TEMU JANJI CINTA BAB 6

 

Temu Janji Cinta 6

 

Bab 6


FLASHBACK ... 


“Rie sayangkan Kaseh sangat-sangat! Tunggu Rie pulang ya. Remember that only you in my heart!” jari kelingkingnya menciut hidung Kaseh. Kaseh tersenyum kecil. Bibir terasa berat sekali untuk menguntumkan senyuman manis buat arjuna hatinya itu. Entah kenapa sejak dari tadi lagi, hatinya merasa berat sangat hendak untuk merelakan pemergiannya ke negara orang bagi menuntut ilmu.

Kaseh, tak baik berfikiran sebegitu. Zairey ke sana untuk menuntut ilmu. Bukankah sudah disuruh dalam agama agar belajarlah sehingga ke negara China. Jadi, tidak salah kan keputusan  Zairey untuk melanjutkan pelajarannya ke peringkat PHD di luar negara.

Air hingusan Kaseh ditarik perlahan-lahan. Janganlah ada  kolam air matanya jatuh membasahi pipi itu. Habis maskara Maybelline Kaseh yang baru beli semalam. Itu pun Kaseh bermekap semata-mata demi Zairey yang tersayang.

“Kasehku,..kenapa sedih ni?”

Kaseh diam bercampur dengan perasaan terkedu. Linangan air matanya tetap ingin mulai membanjiri kolam air matanya. Wajah sang arjuna ditatap lama. Mungkinkah lagi Kaseh akan berpeluang menatapnya sebegini? Kaseh tatap lama wajah yang semakin mendapat tempat dalam hatinya itu.

Zairey angkat wajah Kaseh yang kian menunduk itu. 

“Hey, kenapa sedih ni? Sayang ok tak ni? Jangan buatkan Rie bimbang!” sekali lagi soalan itu ditanyakan oleh Zairey. Ada nada penuh kerisauan dengan sikap Kaseh yang mendiamkan diri itu.

“Tak ada apa-apalah. Mungkin Kaseh penat semalam ajer tu. Tu yang mata berair sikit!” Kaseh mencipta alasan yang agak-agak boleh masuk dek akal. Zairey tersenyum. Sudah diduga akan itu yang keluar dari bibir Kaseh. Kaseh selalu menyembunyikan rasa dalam dirinya seorang diri.

Zairey menarik nafas panjang. Dia tahu yang Kaseh selalu menantikan jawapan sebuah kepastian dalam perhubungan itu. Kaseh perlu diyakinkan yang kasih dan cintanya hanya buat dirinya seorang sahaja. Tiada yang kedua. 

Zairey nekad dan pasti dengan keputusan yang akan diutarakan hanya seketika nanti. Dalam helaan satu nafas, Zairey berkata..

“Rie janji Rie akan pinang Kaseh secepat mungkin. Kaseh perlu pastikan yang Kaseh belum berpunya dalam masa 4 tahun nanti. Ingat, Kaseh hanya hak milik Rie!” ikrarnya Zairey lagi dan membuatkan hati milik Kaseh bertambah sarat. Kaseh terkejut dengan ucapan yang tidak diduga itu.

Zairey sedang melamarnya secara tidak rasmi ker itu? Adakah Kaseh tak salah dengar, kan? Tapi.. 4 tahun? Satu jangka masa yang lama sangat tu. Apa-apa boleh jadi kan dalam masa 4 tahun nanti.

“Kenapa sehingga 4 tahun? Nanti wajah Kaseh dah tualah. Berkedut sana-sini. Sekiranya nak naik pelamin pun, dah hilang seri pengantin tau!” mulut Kaseh mulai bertukar menjadi murai. Mood sedihnya sudah berlalu pergi. Mimik wajah juga sudah bertukar wajah dolphin.

Zairey tergelak kecil. Itu baru diri Kaseh Armia yang sebenarnya, seorang bermulut becok dan suka bercakap 24 jam. Ianya menjadi salah satu sebab kenapa Zairey jatuh hati kepada dirinya. Zairey hanya menjadi pendengar bisu sahaja sekiranya Kaseh sedang berceloteh bak bertih jagung panas.

“Apa gelak-gelak? Kalau nak gelak tergolek tu, pi main jauh-jauh!” Kaseh menolak Zairey agar tidak mendekati dirinya. Isyarat tangan Kaseh juga menunjukkan isyarat menghalau Zairey. Kita duk fikir, dia boleh lagi bantai gelak. Memang nak kena penumbuk cap Top Harimau dari wanita.

