TEMU JANJI CINTA
BAB 9
Gincu Avon ditarik keluar
dan dipusingkan gincu itu. Muncung Kaseh kian memuncung dan menampakkan
bibirnya yang seksi. Perasannya Kaseh. Ada hati mahu dapatkan bibir seseksi
Angelina Jolie tu.
Gincu Avon yang berwarna
merah terang itu ditenyehkan pada bibir Kaseh. Kaseh sengaja memerahkan lagi
akan warna bibir Kaseh yang tersedia merah. Itu barulah sesuai. Merah kan tanda
berani. He he ..entah betul ke taklah itu.
Kali itu, giliran maskara
dari Maybeline pula akan menjadi mangsa Kaseh. Bulu mata pun sama semakin
dilebatkan lagi, eye liner, pemerah pipi pun sama.
Yang paling penting sekali,
bedak asas compact ditebalkan lagi di wajah Kaseh. Barulah kena dengan
penampilan seorang wanita yang hodoh. Biarkan dia akan terasa malu mahu
berjalan dengan Kaseh. Puas hatiku.
Kaseh tahu yang setiap
gerak gaya Kaseh tetap diperhatikan oleh dirinya dari belakang. Kaseh perasan
akan riak-riak tak puas hati di wajahnya.
Kaseh bersorak gembira
kerana berjaya jua buatkan dia bengang dengan diri Kaseh. Mahu sahaja peristiwa
hari ini di diarikan dalam laptopnya. Hari ini dalam sejarah, Bakery
sangat-sangat bengang dengan Kaseh.
*****
“Hey..awak
memang macam bersolek sebegitu, kan? Jangan ingat saya ni terlalu bodoh! Saya
tahu apa yang awak rancangkan. ” Dia bersuara kecil dalam inotasi menyindir
diri Kaseh dan masih lagi menggosokkan
badannya yang terkena pintu tadi. Boleh tahan juga aura bengang yang melanda
diri itu.
Sindir Kaseh?
Huh!! Kaseh pandang sekilas lalu dari kaca cermin itu.Bakery tahu? Bakery tahu ker?
Biarlah.., Bakery tahu pun lagi bagus, maka temu janji cinta itu takkan terjadi kan..kan?.
Manalah tahu, Bakery akan hantar Kaseh pulang terus.
Syok tu. Tak sabarnya nak
tunggu hal itu terjadi. Dapatlah Kaseh peluk puas-puas anak patung Spangebob Kaseh
itu.
Bakery
terdiam sejenak. Entah kenapa, dia merasakan yang dia layak menerima apa juga
bentuk kemarahan itu dari Kaseh sendiri.
Silapnya jua yang terlalu ikutkan rasa
hati yang sedang marah. Langsung tidak memikirkan akan insan lain yang berada
bersama dengannya.
“Jom!” Bakery mulai mengajak Kaseh pergi. Dirinya sudah tidak tahan melihat penampilan Kaseh
itu, terlalu menyakitkan anak mata tika mahu melihat diri Kaseh dalam
berpakaian sebegini.
Orang sekeliling pun sudah banyak yang menjeling.
Menjelingnya takpe, tapi ada siap duk mengutuk dan mengata. Tu yang tak best apabila
menyapa cuping telinga itu nak mendengarinya.
Terbalik
pula bagi situasi Kaseh itu. Kaseh memang sengaja bikin hati itu mendidih
hebat. Tapi, walau apa jua diri Kaseh lakukan, hati Kaseh tetap berdiam diri
(zipkan terus soalan dalam hati).
Hanya akalan sahaja yang kuat memberontak
dalam bising. Akal dan hati Kaseh memang tidak pernah serasi bersama. Kontra
terus.
“Wait, tu butik pakaian lelaki. Kita nak
ke mana pulak ni?” Kaseh bersoal dari belakang. Kaki Kaseh masih belum
berganjak dari tempat Kaseh berdiri. Kaseh takkan sesekali terpengaruh dengan
dirinya buat kali selanjutnya.
“Nak
kenakan awak baliklah.” Bakery tersenyum sinis.
“Arghh?”
rahang Kaseh terjatuh kembali.
Kenakan Kaseh? Kenapa pulak nak mengenakan Kaseh?
Kaseh bukan pun ada parang atau pistol gajah nak tembak dia pun. Ayat tu,
agak-agak sikitlah yaa..
“Jom.
Atau nak saya dukung ker?” badannya direndahkan sedikit seolah-olah dirinya
mahu cuba mendukung badan Kaseh.
Kaseh segera menjarakkan diri daripada dirinya.
