TEMU JANJI CINTA BAB 5

 

TEMU JANJI CINTA 5

BAB 5

 

 

“Kaseh.. Where is that fail?” interkom bergema kali kedua setelah yang pertama tadi Kaseh tolak talian tadi.. Isshh..bosnya ini, macamlah terdesak betul kali ini. Macam tidak menyempat-nyempat ajernya itu dengan fail. Sengajalah itu mahu buatkan Kaseh menderita.

Kaseh mengeluh panjang. Terasa malas sekali mahu memeriksa akan fail ini. Padahal bukannya ini semua skop kerja Kaseh pun. Sengaja betullah! Talian yang berwarna kuning itu ditatap lama. Dengan satu nafas, Kaseh menjawab pertanyaan BMW.

“Wait, just have a little bit!”  anak mata Ema tatap wajah Kaseh lama. Boss Kaseh itu memang suka sekali mengacau tahu dalam hal ehwal dirinya sekarang.  Kaseh kemudian leka dengan fail itu dan membelek-belek entah yang ke berapa kalilah.

“What? I want now!! Faster!” Talian diletakkan dengan kasar. Amboii...marah aku nampak!! Kaseh mengetap bibir. Dah mula dah sifat panas barannya itu. Sabar Kaseh..Ingat dia itu boss, sepatah arahannya amatlah berkuasa dalam kerja. Jangan nak ada niat mahu lawan kuasa.

Kaseh bangkit daripada kerusi dan membetulkan pakaiannya. Dia rasa yang ada terasa kebas di punggungnya itu. Agaknya kerana duduk terlalu lama mengkaji serta mengedit isi projek dalam fail itu. Ema hanya mampu memandang sekilas lalu. 

“Aku ke bilik bos aku kejap tau. Jangan balik dulu, kita balik sama-sama!”

Kaseh berpaling semula ke arah Ema lalu sambung kembali kata-katanya tadi.

“Sekejap jer tau! Kau buatlah macam pejabat kau sendiri ya. Aku nak pergi mengadap si Aslan tu jap!” Kaseh mengulang kembali titipkan pesanan agar Ema selesa di pejabatnya. Ema mengangguk faham. Pintu dibuka dan Kaseh menghilang di sebalik pintu itu.

Bosan! Itulah ayat pertama yang berlegar dalam fikiran Ema. Apa nak buat ya? Ema hanya terdiam sahaja. Malas mahu mengganggu skop kerja Kaseh. Pen milik Kaseh dipegangnya dan diconteng sesuka hati di kertas kosong. Gambar orang lidi kian menjadi karyanya di waktu kebosanan. Satu orang lidi milik Kaseh, satu lagi orang lidi lelaki.

Pandai juga Ema buat lakaran itu. Idea spontan di saat kebosanan katakan. Ema angkat hasil karya seni lakaran orang lidi itu dan melihat di ruang udara. Comelnya wajah Kaseh dalam bentuk dimensi lakaran.

Ema menurunkan lakaran itu dan Opocot!! Ada seseorang di sebalik lakaran ini. Ema menahan diri dari terjatuh. Kuss semangat!! Kasehhh!!!

Kaseh muncul dengan wajah yang muncung. Panjang muncung itu sedepa panjang muncung dolphin “Sebal...Sebal !” gerutunya Kaseh dengan penuh amarah sekali. 

Wajah itu sudah seperti jeruk kelubi masam. Ema mengurut dada. Nasib baiklah jantung Ema masih lagi kuat berdenyut di dalam itu.

“Kenapa pulak ni!” Ema segera meremukkan kertas contengannya dan mencampakkan ke dalam bakul sampah yang tersedia. Nasib baik, kalau tak mati dia kena dengan Kaseh itu.

“Aslan tu laa.. Sengaja nak naikkan darah aku tau.” Ulas Kaseh sikit. Hatinya tengah membara, hanya tunggu larva keluar sahaja. Mahu sahaja diganyang-ganyangkan macam sambal belacan tau. Perangai macam budak kecil. Ini ker namanya CEO?

