada!” Ekmal pun mahu juga turut sama dalam perbualan itu. Ekmal yang baru
tiba dari tandas, mulai tersenyum manis.
“Yelah,
kau ajer memang! Selalu ada bila time nak menyampuk ajer!” perli Raziman, ketua
bagi bahagian operasi. Ekmal tunjuk simbol maafkan kami. Riuh sakan kalau duk
layan mereka semua berborak itu.
“Oklah,
saya nak ke bilik bos jap ni. Terima kasih, Su untuk kopi ni. Lain kali saya
belanja kamu makan KFC, ya!”
“Untuk
saya lak?” Raziman mencelah pantas. Suhaila tersenyum kecil sambil menjawab
panggilan yang berdering di mejanya.
“Saya
pun nak!” Ekmal Haikal pun sekali mencelah. Diorang itu pantas sebut nak
belanja, semuanya nak offerkan diri. Kalau bab pokaikan poket tukang belanja
memang pro.
“Ye,
nanti saya order tuk satu ofis ya. Semuanya kena kongsi. Jangan lupa berikan
pada pak cik guard dan mak cik cleaner tau!” pesan Kaseh dan semuanya bersorak
gembira.
“Sayang
cik Kaseh tau. Semoga rezeki cik Kaseh melimpah ruah.”
“Amin!”
jawab Kaseh kecil dan terus melangkah menuju ke bilik bossnya, si BMW. Dari jauh, sudah
ternampak akan baying-bayangnya yang sedang mundar mandir. Apa pulak itu?
Kaki Kaseh terhenti mendadak di depan pintu
bilik tertera nama BMW a.k.a Kereta BMW yang mendapat permintaan di kalangan
VVIP. Nama sebenarnya Kaseh masih mahu rahsia dahulu. Nak tahu,tunngguuuu...
'Yang iing suuu mataa kajiii s'maaa innggg
sinnn!!'
'Fuhh!!" Fuh kiri. Fuhh kanan.
Mintak-mintaklah jangan angin puting beliung dia tempias kat aku kali ni!'
doa Kaseh sambil menghembuskan ke muka pintu. Bos dia itu kalau marah, memang kasi gegar
dunia itu dibuatnya. Dia pun jadi kecut perut tau.
Suhaila pulak sudah tenggelam dengan gelak
ketawanya. Macam-macamlah perangai si bos keduanya. Mahu jumpa big boss pun
siap nyanyi lagu P.RAMLEE dalam filem Ali Baba Bujang Lapok, sudaaa..
Tok!Tok!Tok! Kaseh mengetuk perlahan. Tiada
apa-apa tindak balas pun. Leganya dia. Mintak-mintaklah sekarang itu dia
diserang penyakit pekak badak 7 berendam. Maka dengan itu, takkan perlulah dia mengadap mukanya yang copy paste dengan pelakon sinetron pujaan hatiku, Baim
Wong. Memang tak sesuai sewaktu dengannya.
"Masuk!" Baru sahaja Kaseh mahu
berpaling, suara garau itu kedengaran kuat. Aduhai, dengar jugak dia itu
rupanya. Itu bermakna mulutnya memang tak masinlah. Apalah Tam Spider itu, buat
lagu pun tak kena tau, Laukku cukup masin. Sesuai tak?
Dengan penuh kemalasannya, terpaksa Kaseh nak
mengadap karenah dia itu. Tak matang langsung dalam melayani diri ini. Dasar
Hitler berat sebelah. Entah apalah yang tidak puas hati sangat dengan
diriku itu? Kalau tak puas hati sangat, jom jumpa kat simpang laa...
"Yess, Bos?" ujar Kaseh apabila
memasuki ruangan pejabat moden itu. Kelihatan bos sedang sibuk sekali membaca
kertas projek di mejanya. Aik? Tadi bukan ker Kaseh nampak dia duk mundar-mandir
ker? Kini, duk kat kerusi bak anak teruna penuh dengan sifat pemalu. Yang
peliknya, dia langsung tidak mengendahkan kewujudan Kaseh itu.
One second. Two second.
"Ehem..." 5 minit berlalu dengan
sepi. Lama lagi ker bos tu? Lutut Kaseh dah ketar semacam ajer. Penghawa
dinginnya juga makin mengkudratkan lagi sendi-sendi di lututku. Lambat lagi ker
dia nak tegur aku tu? Tadi, cakap nak cepat. Kini, buat tak tahu pulak.
