Temu Janji Cinta
BAB 13
“Dropkan sahaja saya kat tepi jalan tu. I need a new fresh air. Tolonglah, saya inginkan masa untuk bersendirian buat masa sekarang,”
Tangan Kaseh menuding kepada satu perhentian bas yang berdekatan dengan jalan raya menuju ke Jalan Tun Perak.
Air mata yang mengalir disapu perlahan-lahan. Kaseh tidak berani mengangkatkan wajahnya bagi tatapan sesiapa pun buat masa ini. Wajah seseorang perempuan yang baru lepas menangis memang taklah ok mana pun.
Tak nak…Kaseh memang takkan sesekali menunjukkan mimik
wajahnya yang baru lepas menangis.
Hilang sudah keserian dalam janji temu cinta itu. Semuanya tinggal angan-angan sahaja.
Bakery tidak menyangka akan sebegini kesudahannya janji temu cinta itu. Lain yang dirancang lain pula yang terjadi. Bakery merengus perlahan.
Bakery masih lagi setia memandang ke arah hadapan. Kaca mata tebal terjatuh daripada hidungnya, dia bawa tarik keluar dari wajahnya.
Kaca mata tebal itu diletakkan pada dashboard
keretanya. Kemudian, Bakery menggapai satu kaca mata hitam yang tersedia gantung
di bawah cermin kereta.
Kaseh berdehem kecil. Kaseh membelek-belek beg duitnya bagi mencari tisu.
‘Mana pula tisu ni?’
Pertama kali Kaseh menampakkan kelemahan dirinya di hadapan seorang lelaki ekoran kerana kecurangan lelaki juga. Betapa bodohnya diri Kaseh kerana merembeskan air mata buat lelaki itu.
Kaseh benar-benar merasakan dirinya sudah rebah
tersungkur ke bumi.
Jiwanya hancur. Perasaannya Kaseh tergores dengan hebat sekali.
Zairey telah berikan hadiah tuba atas segala kesetiaannya. 4 tahun bukannya
satu jangka masa yang singkat.
“Nah, gunakan ni dulu.” Satu helaian kain kecil dihulurkan kepada Kaseh. Kaseh pandang sekilas.
Bakery pun sama, memandang sekilas wajah Kaseh sebelum kembali menumpukan perhatian kepada pemanduannya ke hadapan.
Eh, Itu kan kain kecil yang selalu Bakery gunakan di waktu tertentu. Masakan Kaseh berani mahu mengambilnya dan mengesat kesan hingusan dirinya.
Tak naklah. Kaseh menggeleng laju. Segan pula rasanya apabila si Aslan ni buat baik dengannya. Selalunya si Bakery itu tahu memekik sahaja kepada Kaseh. Rasa lain pula dalam hati ini.
Apakah rasa ni?
“Ambil cepat sebelum saya lapkan sendiri air mata Kaseh. Saya suka je bab romantika ni,” ugut Bakery dalam nada mengada-ngada.
Kaseh mencebik laju. Miang, kalau sudah nama lelaki, lelaki juga perangainya. Perangai Bakery memang takkan sesekali berubah. Kasar tetapi ada jiwa mahu romantik.
Sesuai ke?
****
Di jam ini telah menunjukkan jam 3 petang. Cuaca di Kuala Lumpur kelihatan agak mendung di atas langit.
Adakah hujan akan turun di Kuala Lumpur? Kaseh lihat pemandangan ke luar tingkap kereta Bakery. Walaupun suasana bunyi hingar bingar dengan pekikan hon kereta daripada sebelah kanan, kiri, hadapan serta dari arah belakang pun, tetapi Kaseh gembira.
Gembira kerana dirinya
sudah lepas daripada segala derita yang sengsara. 4 tahun, Kaseh setia. Setia
hanya buat diri Zairey, tetapi apa yang Kaseh dapat. Satu kecurangan yang pasti
selalu dihadapi oleh mana-mana pasangan bercinta di muka bumi ini.
Hanya satu Kaseh pinta, tutup buku lama dan kembali membuka satu buku yang baru. Kejap…buku baru, adakah Kaseh akan memberikan perhatian kepada Bakery?
Janganlah Bakery mempersoalkan hal itu. Kaseh belum lagi bersedia mahu memberikan jawapan yang pasti.
Kaseh mendengar sesuatu berdering
dari dalam tas tangannya. Bakery masih leka dengan pemanduannya.
“Zairey?” terpacul nama Zairey.
Bakery pantas berpaling laju. Keretanya diperlahankan. Terbit rasa cemburu di dasar hati Bakery walaupun hanya sepotong nama sahaja.
Adakah Kaseh lagi mengharapkan lelaki itu? Kalau
benar, sukarlah jalan bagi diri Bakery.
Kaseh bersama-sama lagi dengan Bakery di dalam keretanya yang meluncur laju menuju ke Times Square. Permintaan Kaseh yang mahu bersendirian langsung tidak dipedulikan.
Gila ke apa, mahu biarkan Kaseh bersendirian di saat jiwanya tengah kacau. Bakery rela Kaseh merajuk dengannya, marah padanya asalkan keselamatan Kaseh terjamin.
Bakery tatap kembali dengan renungan tajam akan wajah
sugul milik Kaseh. Kaseh tampaknya masih lagi berduka atas peristiwa tadi. Ini
tidak boleh dibiarkan, senyuman Kaseh perlu dikembalikan.
Bakery semakin menekan pedal minyak selaju yang mungkin. Kaseh sudah cuak. Masakan sekali lagi Bakery mahu buat formula one kot.
Kaseh
pandang wajah Bakery tetapi riak wajahnya Kaseh tidak dapat mengagak kenapakah Bakery bersikap sebegitu.
“Encik?”
Diam sahaja orang di sebelah kiri Kaseh ini, hanya lah
mimik muka yang kian menunjukkan apa yang terlindung dalam hati Bakery.
“Hantarkan saya balik.”
“Hmm.. hutang awak masih belum selesai,” Bakery jawap
senada. Entah bagaimanalah semuanya temu janji ini tidak berjalan seperti yang
dia hajatkan.
"Please, drop me at my home. Saya dalam kondisi tak bagus ni," Kaseh cuba berkompromi. Sumpah emosinya tengah tunggang terbalik.
Pertemuan yang tak dijangka itu benar-benar menterbalikkan emosi Kaseh. Kaseh harap sangat-sangat Bakery faham akan situasinya. Dia benar lelah dengan semua ini.
"Kita pergi taman."
"Nak buat apa? Tak payah la, saya cuma nak katil saya sekarang sahaja."
"Dengar cakap saya. Kita pergi taman Putrajaya. Kat situ ada alam flora fauna yang indah yang akan boleh releasekan masalah Kaseh. Trust me,"
"Tapi..,"
"No tapi-tapi. Siapa yang tengah memandu sekarang? It my car, so you must follow my car. Saya tak mahu dengar apa-apa bantahan lagi! Titik!"
No comments:
Post a Comment