“Apa yang dia buat kali ni?” Ema mencuba nasib bertanya.

“Malaslah aku nak ulaskannya. Jom blah! Sebelum pejabat ni runtuh, baik kita blah dulu!” tarik Kaseh akan lengan Ema. Ema tergesa-gesa bangun lalu mencapai beg duitnya. Kaseh terburu-buru mahu keluar dari pejabatnya. Entah apalah yang terjadi dalam bilik itu.

“Chop!!!”

“Apa lagi?” Kaseh sudah siap sedia mahu menarik Ema segera keluar dari pejabatnya itu. Ema pula masih sibuk mahu mengatakan sesuatu. Penting sekali hal itu dan wajar Kaseh dapat tahu akannya, sebelum semuanya terlambat.

“Aku datang ni kerana nak bagitahu kat kau pasal seseorang!”

Who?” soal Kaseh acuh tak acuh. Butang lift ditekan menuju ke bawah. Ema pula menahan rasa. Haraplah Kaseh dapat menerima akan berita itu dengan hati yang tenang.

“Zairey!” bagaikan digam kaki Kaseh saat nama itu menari di bibirnya. Ting!! Pintu lift terbuka. Ema segera masuk ke dalam lift. Hanya Kaseh yang kaku di luar. Kaseh jadi blank sekejap.

“Kasehh!!” teriak Ema yang berada dalam lift. Ditekan berkali-kali butang lift agar terbuka kembali. Wajah Kaseh yang diam membeku itu terpapar di ruang mata Ema. Ema sudah menduga akan reaksi Kaseh. Itu baru dengar nama orangnya, kalaulah diceritakan akan sepenuhnya mengenai orang itu, tak tahulah Ema.

“Kaseh?”

1 minit berlalu..

“Kaseh?”

“Yap?” mamai sekali suara Kaseh menjawabnya. Ada nada sayu pada pandangan matanya. Ema berasa bersalah kerana membuatkannya terluka. Maafkanku kawan. Bukan niatku ingin kau terluka. Aku hanya mahukan kau sedar yang usah berjanji pada yang tidak setia. Kelak, meracuni diri.

“Kau ok tak ni?” soal Ema prihatin. Gelisah jua dirinya saat melihat Kaseh yang jadi blank tetiba itu. Adakah kerana bebanan kerjakah? Aku tersalah cakap ker?

“Aku ok! Jom balik. Nak makan KFC tak?” ujar Kaseh dengan wajah yang sengaja diceriakan. Ema tahu, Kaseh sedang memendam rasa luka yang amat dalam sekali dalam jiwanya. Hanya Kaseh tahu apa terkandung dalam hatinya.

“Jom, kau belanja ya!”

“Kopaklah aku hari ni!” Kaseh cuba bergurau. Senyuman diukirkan semanis mungkin. Pergilah jauh rasa kecewa itu agar hati itu akan tenang kembali.

“Dengan Ema pun nak berkira. Kau kan dah bekerja. Dapat banyak pahala tau belanja kawan yang menganggur lagi!” Ema mereka alasan. Janji perut kenyang, apa-apa pun jadi. Kaseh tersenyum manja. Lift terbuka di tingkat bawah. Kami berdua keluar dan melangkah menuju ke lobi.

“Pandailah kau ya lau bab mintak payung yaa..mulut tu memang manis jer...!” Kaseh memerli Ema semahu mungkin. Kalau Ema tak mintak pun, Kaseh memang akan belanja Ema makan KFC pun. Petang sebegini makan KFC berbaloi jua.

 

 ****

“Kaseh Armia!!” seru satu suara dari belakang. Kaseh pantas angkat tangan tingi-tingi. Ema tergelak kecil dengan tindakan spontan dia itu. Ingat ini pasukan kadet polis ker nak angkat tangan?

