TEMU JANJI CINTA
Bab 12
“Saudara, apa ni? Kalau mahu bergaduh pun, jagalah sikit ayat-ayat itu. Jangan tahu mahu merendahkan maruah seorang wanita bernama Kaseh. Saya bersabar kerana fikirkan maruah kita semua. Kalau bukan kerana Kaseh, sudah lama penumbuk saya ke wajah saudara,” Bakery yang mulai berangin satu badan.
Kalau bukan kerana difikirkan saat itu mereka bertiga berada di kawasan umum,
sudah lama terburai di tengah-tengah butik itu.
Zairey mencebik kecil. Sifat lelaki sememangnya sebegitu. Pantang dicabar dan kena cabar. Zairey masih belum puas lagi dalam menyakitkan hati Kaseh.
Rasa sakit yang menghuni hati Zairey telah membuatkan Zairey tegar melukakan Kaseh berterusan dengan ayat-ayat seterusnya,
“Rie kecewa. Kecewa sangat-sangat kepada Kaseh. Rie setia pada janji kita, tetapi apa yang Rie dapat sepanjang 4 tahun Rie menunggu Kaseh? Rie dapat satu pertemuan ini. Pertemuan di mana Rie lihat Kaseh bersama dengan orang hodoh manalah ni. Kaseh, kenapa buat Rie macam ni? Apa alasan Kaseh?” bertalu-talu soalan yang Zairey lemparkan beserta niat mahu menuduhi Kaseh bersikap curang dalam hubungan kami berdua.
Apa ni?
Pandainya Zairey memutar belitkan fakta. Siapa yang curang
siapa itu?
Bakery sudah ke hadapan mahu mempertahankan maruah Kaseh yang sedang diperkotak-katikkan oleh jejaka berbaju Polo Merah itu.
Sesedap secukup rasa sahaja kari lelaki itu mengutuk Kaseh di hadapannya. Itu memang tidak boleh dibiarkan.
Bakery tatap wajah Kaseh yang mulai keruh. Adakah Kaseh terasa di hati akan kata-kata fitnahan itu.
Kalaulah Bakery tidak berdegil, mesti
semua itu boleh dielakkan. Kaseh mulai rasa tidak sabar dan mahu sahaja
menghemburkan kata-kata pedas kepada Zairey.
"Err..,Zairey! Watch your mouth!"
*****
“Sayang.. you pergi mana tadi? Puas tau I cari you di sekeliling butik ni. You ni suka sangat mengelat tau kalau I ajak you berikan pendapat,” satu suara ala-ala baby berbunyi dari arah belakang Kaseh.
Bakery berpaling serentak ke arah punca suara itu berbunyi.
Wajah Zairey sudah berubah warna.
‘Mati aku!’ Zairey mengerutu dalam diam.
Reaksinya mulai berubah rentak.
Asyik berjalan ke kiri kanan seolah tidak senang duduk.
Bakery perhatikan sahaja perempuan itu. Erm.., orangnya boleh tahan cun dan meletup. Pakaian perempuan itu sudah cukup membuatkan mana-mana lelaki akan pandang beribu kali.
Wajarlah Kaseh dipermainkan oleh lelaki bernama Zairey dengan sewenang-wenangnya. Dia lelaki, dia tahu apa yang lelaki inginkan daripada wanita. Lelaki adalah seorang yang terlalu ego dan pentingkan maruah diri di hadapan public.
Jadi,
Bakery sudah dapat mengagak perangai bekas kekasih Kaseh itu.
Air mata Kaseh jatuh setitik demi setitik saat mendengar suara lemak berkrim itu. Benarkah apa yang didengarinya itu?
Adakah benar yang Zairey kini sudah menjadi kepunyaan orang lain selain dirinya? Beribu persoalan berlegar-legar dalam benak fikiran Kaseh. Kaseh berpaling ke belakang dengan gerak perlahan-lahan.
Emosinya sudah tidak dapat di tahan lagi. Keluarlah kau, air mataku. Aku takkan lagi peram kau lama-lama di dalam jiwa itu.