Bedesum..bedebuk.. Kaseh berkhayal yang si dia sedang menumbuk Zairey. Ala..macam gaya The Rock dalam cerita The Mummy. Peringatan: Kalau sesiapa yang tidak pernah tengok cerita tu, apa kata cari dalam Youtube dan kemudiannya tontonlah sendiri ya.

“Kaseh, dengar cakap Rie dulu. Kita serahkan semuanya pada Ilahi. Kita hanya boleh berdoa agar diri kita berdua akan bertemu jua di titian jodoh. Walaupun sejarak mana hubungan kita tu, kalau ada jodoh takkan lari ke mana!” Zairey berfalsafah ala-ala Imam Muda pilihan Malaysia.

Tangan Zairey cuba menggapai tangan Kaseh. Kaseh mengeleng perlahan. Haram. Bukan muhrim lagi. Nak kena ketuk dengan kerusi kat sini, buatlah kalu berani nak bertelur di dahi itu. Kang, ada jer kerusiku di dahimu. Apa macam? Ok tak?

“Sorry!” tangannya Zairey diangkat tinggi.

Kaseh tarik wajah 14 jam ketat sepanjang satu saat.

“Kaseh tak yakin dengan hubungan kita ker?” duga Zairey spontan.

Kaseh menggeleng laju. Bukan itu yang dia takutkan. Dia takutkan akan hati. Hati itu boleh berubah dek peredaran waktu yang bergerak. Apatah lagi kini, Zairey telah menetapkan masa dalam hubungan itu. 4 tahun, satu jangka masa yang panjang sekali.

“Habis tu?”

“Nothing!” mudah dan simple sahaja jawapan yang Kaseh berikan. Zairey merengus kasar. Bukan itu jawapan yang dipinta oleh kehendak hati lelaki itu. Kaseh suka main tarik-tarik tali dengannya.

“Kasehh..” tekan Zairey lagi. Redup matanya seolah berkata yang jawapan sebegitu bukan pilihan telinganya.

“Please accept me!" Zairey mulai melutut. 

Kaseh sudah merah padan muka dengan aksi spontan Zairey. Kaku. Kelu. Kedu. Kelat pun ada. Hanya air liurnya lah yang banyak terasa kelat dengan aksi spontan Zairey pada hari itu . Terbanyak K sudah. 

"Please sayang! Accept me!" sekali lagi Zairey tuturkan nada indah itu dengan renungan yang menusuk di kalbu. Alahai..cairlah bak lilinlah Kaseh kat sini nampaknya.. di tengah tengah Klia.

Kaseh lemah dalam renungan itu. What just he call me? Sayang? Means.. he caring for me? Telinganya Kaseh betul-betul dengar ucapan kata sayang, kan? Tak der ulang semula ker ucapan takdi itu? Astro pun ada banyak kali ulang tayang siarannya. 

Please repeat again, just for me hear it once again! 

"Terima!! Terima!!" laungan bergema dari pelbagai sisi. 

Wajah Kaseh kian merah macam buah saga. Zairey tersenyum bangga dengan reaksi penonton tidak berbayar itu. Mereka semua itu cepat sahaja perasannya kalau bab itu yaa.. Inilah dikatakan 1 Malaysia.. 

Mahu sahaja Kaseh menyembunyikan wajahnya dalam SpangeBob besar gedabak itu. Sejak bila drama kami diminati ramai. 

Kalah drama Nur Kasih yang mencatat rekod penonton terbanyak siarannya. Nur kasih kan drama pujaan semua orang di Malaysia? Berangan ajerlah kau, Kaseh. Mentang-mentanglah namanya ada iras-iras bau petai dengan nama drama Nur Kasih itu. Ala..yang bezanya vokal I dan E sahaja. Sebutannya tetap sama, kan? 

Kaseh, please wake up. Come back in reality.

"Sayang..!" panggil Zairey sekali lagi, tetapi lebih romantis alunan suaranya. Kaseh sudah lemah dibuatnya. Hanya satu yang Kaseh inginkan...

 Oksigen.. Oksigen untuknya bernafas lebih lancar, bukannya Karbon Monodioksida yang sedang mengerumuni mereka berdua. 