“Siapa yang panggil nama kau? Siap nama penuh lagi!” bisik Ema di tepi telinganya.

“Manalah aku tahu!”

“Kaseh Armia Ja-Lyl!” sekali lagi nama Kaseh dipopularkan oleh insan tak berwajah ini. Ataupun bangunan berhantu kot. Seram pulak menyentuh hati mereka berdua. Kaseh tatap wajah Ema. Ema pun sama, tatap wajah Kaseh.

“Sini! Ke kiri Kaseh!”

Ema dan Kaseh berpaling serentak. Dia lagi! Tak reti nak balik ker? Kaseh paparkan wajah penuh benci pada lelaki itu. Sejak bila pula dia berada di lobi ini. Rasa kaki ini bagaikan dipaku sahaja di lantai berlantaikan marmar sejuk itu.

“Yess?”

“Tumpangkan saya balik!” semudah kata ayat itu terlontar dari peti suaranya. Wajahnya amat manis sekali, mahu sahaja dicubit-cubit pipi tersenyum itu.

Rahang Kaseh menjatuh kecil. Apa? Cuba ulang balik ayat penyata itu? Kotak telinga Kaseh memang tak jelas punya. Ema tatap lama wajah boss itu. Kaseh salah dengar kan?

“Excuse me?”

“Drop me home!” ujarnya si BMW dengan terselit senyuman manis. Sorry ya, gua takkan terpikat dengan kuntuman senyuman itu. Ema mungkin akan terpikatla! Kan betul, sejak dari tadi lagi Ema asyik pandang sahaja. Lagak seperti tidak pernah bertemu dengan jejaka Malaysia sahaja.

Sorry, saya tumpang kereta Ema hari ni. Kereta saya masuk bengkel!” Kaseh mencipta alasan bohong. Dikenyitkan sekilas pada Ema yang blur dengan kenyataan Kaseh itu. Ema hanya mengeleng kecil. Dia itu kalau bab mereka alasan, memang pakar sekali. Pakar kelentong orang.

"Lied!"

Kaseh cakap elok-elok, si BMW tak nak percaya. Ini memang mendatangkan marah. Geram pun ada. Sudah lama terendam rasa ini dalam hati. Inilah masa untuk luahkan kepada BMW.

“Apa masalah encik sebenarnya ni? Dari tadi asyik nak emo saja ngan saya?” Kaseh hanya tunggu mahu meradang sahaja. Suhu badannya sudah mahu mencecah 150 darjah celcius!

“Kenapa Kaseh nak hindarkan diri jer dari saya?” BMW mulai menyentuh soal yang selalu sangat Kaseh tak ingin perbahaskan. Ema sudah menduga, inilah tujuan BMW menanti pekerjanya di sini.

“Apa maksud encik ni?”

“You know what I really means!” BMW mulai berbasi-basi dengan Kaseh. Sukarnya mahu selami dan dapatkan hati seseorang wanita yang bernama Kaseh Armia itu. Ada sahaja tembok yang dicipta di sepanjang jalan menuju ke hatinya.

“Jom balik!” Kaseh menarik tangan Ema dengan kasar. Hati dia sudah panas membara dengan sikap BMW itu. Kenapalah dengan BMW hari ini. Ada sahaja mahu buatkan dirinya naik angin. Habislah wajahnya yang baby face itu kalau berwajah ketat 24 jam sehari.

“Kaseh!! Hold on! Wait for a second!” BMW segera mengejari Kaseh yang laju melangkah jauh ke depan.

“Kaseh!!” teriaknya si BMW lagi. Kaseh buat-buat pekak dan Ema pula hanya menjadi mangsa keadaan sahaja dalam pertengkaran yang tiada penghujung itu. Ema pandang wajah ke belakang. BMW masih lagi ada di belakang. Aik, dah hilang?