Sebelum aksi 18SXXG ada kat sini, baik
Kaseh caaabbbuuutt..
“Tak payah!”
jawab Kaseh spontan.
Tangan Kaseh sudah bercekik pinggang. Tahulah pinggang itu
ramping bak model di London Weight Management, jangan hendak tayang-tayang kat
sini.
“So..?”
keningnya Bakery terangkat tinggi.
Kaseh
mengeluh hampa. Kenapalah Kaseh boleh dipertemukan dengan lelaki sebegini?
Lelaki kacak yang banyak menyusahkan jiwa dan raga diri. Kalaulah semuanya
boleh berpatah balik masa lalu, akan Kaseh menjauh-jauhkan diri itu daripadanya
dirinya. Sumpah, Kaseh akan buat tau.
“Baiklah.
As you wanted!”
“That my girl!” tangan Bakery mahu cuba mencuit hidung Kaseh.
Kaseh pantas
tempis kuat. Wajahnya tersenyum manis. Sudah di duga itulah tindakan refleksi Kaseh
akan sebarang kelakuan haram itu.
Kaseh memang sangat-sangat cerewet bab sentuh
menyentuhi itu. Kalau nak rasa penangan tali pinggang keledar kat benda alah
tu, buatlah kalau berani
“Encik
jangan nak mengada sentuh hidung mancung saya ni. Kan terburai kena penangan tendangan
samurai kat sini!” amarah Kaseh kian berapi. Kaseh dah siap pasang kuda-kuda.
Dah lama tu tidak praktiskan aksi taekwando ala-ala samurai itu. Dahlah
‘menculik’ Kaseh tadi lalu bawa Kaseh ke butik pakaian lelaki.
Kalau pakaian
perempuan, boleh juga Kaseh borong sampai papa kedana dia tu.
Bakery tergelak melihat aksi Kaseh. Dia merasakan yang Kaseh itu memang kelakar
orangnya. Ada ker hendak berikan penangan samurai kepadanya. Dia itu belajar di
manalah seni pertahankan diri agaknya? Kat Jepun ker?
“Sudah. Jom.
Jangan nak wat free show kat sini!
Sebelum hati ni nekad nak dukung awak, baik dengan suka rela hati ikut saya!”
terhenti sudah kaki kekuda Kaseh.
Wajah
Kaseh masam dan kekuda Kaseh ditarik balik. Ala..dah spoilkan minat betullah.
Dia
tak sporting laa..
Kaseh tarik muka 14. Mahu sahaja kaki itu dihentak-hentakkan
ke tanah tanda protes. Kita tidak mogok pun kira ok tau!
“Dah,
jangan nak mengutuk saya dalam hati pulak tu. Nak cakap saya tak sporting lah
tuu..” ujar Bakery lagi.
Kaseh tatap wajahnya lama-lama. Dia tahu ker apa yang hati
Kaseh berkata-kata. Luar biasa betullah si kepala dia itulah. Boleh masuk satu
geng kapak itu.
“Encik
tahu mana saya cakap gitu?”
“Tak
payah tanya pun dah tahu, Kaseh. Mimik wajah awak sudah beritahu segalanya!”
selamba sahaja dia menjawab. Mimik wajah Kaseh? Ada ke? Kaseh tilik wajah di
cermin kembali.
“Dah,
kalu muka tu cantik macam miss world
tak pe jugak. Cepatlah ikut saya!” kutuk Bakery akan wajah Kaseh.
Kaseh menjelir
kecil. Eleh, kutuk wajah Kaseh pulak. Kalau wajah Kaseh ni tak cantik, kenapa
duk terhegeh-hegeh ajak Kaseh keluar bertemu janji cinta? Cakap tak serupa bikin
tahu.
“Tak
naklah! Saya malas!” Kaseh angkat muka dan lempar senyuman pagi Darlie.
“Kaseh,
jangan buatkan saya naik marah!”
“Alaa,
encik memang dah marah kan ni!” diapi-apikan lagi rasa itu ke wajah dia.
“Kaseh!
Kaseh Armia!” suaranya Bakery bergema lantang.
“Saya!”
tangan Kaseh tetap juga mahu angkat tingi-tingi. Kaseh itu harus masuk kadet polis itu. Manalah tahu
ada chance nak menyaman dia kot. Ok gak idea itu. Kaseh jadi polis? Sesuai ke?
Bakery berjalan
mendekati Kaseh dan tersenyum penuh makna. Kaseh cam maksud senyuman itu.
Sebelum sempat Kaseh nak angkat kaki, tangannya
sudah menyeret lengan diri Kaseh.