Itu yang buatkan Kaseh semakin lemah. Ketar lutut den dengarnya.. Apa yang dia nak cakapkan itu? Dah lah ada ramai penonton tidak berbayar kat lapangan terbang KLIA. Apa Kaseh mahu katakan itu. 

Say Yes or.. No?

yes?

or no?

 

****

"Kaseh.. Sayangkan Rie tak?" Zairey mengutarakan soalan psikologi.

"Sayang!" pendek jawapannya. Kaseh menunduk. Zairey tersenyum penuh makna. Inilah jawapan yang sekian lama didambakannya dari bibir Kaseh itu. Asyik main tarik-tarik tali ajer. Kan dah terbukak rahsianya.

Ucapan pendek itu mendapat tepukan gemuruh. Kaseh kian menunduk. Malunya. Rahsia hati Kaseh sudah tersingkap di kalangan mereka semuanya.

 Pandai betul Zairey memerangkap Kaseh dengan situasi itu. Kaseh ketuk jugak dia dengan batang payung cap Avon ini. Sungguh, Kaseh akan buat jugak nanti satu hari. 

"Marvellous! Impresive!" antara ucapan dari pengunjung yang ada. Ada yang terover-over sehingga bertepuk tangan. Semangat nya mereka semua itu. Itu bukannya lakonan drama. Itu adalah benar-benar terjadi.

"So romantik nya.. Jelesnya kami!" amik kau. Memang ayat tidak boleh nak blah dari beberapa kalangan penonoton. Tak makan saman. 

"So.. the answer is..?"

"The answer is.. when you coming back to Malaysia. Kaseh akan berikan jawapan yang Rie nantikan selama ini! Kaseh janji dengan nyawa Kaseh sendiri. Rie sendiri akan dengarinya keputusan Kaseh!" Kaseh memberikan ruang kepadanya.

Sukarnya mahu membicarakan soal hati dan perasaan dengan lebih serius itu apabila bertentangan mata dengan insan yang bertakhta dalam hati. Kalau nak tahu, hadapilah sendiri. Terkelu lidahnya. Lidah pula rasa kelat sekali nak menelan di kerongkong itu.

"Itu salah satu sebab kenapa Rie sayangkan Kaseh sangat-sangat. It will be more reason for me to came back very soon!" hidungnya Kaseh sekali lagi menjadi mangsa cuitan Zairey. 

Kali itu lebih manja sentuhan Zairey. Memang Kaseh akan ketuk juga si Zairey itu dengan batang payung. Nekad sudah Kaseh kali itu. Tiada lagi talian hayat ataupun talian peribadi dari Maxis, Celcom, Digi, U Mobile.

Sambungnya lagi,

“Sayang, ucapkanlah sesuatu agar hati Rie ni yakin dengan cinta kita. Jawapan tu, Rie akan tuntut apabila tiba masanya. Tolonglah..” rayu Zairey lagi masih belum mengalah.

Kaseh berdoa dalam hati dan membuka mata perlahan-lahan. Seraut wajah tampan milik Zairey itu ditatap tajam. Sekiranya itulah yang tersurat dalam perjalanan hidupku, aku redha. Dengan lafaz Bismillah..Kaseh bersuara kecil.

“Baiklah, Kaseh janji, Kaseh akan setia tunggu Rie!” ikrar Kaseh akan janji sehidup semati. Riak wajah Zairey terus berubah dari mendung kepada secerah warna pelangi di alam semesta.

Ikutkan rasa hati, mahu sahaja badan Kaseh itu dipeluk erat oleh Zairey. Itu satu berita gembira buatnya. Zairey mahu sahaja terlompat-lompat di tengah lautan manusia itu kerana rasa gembira.

“Terima kasih sayang. Rie sangat-sangat sayangkan sayang. Hanya sayang di hati ini!” ucapnya dan terus terlompat-lompat di tengah-tengah lautan manusia di lapangan terbang KLIA, Malaysia.

“Eh..janganlah macam ni. Malulah kat orang tengok tu!” Kaseh mulai menarik-narik anak baju Zairey. Perangai kalah budak tahun satu lah. Umur dah nak masuk 25 tahun tapi perangai..hancuss..

 “Rie!!”

“Ye, sayang!” laju sahaja Zairey menjawab. Hati sedang riang katakan. Itu yang semuanya indah belaka di dunia itu.

Stop it! Sebelum Rie kena halau dengan pengawal, baik hentikan. Atau Rie nak Kaseh sendiri halaukan Rie dari sini?”