“Kaseh!” tersentak kami berdua dengan kemunculan mendadak BMW di hadapan kami berdua. Nasib baik sempat tahan, kalau tak..tak tahulah nak bayangkan apa yang terjadi.

“What?”

Jangan buat saya macam ni!” BMW mulai berlagak emosional.

“Encik..sekarang ni bukan waktu kerja lagi. So, saya bukan lagi pekerja encik yang boleh encik arahkan sesuka hati. Di luar jam pejabat, saya berhak pada diri saya sendiri!” Kaseh bertegas dengan BMW itu.

“Tapi..Kaseh..!”

“Tolong ke tepi sikit!” Kaseh cuba menolak badan BMW yang tegap itu. Boleh tahan kental badannya itu. Mesti BMW selalu main gim. Ema pula masih kaku di hujung pintu.

“If I say no?”

“I said..Get out from my life!!”

BMW tersenyum manis. Kaseh hairan. Dia ini hati manusia ker hati batu? Oii..ada hati nak mintak aku keluar dari hidup Kaseh. Kaseh, sekali kau berada dalam hati ini, takkan selamanya Kaseh akan dapat keluar sesuka hati.

“Ooohh..ada hati nak mintak saya pergi dari hidup awak yaa! Ok, kita lihat siapa yang akan keluar dulu!” BMW tenung penuh perasaan pada wajah Kaseh. Kaseh mengundur ke belakang. Apa yang BMW nak buat ini? Janganlah!! CCTV ada tu kat atas siling!

“Errr..apa..apa yang awak nak buat ni?” tergagap inotasi suara Kaseh. Panahan matanya BMW sahaja sudah buatkan jantungnya Kaseh berdetak laju, apatah lagi dengan hati ini.

“Nak keluar dari hidup Kaseh laa...!” ujar BMW dengan suara terlentok manja. Kaseh sudah gabra. Lutut pun ketar semacam sahaja. Mana pula si Ema ini? Tak nak tolong ker?

“Err..please lah. Jangan buat macam ni!”

Nope! Kamu bukan lagi pekerja saya! Sekarang sudah melepasi jam waktu berkerja, jadi saya ada hak!” BMW bersuara tenang. Redup pandangan mata BMW saat menatapi wajah Kaseh dari jarak sedekat itu. Derusan nafas pun sama-sama selari. Gila! BMW sudah gilakan dirinya Kaseh. Sumpah!

“Saya mahukan kamu!” ujar BMW spontan. Kaseh terkedu dan tidak tahu nak cakap apa. Ema hanya mampu mendengar tanpa bersuara apa-apa. 

“Izinkan saya sentuh hati awak, izinkan saya berada di hati awak, izinkan nama saya terpahat di hati awak. Benarkan saya menyintai Kaseh dengan setulus hati. Benarkan saya juga menjadi sebahagian dari hidup dan nyawa awak!” lembut sekali kata-kata puitis ini menyapa gegendang telinga Kaseh.

“Sayang..” gemersik manja suara itu bergema oleh BMW.

“Hurmm!” hanya deheman halus yang Kaseh berikan. Ubat apa yang BMW berikan sehingga Kaseh terkulai layu? Kaseh berasa malu-malu kucing mahu menatapi wajah BMW. Nanti dia tahu jua yang semua kasih sayang itu telah lama diberikan kepadanya.

“Jom dating! Kita pergi temu janji cinta, nak?!”

“Ahh?” Kaseh terkejut dengan permintaan itu. Ema sudah jatuh rahang. Biar betul? BMW ini boleh tahan jiwa romantiknya. Sekali dia buat dating, memang akan terkulai layu juga hati Kaseh.



bersambung..

like it, give komen.

No comments:

Post a Comment

Blog Saya

TEMU JANJI CINTA BAB 13

  Temu Janji Cinta  BAB 13   “ Drop kan sahaja saya kat tepi jalan tu. I need a new fresh air. Tolonglah, saya inginkan masa untuk be...

Ad