Dia memang tidak pernah hendak bersabar akan sikap Kaseh itu semakin
menjadi-jadi bagaikan keras kepala. Tapi, yang itu jua dia sukakan mengenai
diri Kaseh.
Perempuan yang jinak-jinak merpati itulah yang selalu ingin
dikejari. Semakin jauh dia terbang, semakin itu jualah dia galak sekali mahu
dapatkan Kaseh.
“Encik..”
“Jangan
nak banyak bunyi ngomel. Saya dukung juga awak nanti. Mana nak? Kena dukung atau
kena heret? Tak pun pilihan nombor tiga..Your
lips..” ujarnya dengan penuh sinis tapi gatai..miangnya dia!.
Macamlah Kaseh
hendak kemaruk sangat dengan semua pilihan itu. My lips? Pilihan ketiga tu yang buatkan Kaseh seram-seram sejuk.
“Tak mau laa!” muncung Kaseh sudah panjang sedepa. Badan Kaseh sudah meremang segala
bagai.
Terdiri tegak bulu roma Kaseh saat dengar pilihan yang ke tiga tu.. Jangan
nak mintak pilihan ketiga, kalau terkena memang demam 44 hari tau.
“So, keep quiet!”
Kaseh
mengeluh hampa. Dua-dua pilihan itu tidak mendatangkan keuntungan buat dirinya
langsung tau.
Yang untungnya, si Bakery Muzairy William lah, dapat percuma
sahaja pegang tangan Kaseh. Nasib baiklah, Kaseh sudah sapukan losyen Baby di
pergelangan tangan Kaseh. Taklah, terasa kesat sangat tangan Kaseh.
***
“Selamat datang Encik Bakery Muzairy William!”
Sekiranya
masih lagi tertanya-tanya, apakah makna BMW itu. Meh sini nak begitahu. BMW
adalah ringkasan dari nama asalnya BMW iaitu Bakery Muzary William. Panjang,
kan nama si Bakery tu kan.
Bakery hanyalah menganggukkan kepala sahaja. Aik, dia pernah datang ke sini tu?
Kalau
tidak masakan si jurujual itu mengalu-alukan kedatangannya. Agaknya dia tu
pengunjung setialah kot kat butik lelaki itu.
“Mahu
baju macam biasa ke?” sah! Bakery pengunjung tetap butik itu.
Jurujual bernama
Nurul Asyikin itu menjeling sekilas kepada Kaseh. Dijelingnya tajam kepada
Kaseh sebelum matanya jatuh pada pegangan tangan mereka berdua di lengan
masing-masing.
Siapa pula minah Ugly
Betty tu? Detus hati kecil diri penjual itu. Sempat lagi skrin on penampilanku itu atas bawah.
Ingat Kaseh itu benda tetikus di computer ke mahu di scroll up scroll down ke?
Pegangan
tangan dilepaskan sedikit. Bakery hanya menganggukkan kepala tanda setuju dan
membelek di rak. Tersusun indah di rak itu. Yang mana satu nak pilih itu?
Semuanya nampak cantik.
Kaseh
perasan akan jelingan itu dan melemparkan senyuman sinis. Sempat lagi tu kasi jelingan
maut pada Kaseh.
Ada Kaseh kisah? No
way!! Tak puas hati nampak dengan
kewujudan Kaseh kat sini. Jom, jumpa kat simpang!
“Kaseh
hatiku, kenapa macam kera kena belacan ni?” tegur Bakery apabila merasakan Kaseh asyik
duduk ke sana sini. Tangan itu ditarik kembali saat Bakery mahu ke rak hujung sana.
Kaseh
tarik muka. Geram tau, ingat Kaseh itu
tak reti mahu berjalan sendiri ke sehingga nak pegang tangan itu. Tangan itu
tak nak lepas ker? Soal diri Kaseh dengan lirikan mata.
Nurul
Asyikin terbeliak mata? Dia panggil minah Ugly Betty tu, Kaseh?
Tu ke kekasih
hatinya? Kekasih hati yang sering kali
digosipkan di butik itu. Sedihnya. Nurul rasa, dia lagi cantik dan sepadan
dengan si Baim Wong versi Malaysia itu. Tak sesuaii!!!
“Saya
nak kamu carikan baju yang sama warna dengan baju yang dia ni pakai. Saya
mahukan ia sekarang!” arahnya dan menunjuk tepat kepada Kaseh.
Kaseh terkaku.
Apa dia ingat Kaseh tu model role in Malaysia ker sehingga nak ikut sebijii
bagaimana cara penampilan Kaseh itu.