Kepalanya sedikit terangkat dan menatap Kaseh lama. "Sorry! Saya tak perasan pulak yang awak dah masuk. So, anything I
can help you?" pamernya wajah ke-tidak-bersalah-nya. Apa? Tak perasan akan
kehadiran Kaseh? Yang Kaseh duk ketuk pintu bilik dia tu , apa kes?
Kaseh hempuk juga dengan batang penyapu Cik Kiah
kampung seberang penang sebatang kang. Benjol tau untuk jangka masa setahun di
dahi tu nanti. Biar dah tak hensem lagi wajahnya itu. Pi, kenapalah wajahnya
itu hensem macam Baim Wong? Adik lelaki Baim Wong ker dia tu?
Ya Allah, soalan jenis apa pulak tu bos Kaseh bicarakan. STPM tahun 2006 ker? Bukankah dia yang mahu bertemu dengan Kaseh. Jadi,
apakah motif soalan itu diajukan kepadanya? Geram..sabar Kaseh. Tahan nafas tu,
jangan nak tunjukkan angin gorilla kau kat pejabat tu. Kan kena tindakan
tatatertib pula.
"Suhaila beritahu saya yang bos nak
jumpa saya? Mengenai projek kerjasama tu ker?"
"Ya, memang benar saya nak jumpa dengan
kamu. Tapi bukan mengenai kertas projek kerjasaam tu. Itu hal lain. Hal yang di
luar jam waktu kerja.. Betul tu. Bagaimana nak cakap ya? yang sebenarnya saya
nak mintak sedikit pertolongan dari Kaseh sebenarnya! Very personal kind help. Personal
help!" tergagap-gagap nada suara membicarakan hal itu dengan Kaseh.
Aliran jantung Kaseh pula sudah berdegup dengan
kencang sekali tika itu. Personal help. Dari segi celah mana tahap peribadi
sangat bentuk pertolongan itu agaknya kah? Itu yang membuatkan Kaseh menjadi
berdebar-debar tidak mahu berhenti. Dia mahu ajak Kaseh keluar temujanji
cintakah?
"Personal?" tekan Kaseh lagi.
"Ya, very personal. Boleh tak?" Bosnya menduga akan kredebiliti pekerjanya itu.
"Tahap mana sangat personal
tu,bos?" soal Kaseh kembali dalam bentuk soalan.
"Sesuatu di luar jangkaan awak. Hurmm..”
dia tatap Kaseh lama. Ada sesuatu yang berkaca dalam anak matanya. Kaseh cuba
tafsirkan maksud itu, tapi tak boleh. Entah apalah pertolongan yang dia mahukan
dariku. Jangan nak mintak Kaseh jadi isteri dia pulak. Memang konfem Kaseh pengsan
kat sini jugak.
“Can you be my future wife?" ujarnya
tenang kepada Kaseh. Kaseh tersentak. Mak!! Kenapa percakapannya sama dengan
kata-kata isi hatinya itu? Dia ni ahli nujum Pak belalang ker? Baru sekejap tadi Kaseh cakap mengenai isteri, kini dah jadi kenyataan? Tolong...
Bagaikan di bom dengan bom Hiroshima sahaja
soalan kasi maut itu diutarakan kepada Kaseh. Kaseh sudah mulai pening-pening lalat
ini. Hanya tunggu masa jer nak rebah ke bumi. Memang sah, Kaseh pengsan juga kat
sini. Sah!
Kaseh tergamam dengan bicara bosnya itu. Kelu dan terkedu
bersambung menjadi satu nafas. Oksigen... di mana Oksigen. I really needed
now.. tak nak udara itu. Nak udara yang baru. Sekali lagi otak Kaseh memproseskan
kata-katanya, “Be her future wife? Gila ker apa tetiba nak aku jadi isterinya.
Alamaknya, berlubanglah rumah tu nanti.!” Hati Kaseh bermonolog nakal.
BMW mahukan diri Kaseh jadi bakal isterinya? Ada
akan ada yang jatuh pengsan kat sini juga nanti. Wife? Kaseh jadi seorang isteri? Isteri?