Benarlah kata kawan-kawannya yang Zairey sudah menjumpai pengganti diriku sepanjang masa 4 tahun itu. Jadi apa lagi yang Kaseh mahukan? Bukti sudah ada di depan mata.
Wake up now, Kaseh Armia. Move on, dear.
Selamba sahaja perempuan berbaju singlet pendek itu merengek-rengek dan memeluk lengan Zairey di hadapan Kaseh sendiri.
Kaseh tersenyum manis. Kaseh bersyukurlah seribu kali penuh kesyukuran kerana dirinya tidaklah semurah perempuan itu. Kaseh rasa malu melihat perangai kaum sejenisnya yang terlalu terhegeh-hegeh dalam mendapat secebis perhatian dari kaum adam.
Usahlah merendahkan martabat kaum wanita, hargailah pengorbanan
orang dahulu yang mengangkat martabat wanita tinggi dari kaca mata agama.
“Sayang, kenapa diam ni? Selalunya you tak macam
ni. You demam ya?Cepatlah, I nak pergi shooping ni. I
nak belikan baju untuk adik lelaki I tau. Dia duk asyik meminta je. I rimaslah.
Cepatlah,” lengan Zairey ditarik-tarik olehnya. Rengekkannya semakin manja.
Desas desus nafas perempuan itu kian hangat.
“Eda, stop it now. Boleh tak you diam
sekejap. Only 1 minute, please stop talking. Only 1 minute. You tak
nampak ke I sedang berbual ni dengan kawan I. Please respect my friend,”
perempuan yang bernama Eda itu mencebik laju. Wajahnya bertukar menjadi masam
dan kaki dihentakkan ke lantai sebagai tanda protes.
Kaseh dan Bakery saling membisu seolah-olah hari itu adalah hari bisu sedunia. Kaseh resah.
Kaseh bimbang sekiranya cemburunya akan menguasai hatinya. Sebelum apa-apa kemungkinan terjadi, baik Kaseh angkat kaki dahulu.
Bakery apatah lagi, serba duduk tidak tenang. Ada sahaja yang tidak kena pada gerak geri badan BMW. Kaseh langsung tidak bersuara malahan hanya bangun dan melangkah pergi keluar dari butik pakaian yang kian menghangatkan suasana.
Sesak nafas sekali untuk Kaseh berada lama-lama di situ. Bakery pun sama mengekori
langkah Kaseh dari belakang.
“Kaseh..” laungan Zairey semakin lantang saat melihat Kaseh beredar pergi. Bayang-bayang Kaseh yang beredar pergi itu hanya mampu dilaungkan sahaja.
Kaki Zairey seolah telah digam kuat pada lantai itu bagi mengejari Kaseh pergi bersama dengan lelaki nerd itu.
Si Eda yang berada di sisinya,
merengus kuat. Sikap mengada-ngada dirinya kian memberontak kontra dalam diri
dia. Zairey seolah menjadi insan lain setelah bertemu dengan perempuan hodoh
tu. Huuhh..
“I nak pergi shooping sekarang juga,” bentak Eda
sekuat hatinya. Zairey memegang anak rambut landaknya dan merentap kuat lengan
Eda yang kian memeluk erat lengan miliknya. Rimasnya.
“Kalau you nak pergi sangat, pergilah. I dah tak
kisah. I bosan tau. Bosan asyik ikut kehendak you sahaja. I
B.O.S.A.N!”
“Zairey Dato’ Fazri, apa you merepek ni? Siapa
yang selalu buatkan dirinya bosan? You jangan nak salahkan I
sorang. I tak terhegeh-hegehlah kat you. Kalau bukan kerana you ni
orang kaya, I takkan sesekali pun pandang you!”
“What? What you say?” Zairey tatapnya tajam. Itu bermakna…Arghh…Zairey telah melepaskan sebutir permata yang berharga kerana sibuk mengejari berlian yang berkilauan. Kaseh.., maafkan saya.
*****
No comments:
Post a Comment