Terhenti sudah langkah kaki Kaseh mahu menghempuk kepalanya dengan
tangan anak patung hiasan itu.
Bakery
tatap wajah Kaseh lama. Dia tahu ke apa yang Kaseh mahu lakukan buat dirinya.
Tajam sekali renungan matanya.
Bakery kian menghampirinya dengan satu renungan
yang amat mendebarkan jantung hati Kaseh.
Boss, please stop it!
Lalu, Kaseh
cover line dengan menggarukan tangan
itu dan buat ala-ala main gitar.
“Kaseh? What
are you doing?” soal Bakery hairan
dengan tangan anak patung yang Kaseh main-main itu.
“What?”
“That thing!” tunjuk Bakery itu akan benda
alahan itu.
Tangan tu ke? Aik, takkan dengan tangan tak bernyawa pun nak jeles
kot? Al maklumlah kan Kaseh jarang sekali pegang tangannya.
Best juga lihat
wajah cemburu dia tu kan. Yelah, selalu 24 jam wajah ketat sahaja.
“Ohh..main
gitar? Nak cuba ker?”sengaja Kaseh buat
loyar buruk dengan dirinya itu. Wajahnya Bakery sudah merah menahan marah.
“Put it down now!” arahnya
seperti selalu di pejabat. For your
information (FYT) Kaseh takkan ikut sebarang arahan di hari minggu. Itu hak
Kaseh selaku rakyat Malaysia bebas. Cukuplah arahan itu bergema masa jam
pejabat sahaja. Kini di luar pejabat pun nak gila kuasa jua ke si Aslan tu tau.
Melampau!!
“No way!” tangan anak patung itu makin
dipeluk oleh Kaseh.
Nurul Asyikin sudah menghilang di sebalik tirai. Agaknya
mencari baju yang dimahukan oleh pelanggan. Kini hanya tinggal Kaseh dan Bakery
di situ. Kaseh pandang sekeliling. Sunyi sepi pula.
“Kaseh!”
nama Kaseh dinyanyikan oleh nada suaranya. Wajahnya sudah mendarat ke seluruh
wajah Kaseh. Macam mahu ditelan sahaja wajah nya itu dalam satu pandangan
kasar.
Agaknya bengang arahannya Kaseh ingkari. Itu baru diri Kaseh Armia di
luar jam pejabat.
“No!”
“Kasehh..”
volume suaranya naik lagi. Kali itu
makin panjang.
“No!”
“Eiii
geramnya aku dengan budak degil ni! Aku cium juga kat sini kang!” kepalanya Bakery diraut dengan sebelah tanganya.
Kacaknya dia. Kaseh!! Jangan cepat tergoda.
Ingat, dia tu musuh kau. Mana boleh musuh itu dipuji kekacakkannya. Ujar hati
jahatnya.
“Ciumlah
kalau berani!” entah bagaimana ayat itu boleh terkeluar dari bibir Kaseh.
Alamak, boleh tarik balik tak kata-kata itu? Kaseh sudah berdebar sakan saat
lihat senyuman itu di bibir Bakery. Alamak, dia dah salah faham itu.
“Can?”
“Err..”
kelu rasanya lidah itu nak menjawab. Otak pula tengah mereng pula. Nanti,
jangan nak jawab dulu.
Kang nanti jadi macam tadi, bercakap tanpa berfikir. Tu
lah jadinya, kan… serba salah mahu berkata-kata yang seterusnya.
“Apa
awak cakap tadi? Macam kurang jelas jer!” ujar Bakery dengan senyuman panjang.
Peluang datang, jangan dilepaskan.
Hati Bakery pula sememangnya ada hati kepada
Kaseh, apa lagi.. go on sahajalah!
“Nothing.. dah pilih ker baju?” Kaseh cuba
melarikan topik. Jangan nak gatal mintak Kaseh ulang balik ayat-ayat keramat
tadi.
Aduhai, tu lah bercakap main sedap mulut jer. Kan dah terlajak. So, sapa
yang susah? Diri sendiri, kan?
“You change the topic!” Bakery seolah
tidak puas hati dengan diri Kaseh yang sebegitu cepat ubah topik.
Baru sahaja nak
suarakan isi hatinya, dah terkatup kemas oleh pintu besi milik Kaseh Armia
Ja-Lyl. Sekeras itu hati Kaseh rupanya. Entah siapalah lelaki yang telah
mengeraskan hatimu sebegitu.
“Why? Ikut sayalah. Tu saya punya
ayat!” Kaseh memalingkan wajahnya ke
luar butik. Tapi pandangannya terfokus di luar. Saat itu matanya sudah berendam
dengan air mata.
***