TEMU JANJI CINTA BAB 11

TEMU JANJI CINTA 

BAB 11



"Awak ni Kaseh,kan? Kaseh Armia,right?” Zairey berlagak tenang saat bertanya soalan itu di hadapan kami berdua. 

Tangan Zairey tegar memeluk badan. Pandangan Zairey tajam sekali menatapi wajah Kaseh yang sudah 4 tahun tidak bersua muka. Kaseh kini sudah banyak berubah serta banyak buat perubahan yang drastik sekali, terutamanya daripada segi penampilannya. 

Pada mulanya, Zairey teragak-agak juga mahu menyapa perempuan hodoh itu, tetapi oleh kerana senyuman itu, Zairey kuat mengatakan yang perempuan hodoh itu adalah Kaseh Armia.

Alang-alang sudah bertemu, tegur sahaja perempuan berkaca mata hitam besar itu. Pada mulanya Zairey fikirkan Ugly Betty sudah menetap di Malaysia. 

Tetapi, anggapannya salah sama sekali. Gerak gaya badan serta senyumannya Ugly Betty itu kuat mengatakan yang itu adalah kekasih hati lamanya, Kaseh Armia.

Kaseh dan Bakery (BMW) berhenti seketika daripada terus saling bergurau senda di satu sudut rak pakaian itu. 

Kaseh terkedu kerana tidak menyangka bahawa berjaya juga Zairey mengenali dirinya dalam situasi sebegini. Peka betul Zairey akan dirinya. 

Manakala bagi situasi Bakery pula, terkedu seribu bahasa. Wajah lelaki yang bernama Zairey sangat-sangat dia kenali. 

Bakery kenal sangat-sangat dengan jejaka itu,tetapi mungkin kerana penampilan baru Bakery itu, jejaka itu tidak mengecam akan dirinya. 

Bakery menumpukan sepenuh perhatian kepada Kaseh. Adakah lelaki tersebut yang menjadi tembok penghalang Kaseh memberikan hatinya kepada Bakery? Segala kemungkinan mungkin terjadi, kan?

“Kaseh, kenapa buat Rie macam ni?” soalan beracun pertama dikeluarkan dalam nada menyindir Kaseh secara berdepan.

Zairey tatap tajam wajah Kaseh yang selama 4 tahun tidak bertemu. Sungguh Zairey merindui pada redup sinar matanya.

Kaseh tersentak. Apa pula maksud kata-kata Zairey itu? Kaseh meleraikan pegangan tangannya dari jemari Bakery. 

Kaseh segera spontan bangun menegak seolah saat itu ada lagu Negaraku  sedang berkumandang sahaja di butik pakaian lelaki itu. Apa yang Rie cuba sampaikan di sini?

“Siapa yang buat siapa sekarang ni? Siapa yang tinggalkan Kaseh terkapai-kapai selama 4 tahun tanpa khabar berita, tanpa sebarangan balasan utusan emel serta balasan Facebook? Siapa? Answer me, now!”

Kaseh mulai beremosi tinggi. Hati Kaseh tidak boleh tahan lagi mendengar tuduhan sepintas lalu itu dari bibir Zairey. Apa hak Zairey menuduhnya sebegitu.

Memanglah benar, dahulu kami berdua merupakan pasangan kekasih, tetapi itu pada 4 tahun yang lalu. 

Kini, setelah 4 tahun sudah tamat, Zairey datang muncul sesuka hatinya lalu sesedap bicara sahaja melemparkan kata-kata sebegitu. 

Kaseh sedih dituduh sedemikian rupa. Hina sangatkah Kaseh daripada kaca mata Zairey tika itu? Sedu mulai menjalar dalam hati Kaseh. Kaseh memeluk  erat badannya. 

Menahan getaran dalam dirinya. Kaseh selalu cepat berasa gementar sekiranya memperbahas soal peribadinya.

Bakery menyedari akan situasi itu lalu bangun dan berdiri setanding dengan Kaseh. Bakery segera ingin menarik tangan Kaseh bagi menenangkan rasa gementar itu. 

Rasa kasihan bersarang hebat dalam jiwa BMW. Kaseh tolak dengan cara yang baik akan perbuatan BMW itu. Kaseh menggeleng laju. 

Bukan tidak sudi, tetapi masih ada garisan batas pergaulan yang perlu Bakery patuhi. Selaku umat islam, tidak wajarlah kita saling berpegangan tangan meskipun itu sudah menjadi trend di zaman kini. 

Kaseh tidak mahu akan hal itu akan buatkan Zairey ada modal mahu memerli dirinya lagi.