Satu jawatan yang berat nak dia tanggung tu kalau dia bersetuju dengan
kata-katanya itu. Tetapi sekiranya bos mintak jadi tunang, masih boleh lagi dia pertimbangkan. Itu seorang isteri. Oh My God! OMG? Clark kent, Help me.
"Kaseh, will you be my wife?"
ulangnya sekali lagi dalam nada yang lembut namun ada ketegasan dalam nada itu.
Tajam sekali renungan matanya menatapi mata Kaseh. Bos Kaseh yang garang itu sedang
melamarnya ker?
Wait for a second. Entah-entah itu agendanya
mahu mempermainkan Kaseh. Bukannya dia tak tahu yang bosnya itu bagaimana orangnya. Kaseh dah pernah terkena sekali. Cukuplah dahulu Kaseh pernah terkena. Camera men
mesti ada disembunyikan di mana-mana.
"What are you looking for?" soalnya
dengan pandangan penuh kepelikkan. Mana tidaknya, tetiba sahaja Kaseh
bertukar menjadi insan penuh pelik. Asyik pandang ke kiri dan kanan. Lagak
macam mahu melintas jalan yang jammed sahaja.
"Camera!"
"Camera? Are you joking?”
Sambungnya lagi, “Tak sangka saya yang awak ni kelakar
orangnya. You’re so funny!"Kah..Kah.. Kaseh sudah tarik wajah masam. Ada jer dia kasi lempang berkali-kali itu. Ingat itu semua coobaan masa zaman P.Ramlee ker?
Kaseh mengerutkan dahi saat telinganya
mendengar gelak ketawa yang kuat dari filaun itu. Aik, tahu jugak bossnya itu erti
ketawa ya. Ingatkan tak tahu ketawa. Muka itu ketat ajer 24 jam sehari. Kan
senang sikit hati itu melihat wajah penuh ceria itu. Bukannya kena bayar pun
kalau tersenyum.
Lunaknya suaranya. Kaseh terbuai-buai.
"You fallin in love with my voice?"
Wajah Kaseh mulai timbul rona kemerahan bak
warna saga. Malunya dia diperangkap samar oleh filaun itu. Apa kata, Kaseh blah
ajer dari sini. Habis cerita. So, Move on now!!! Kaki pun sudah mahu mengorak
langkah pergi. Tapi, kenapa tak bergerak lagi itu duhai kakiku?.
"So, what your answer? Better that
answer is really good or it will effect your salary and job!" gertaknya
tegas dan menghentikan kemahuan Kaseh mahu segera beredar. Terciduk Kaseh dibuatnya.
Memang dasar helang sombong cap kaki 7 tingkat.
"Sorry, I did'not get your question. Can
boss repeat again?" Hanya itu yang sedang Kaseh fikirkan di kebuntuan itu.
Mintaklah soalan itu berlainan sikit daripada soalan asalnya. Dalam hati itu
berharap-harap sangat tau. Soalan lain ya..
"Kamu sengaja kan buat pekak badak ya.
Soalan tu hanya sekali saja saya akan ucapkannya!" angkuh sungguh
bicaranya. Macamlah akan jatuh sahamnya kalau ulang balik pun. Kaseh hanya
mahukan kepastian sahaja. Diulangi, kepastian!!
"Terpulanglah pada boss. Saya hanyalah
pekerja." kendur suara Kaseh berbicara. Kang melawan lebih, makin kuranglah nasi
di periuk nasiku. Itulah nasibnya menjadi orang bekerja makan gaji. Asyik kena
buli ajer. Buli pulak dengan orang atasan. Kalaulah dunia itu terbalik.
"Orait. As you wish! Will you be my
future wife and my love?" ada rona merah di pipi bossnya itu. Itu edisi lamaran
terhad ker bagi pihaknya? Ataupun Kaseh akan menjadi Mrs. WanT To Be? Kaseh dah nak
tamat ker tempoh single dan available ker?
"Wife? Future wife.. That means aku dan
dia.." Pandangan Kaseh mulai bertukar menjadi kelam dan gelap. Figura
badannya yang tegak berdiri sudah mulai kelam. Kaseh jatuh pengsan saat itu
jugak. Secara mendadak dan tiba-tiba.
“Kaseh..” jerit BMW kecil dan segera
mendapatkan Kaseh yang sudah tergolek jatuh. Kaseh..
Like it..Say it.Not or Yes??
~Izza Sofea~
No comments:
Post a Comment