“Alaa..nak ceria pun, tak leh tau!” merajuk pula akan mimik wajah Zairey.

'Pengumuman, penerbangan ke England akan berlepas sebentar nanti. Diminta semua penumpang bersiap sedia check in di paltform yang ditetapkan. Sekian, Terima Kasih kerana memilih penerbangan Mas Airline kami!'

“Tak der makna nak ceria pun. Agak-agaklah pilih tempat tu. Dah, cepat pergi check in. Dah lama pengumuman bergema!” Kaseh mengingatkan akan waktu berlepas Zairey. Hati Kaseh diserang perasaan sayu.

Apa yang ditakutinya telah tiba. Zairey akan pergi jua meninggalkannya. 4 tahun lagi, Kaseh dan Zairey akan bertemu kembali di Malaysia dan saling mengotakan janji yang terpateri itu.

“Laa ye ker?” Zairey segera mengeluarkan tiket penerbangannya dan memeriksa apa-apa barang lagi yang perlu dibawa. Kaseh melihat dengan penuh sepi. Sayu merantai tangkai hatinya. Akhirnya, perpisahan terjadi juga antara mereka berdua.

Kaseh terkedu. Inilah saat yang tidak mahu dia nantikan. Perpisahannya dengan Zairey. 

4 Tahun, satu jangka masa yang mampu mengubah segalanya. Hanya satu dipinta agar Zairey takkan berubah hati di negara orang. Hatinya dia tahu menjaga. Hati lelaki itu lain sikit ragamnya. 

Satu anak patung bersaiz agak besar dihulurkan oleh Rie kepadaku. Kaseh tatap lama wajah Rie. 

“Apa ni?” 

“Hadiah lah sayang! Peluklah ia bila teringatkan Rie tau! Taklah rasa rindu sangat akan Rie di selama masa 4 tahun tu!” dan sambungnya lagi..

"It time for me let go!" sayu suara Zairey berbicara. Teddy bear SpangeBob beralih tuan. 

Sebelum bangun, dicuimnya lembut teddy bear itu dan dibisikkan perlahan, "Please take care  my lovely Kaseh for me. Always in her side when her in not good condition! I trust you! Love you always is every universe!"

Tangan Kaseh digapainya perlahan. Pertama kali Zairey menyentuhi Kaseh tapi secara berlapik. Kaseh merelakan kerana inilah peluangnya terakhir pertemuan kami berdua.

"Rie sayangkan Kaseh sorang sahaja tau.! Always remember that! Only you in my heart!"

Serentak dengan itu, satu ciuman kudus ikhlas di pucuk lengan baju Kaseh. Kaseh terpana. Sebegitu dalamlah sayangnya kepadaku. Bagaimana dengan cinta? Adakah cintanya buatku atau hanya sekadar sayang? Kaseh pening sendiri.

Zairey mulai bangun dan mendapatkan semua barangan keperluannya. Teddy bear itu masih lena dalam pelukan Kaseh.

Ya Allah, relakan hatiku melepaskannya pergi. Hanya untuk 4 tahun sahaja. Sekembalinya ke tanah bumi Malaysia itu, Pertemukanlah jodoh antara kami berdua. Amin! 

Dan sesungguhnya Jodoh itu hanya Yang Maha Esa mengetahuinya. Kita sebagai hamba-Nya hanya mampu berdoa dan bertawakal. Jodoh yang baik-baik akan selalu dirahmati-Nya.

Sekali lagi pengumuman bergema buat kali kedua sebagai peringatan terakhir bagi penumpang-penumpang KLIA itu. Zairey melambaikan tangan salam terakhir buat kekasih hatinya dan sempat melayangkan  flying kiss.

“Selamat tinggal Rie. Jumpa lagi 4 tahun akan datang!” seru Kaseh dan dibawa angin lalu. Sampaikanlah salam penuh cinta dariku buat sang arjuna cintaku. Hati itu dah diserang perasaan rindu setengah mati walaupun baru sahaja berpisah tak sampai beberapa minit.

 

 

*************************************************

 

 


No comments:

Post a Comment

Blog Saya

TEMU JANJI CINTA BAB 13

  Temu Janji Cinta  BAB 13   “ Drop kan sahaja saya kat tepi jalan tu. I need a new fresh air. Tolonglah, saya inginkan masa untuk be...

Ad