Bakery faham akan situasi itu. Bakery lihat kembali wajah tengang lelaki itu dan berkata kecil dalam hatinya,. 

‘Siapa pula lelaki itu? Apa kaitannya dia dengan Kaseh ku? Apa haknya mahu merendahkan maruah Kaseh sehingga ke tahap paling bawah sekali?’ 

Bakery ingin bertanya soalan itu tetapi tidak terkeluar kerana tersekat di celah-celah kerongkongnya. Payah bebenar mahu keluar ya ayat itu.

Zairey masih setia menantikan jawapan itu dari bibir mulus Kaseh. Kaseh keliru. 

Perjumpaannya dengan Zairey terlalu mendadak pada hari itu. Struktur badan Kaseh masih belum boleh menerima. 

4 tahun, Kaseh menunggu Zairey datang dan berdiri depannya. Setelah kini, impiannya terlaksana, bibir Kaseh jadi kelu. 

Ya Allah, adakah itu bermakna yang cinta, kasih dan sayang Kaseh padanya sudah berubah arus? Bantulah hamba-Mu ni buat pilihan yang terbaik.

“Kaseh, Rie tahu yang sedang berdepan dengan Kaseh Armia. Rie rindukan Kaseh Armia yang 4 tahun dahulu. Rie yakin di hadapan Rie sekarang ni adalah Kaseh, kekasihku.” Zairey mempertahankan egonya. 

Lelaki mana tidak tergugat perasaannya apabila melihat kekasihnya berbual mesra dengan lelaki lain. Lelaki hodoh pula itu. Tergugat itu bro, harga dirinya. Apa tidak cukupkah lelaki hensem di dunia itu sehingga Kaseh berpaling pada lelaki sebegitu? Sekali lagi Zairey tatap wajah lelaki boleh tahan nak hodoh juga la dari kaca matanya.

Lelaki itu si Bakery laa..,memakai pakaian ala-ala kawan si Ugly Betty. Siapa ya nama watak lelaki pembantu, lupa pula namanya. 

Nicholas Mora. 

Kalau mahu tahu, begitulah penampilan si BMW itu. Dari atas rambut sehinggalah ke bawah semuanya macam orang nerd dan buruk sekali penampilannya. 

Rambut pula di ubah bersesuaian dengan perilaku orang yang ulat buku sangat-sangat. Berkaca mata tebal dan tersenyum lebar. 

Mak aii..masakan lelaki sebegini yang menjadi pilihan Kaseh sekarang? Apakah mata Kaseh sudah rosak ke? Zairey menjeling sekilas dan Bakery tatap tajam. 

Zairey memalingkan wajahnya ke arah bertentangan dengan Bakery.

Bakery mulai rasai senak di bahagian nafasnya. Perjalanan arus nafasnya mulai  meningkat laju mengepam udara oksigen.

Oksigen mulai turun naik, turun naik mengepam darah ke dalam otaknya. Dari segi isyarat jelingan mata juga, Bakery dapat tahu yang jejaka berkumis nipis itu sedang memerli dirinya. Ada juga yang makan penumbuk diriku hari juga kan.

“Kaseh, answer me the truth about this! Jangan diam sahaja. Rie dah balik. Rie sudah berada di hadapan Kaseh. Apa lagi yang Kaseh mahukan sekarang? Takkan Kaseh mahu Rie melutut dan tatang Kaseh macam minyak yang penuh hanya kerana kita sudah kembali bertemu? Itu kah yang Kaseh mahukan?” sinis sekali pandangan mata Zairey selari dengan nada suaranya. 

Kaseh terasa satu biji batu besar dihempapkan di wajahnya. Merah padam wajah Kaseh menahan malu. 

Kaseh dimalukan di hadapan Bakery, bosnya sendiri. Mana Kaseh mahu letak wajah ni. Hanya satu yang Kaseh lakukan saat itu. Kaseh menundukkan wajahnya. 

Iras wajahnya dirasakan tidak layak mahu menatapi lagi wajah Zairey. Maruah Kaseh tercalar sebegitu mudah sahaja oleh kata-kata hinaan dari insan lelaki yang pernah berjanji akan setia hanya untuknya.

 


BERSAMBUNG..


No comments:

Post a Comment

Blog Saya

TEMU JANJI CINTA BAB 13

  Temu Janji Cinta  BAB 13   “ Drop kan sahaja saya kat tepi jalan tu. I need a new fresh air. Tolonglah, saya inginkan masa untuk be...

Ad